Dah nak masuk tahun baru ni banyak la nak kena
rancangkan. Tapi sebelum melangkah lebih jauh, aku fikir lebih baik buat pembersihan..
hehe.. Aku tau mulut aku banyak keluar perkataan tak elok. Bukan nak tunjuk
baik, memang aku sedar. Sebab tu aku luangkan sikit masa dalam sehari untuk
buat post mortem tentang perangai aku. Cari sikit masa untuk perbanyakkan
beristigfar dengan kelancangan mulut yang tidak terdidik. I’ve hurt people. I
know and I am sorry.
Awynn: thank you for keep reminding me dan tak segan silu untuk menegur. I
don’t really remember how we start to be friend. But I am truly blessed having
you as my friends.
I do have lots of female acquaintance but few of them
turn to be close friend. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Badan binasa bermaksud hati yang terkandung dalam badan turut binasa.. Aku tak
kecik ati pun kalau diorang berubah kerana mungkin mereka berubah kerana dengan
kata-kata aku.
I’m sorry for not cool as I used to be. Even though
Raimi and I keep in touch but I can feel the change. We are different lately
and I wonder why. Yes, Mas and me do have good time talking like we used to be but
we are different now. Same thing happen to few more friends. If I do hurts your
feeling, aku betul-betul mintak maaf dan aku menyusun sepuluh jari pada korang semua
atas segala kesilapan/keburukan. Kalau pun takde pape, mungkin itu hanya
sangkaan-sangkaan aku sahaja. Ade orang cakap aku suka fikir bukan-bukan
padehal takde pape. No, you are wrong. Orang berubah bersebab. Pasti ada
penjelasan disebalik perubahan mereka. DD cakap mungkin aku yang berubah. D!, aku
berubah sebab diorang yang berubah in the first place. I am really good in
observing people. It is my gifted ability.
Angin Baru
I haven’t told everybody yet about my leaving except
my dad and mum.. Alhamdulillah.. Dear friends, I feel great to have you all as
my friends. Never ask me. Don’t!. I might come back or might not. Who knows?
Kalau mendapat izin Allah SWT kita bertemu lagi. Waiting for June..
Liyana Trending
Hahaha.. nice one sista Liyana Zulkarnain.. Suke betul aku. Dia letak
di BBM dan post kat FB menyeru kepada seluruh umat manusia yang mahu buat
confession pasal ape2 jelah & kepada sesiapa pun menjelang tahun baru. I do
have one but urmmm... I don’t know... Biarlah aku
berbicara pada tuhanku saja. Dan kalau Dia izinkan, it will happen eventually, ain’t it?
A Thousand
Years
I did post this status in my twitter few days ago yet
again I share it here. “I’ve been waiting for you for thousand years.
Unfortunately, I waited too long I guess.”
:: We cancerian memang mood berubah-rubah. Swinger mood.
Tak boleh predict. Kejap ok, kejap x.. Rimas kan? Urghhhh.... Its super duper
annoying, it's girlish, and it's childish. But, I don’t ask for it. I born with
this personality. Most people can’t stand me. I don’t blame you all andai
korang belajar untuk menjauh. I do understand T_T ::
Semua orang pun sibuk aku rasa. I do admit I've been super duper busy lately, But don't hesitate to text me or call if you wanted to. Bukn aku sombong ke ape ke.. got it babe? you guys always the precious beautiful things in my life.Esok nak kene ulang gi KL balik... Charger BB dan laptop tetinggal di opis.. Nasib baik kelas kejap je esok..
Moral: Aku cuma berharap, masa akan mengubat dan mengubah segalanya
Heartbreaker?
Ape kene mengena? Weee... muntut saje je gatal nak konon gempak. Hati aku patah ke ape? tak ah.. cuma tersentuh... Suatu ketika dahuluuuuu (lagu Erra & Yusri tuh... korang engat tak?)... ok sambung balik, suatu ketika dahulu penah lepak dengan satu pasangan ni.. Aku kan kuat pasang telinge.. Kepoh je semua nak tawu.. Aku niat baik sebenanya... Ambik berat pasal kawan2.. hehe.. Dipendekkan cerita, si lelaki bertanya "kenapa awak nak jadi gefren saye ye?" Si gefren cakap "saya sunyi laaa.. perlukan teman... mahu rasa dicintai, mencintai dan dihargai dan awak lah lelaki yang saya yakin akan memberi kebahagiaan kepada saya" dan muka mamat tu tak secerah tadi dan dia kata " Nampaknya dalam hati awak tiada Allah"...
Moral: I learnt 2 good things here: I won't feel lonely if there is Allah in my heart. I will never suffer of heartbroken because Allah is inside there to treat my wound.
Heart Broker
Dairek translasi (bahasa melayu moden kot... haha) perkataan ini adalah penjual hati. My heart is always there for you. Do you mind to look up lil more bit to see it. Kalau tak sudi pun tape. Someone will notice at last. I don't ask you to come to me, it is just.... I just want you to know that I care about you. and please remember that there is one guy who will always love you for no reason.
Moral: I have to stop main cinta. tedik tak tite? tampar je taju2.. heeee.. :D
Muntah Belahak
Haha.. siel! Aku kene bash dengan kawan2 lama.. haha.. Derang cakap blog aku bunge.. Biorler gileeee... Korang stalk buat ape.. hahaha..Blog aku memang untuk kepimpinan kefalsafahan tau.. The story yang paling sonok dengar waktu jumpe balik dgn diorg 1-2 hari lepas is about our other friends who become very productive in giving birth... Ramai pulak kawan-kawan aku bakal dapat anak tahun depan.. Subur korang... Alhamdulillah.. Buat aku rasa macam tua gile baban lahhh... Doink.
Moral: Rasa aku nak pilih tajuk "seronokkah berkahwin diusia muda?" sebagai tajuk paper research aku sem ni.. Agogo... Syoklah la gileee tengok dorang kemain beromen2 depan mata aku tanpa segan silu.. Mentang-mentang dah laki bini.. haha.. btw, Agak-agak Mr. Arun terajang rusuk aku ke tak haaa kalau tajuk ni? weeee ~ :D
Aku bukan lelaki yang memberi... Aku lelaki menerima..
Hamboi kau, tamak ye.. Damn right.. sementara waktu ni jela. Aku tak reti nak bagi lebih-lebih. I keep it for my wife lah oiyy.. In term of kasih sayang, ayat2 manis lah giler.. korang pikir ape? ahha.. I'm totally virgin & innocent tau. heee ;D
Aku akan bagi, kalau aku nak bagi.. Dari aspek apa pun. Masa ke, duit ke, tenaga ke dll.. If you truly means something to me, kredit henfon tak penah aku kisah nak call cakap lelame berkongsi cerita. Duit ringgit tak penah aku hirau ade ke tak as long as I'll be there if you need me.. Tenaga pun aku tak kisah kalau kena tolong korang finish up few task.. I will happy do it for you. So, now boleh evaluate sendirilah sape korang dalam hidup aku. Tu je yang mampu aku buat sebab buat setakat ini. Mintak maaf kalau ada kurang kat mana-mana.
Aku bukan lelaki manja.. Aku lelaki yang suka menduga..
Hangpa ingat aku ratu ayaq mata ka? haha.. I'm pretty good actor ain't it? muehehe.. Aku suke tengok korang layan aku bit sarcastic.. Korang poyos nak muntah lah, nak pitam lah bila aku cakap aku sweet.. derr! truth kot.. ;p
Ok. Ini serious. Aku suka test orang. Tambah2 lagi pompuan. Gladly, I have all of you yang sincere. Takde la korang pilih nak kawan dengan jantan ensem je, jantan kaya je dan lain-lain faktor kebendaan lah sebab memang aku takde kualiti tu. Thank you for being my friends.
Aku bukan lelaki yang kemas... Tapi aku suka mengemas
Makhluk paling selekeh in this world would be me. Tapi don't worry about my closet and bed and toilet and house and kitchen.. All serviced-well.. (promote iklan tak berbayar).. Ok. Dah kenape rajin sangat nak buat pengakuan ikhlas meloyakan tekak seperti ini? keranaaaaa... Ini keranaaa.. hujan doe kat luar!!.. Sejuk ooohh.. Tetibe mengidam nak berbinii.. ahaha..
p/s: Aku bukan lelaki buatmu.. Maafkan aku..
:: Cara paling berkesan utuk membalas dendam adalah dengan BERGEMBIRA. Mereka berharap engkau akan terseksa, sedih, perit, hancur dengan ketiadaan mereka. Tetapi sebaliknya apabila mereka melihat engkau lebih gembira dari sebelumnya, hati mereka menjadi lebih pedih dan terseksa kesendirian. ::
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia...
wahhaiii~ lama tak mengeblog yok.. Bukan ape, aku selama ni pun aku update di fon je bhai.. Internet dah takde kt rumah baru aku ni... Nak pasang unifi yg macam dulu, TM cakap ruma aku ni tak boleh masuk line lagi... duhh.. apola kuno nor...
Kenyataan
Kenyataan adalah berbeza dari apa yang korang fikirkan. You have no idea how complicated my feeling deep inside there. It will surprise you if the real truth I tell you. (pakai ayat berlapik pulak dah.. muehehe)..
Masalah
Sape yang tak hadapi masalah kan? Tu semua akan mendewasakan kita. Selagi kita yakin segalanya dari Allah, maka kita akan teguh..
Aku ada masalah yang tak boleh nak ceritakan pada ko walau ko kawan baik aku sebab aku tanak la jadi troublesome. Bukanlah masalah sangat pun, kesulitan kecik je. Tapi kalau ko ada problem, nak mintak tolong aku, cakap je.. Aku jenis tak boleh tengok kawan2 susah.. Apa yang boleh tolong aku tolong lah dengan sebaiknya.. kalau pun aku tak boleh tolong, aku boleh tolong dengar dan fahami. sorry babe.
Dah Tak Cool
Dah tak cool? Sape? ahha.. aku lah yang tak cool dah tu.. Aku tau aku dah tak macam dulu-dulu tu.. Dah bertambah umur kan, mesti la berubah sikit.. macam la dah tua sangat.. haha.. Aku masih sama je. Still the same Hilmi. Kalau ko rasa aku dah tak berape cool, dan ko pun dah tak best nak kawan dgn aku, aku faham. Takpe.. Yang penting I never feel different about you. You always be my favourite friend.
Kalau la korang tengok cerita hindustan TV3 petang tadi, macam tulah lebih kurang aku sekarang ni. Harap harap ko tak tengok supaya ko tak paham ape benda lah yang aku mencarut ni ha... weeee ~ :D <--- gedik mintak penampor
Tak Payah Dinda-Kanda Sangat lah
Aku dok ulang-ulang baca post Terfaktab - Single Singlet bulan lepas.. Haha.. Betul lah tu kak. Sama la aku pun. Banyak masa lagi kan? watlek sudey. Yang penting aku happy je dengan apa yang aku ada sekarang.
I belong to no one except for Al-Khaliq.... and my heart too.. belong to no one. =)
Alhamdulillah
Syukur, segala apa yang aku perlukan, semuanya cukup. Allah murahkan rezeki, lapangkan hati. Asal telintas je dihati, banyak benda yang aku fikir tu Allah jadikan kenyataan. Aku berharap dengan apa yang Allah bagi ni tak buat aku kufur dan tak gheti bersyukur. Mintak simpang ah.
Another long and hard semester of study awaits. Rock n' Roll oiyy!!
Andailah mereka tahu apa yang terkandung dihatiku, tahulah bahawa mereka tidak keseorangan kerana hati aku ini pecah berkeping dipanah kerisauan.. Aku menadah tngan pada Al-Qahar supaya Dia membantumu.. Pasti bantuan akan tiba.. Bersabar dan yakinlah.
*********
I know I am not a pince charming but just to ensure my heart not being break over again..
EHEM- EHEM
salam semua hey. Lama aku tak update post.. hehe.. kengkonon sebuk. Padehal hari-hari pun bukak blog dashboard tengok/baca post korang. Enjoy reading ‘em all. Lagipun menatang ni under maintenance for a while. Bukan aku restrict reader. Aku close kejap. Sebab tu takleh view 4-5 hari lepas.
Cuti ni tayah la kot aku cite apa yang aku buat. Nothing exciting pun tapi bluerghhh!! Sume yang plan tak jadi.. haha.. yelah, aku merancang je, Maha Penentu yang tetapkan segalanya. (^_^)v
BUDAK KECIK
Sekarang ada dikampung. Mak aku ni dah lama tak buat tebiat ni dah buat balik dah.. Sekali soh aku duduk depan dia mengaji quran.. duhh!! Macam sekolah rendah dulu-dulu... haha.. She is too worried her son change and forgot all those taught. Or maybe she miss they way we be together long time ago and do not realize I am growing older now. Tapi takpelah. Layan jep.. Bukan hari-hari pun aku tengok mak. Sela waktu yang ada aku manfaatkan sebaik mungkin.
BIDAN TERJUN
Cough! Cough!.... tok imam niii... teruk pulak batuk dia... sume hadirin kenduri kawen ni agak terganggu.. sekali dia tepuk paha aku yang duduk sebelah dia suruh sambung doa sebab dia batuk teruk... Derrrr!!!! Buat lawak hape ni der??!! Homai!! Homai!!... pura-pura pengsan boleh tak?? Duh.. Orang ramai ni der.. Pucat muka nyah.. -,-”.... awat la yang pi duduk sini.. nasiblah labu.. pongpang2 je doa.. Asal boleh.. haha
Ape pun, tahniah diuacapkan pada Yanti & Ihsan. Selamat pengantin baru. Ni yang malas aku tengok orang kawen ni. Bangan je keje aku japgi.. hehe.. alahai~
MEMORI
Aku tak lupa pun. Bukan teruk sangat pun tahap kelupaan aku.. Saje diam. Padehal dalam satu hari ntah bape kali bukak page FB check wall. “Sometimes I just need to distance myself from them. If they care, they will notice. If they don’t, so I know where I stand”.. simple principle kan?.. I am observant. Observe ye.. bukan stalking.. haha..
I know I’m being weird lately. Sorry yo. Aku penat + emotional instability + economic down + abah sakit + terasa hati dgn sorang dua kawan + macam2 lagi lah. Gasaklah. Dah nama pun manusia, banyaklah masalahnya. But, I am totally okay.
Lately I was dreaming about people who passed away. Ternampak arwah jiran, pak sedara, mak sedara, kwn2 yang telah lama pergi. Nak telefon habaq kat mak tapi entah la.. Hati aku rasa berat. It is not just for last night but also few nights ago.
Imam Ghazali meninggalkan wasiat beliau yang lebih kurang bermaksud; setiap kali engkau bangun tidur dipagi hari lalu bertanyalah kepada dirimu mengapa engkau masih hidup pada hari tersebut, maka bisikkanlah pada diri sendiri; kerana aku ada banyak dosa. Kerana itulah Allah masih memberi peluang kepada aku untuk hidup.
If I'm gone too. I would like to say sorry to everyone before it is too late..
Putih
Apa jua tindakan aku, keputusan aku, itu adalah kerana jernih cinta Allah adalah melebihi dari cintaku terhadap wanita. Maka aku berdiam diri. Lepas ni harapnye aku da xbape nk post pasal cinta euww-euww ni.
Saat Pertama
Saat pertama pandangan aku tertumpah pada Mastura, aku ketawakan saiz tubuh dia (pendek giler), aku teasing kaw2 punya. I never know that that friendship long lasting for 8 years already dan dengan kasih sayang yang melebar setiap saat.
1st time I saw Raimi, tak pernah terlintas difikiran aku bahawa suatu hari, setahun dari detik itu, kami akan jadi kawan baik. Betapa aku akan sayangkan dia like today.
Kali pertama tengok Atynn, tak terfikir oleh fikiran aku, 3 tahun selepas itu aku dan dia akan jadi kawan kerana our world miles apart. How I will always deeply concern about her..
Kali pertama aku berjabat salam dengan Zaim, tiada terfikir dikotak fikiranku kami akan menjadi sahabat sebaik ini.
Masih ingat semasa aku kenal Ainun@Ikin, pandang sebelah mata pun x.. haha.. Sori babe. Tapi hari ini, we talk about each other's life takde tapis2... We talk about many things, about family, love, friendship and secret too.. Of course I love you dear.. Same goes to you Lisa Habeeb but I trust Ainun more when talk about secret.. She understand everything very well.. heee~
Begitu juga semasa aku mula mengenal yang lain. Hana, DD, Wan Shazwani, Akmal, Syukri, Ezzuani, Adli, Kaykay, Amira, Awin, Conie dll. If I want to list everything in here, it will take sooooooooo much time. Just want all of you knows that I love all of you like seriuosly. Tapi different2 la.. Ade sayang lebih.. ade sayang kurang sikit... hehe..
So, yang gedik buat luahan perasaan ni apehal pulak an? oke! ermm... sebab aku sebenarnya belajar berhenti untuk menggantung harapan yang terlalu tinggi pada hari esok kerana sebagai hamba Allah yang lemah, aku langsung tak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Aku kesat air mata, hingus sume dan belajar untuk berserah kepada Allah tanpa ada belah bagi. kerana aku sudah sangat yakin, rancangan aku sentiasa tidak sempurna seperti rancanganNya.
Cuma aku boleh bermohon, ketetapan yang baik terhadap soal rezeki, jodoh dan umur. Insyaallah, semoga kita semua bertemu dengan kebahagiaan yang dicari. Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang semua. Semoga cinta yang korang ada sekarang berkekalan. Aku sebut satu persatu nama korang bagi menambah cahaya pada doa tersebut. Dengan izinNya, secangkir bahagia pasti akan bertandang dihati kita.. =)
Apa yang aku ada harini, langsung tidak pernah terlintas difikiran aku suatu masa dulu. Tu sebenanye. Allah jualah yg maha mengetahui..
Aku berdiri disini.. Cuba mengerti.. Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.. If we aren't meant to be together, I will be strong.. No worries.
Keputusan yang aku buat sebentar tadi adalah yang tidak tersangka. Sorry tau... Bukan sengaja! Kerana petunjuk tuhan telah aku perolehi.. :)
You are the one who might hurts a lot. Mungkin aku sendiri juga akan terluka dan patah dengan keputusan ini, but I will rising from the ground like a skyscraper.
w.i.f.e.y hey!
Saya
anak bongsu. Kalau awak rasa
saya lemah sebab jadik ratu air mata (bongok..thehehe), please! Don’t allow yourself to be married
to me. I don’t know how future will looks like when you are with me. but, I
promise I will try my best. I wasn't shed my tears for nothing. That's just a starting point for my strength..
Life if learning process. Let us both learn from past mistake.Everybody has their past.
I had mine and you with yours. If you’d care to share, I would love to hear.
But, if you think you should keep them just for yourself. Then, It’s totally okay with
me because I know we aren't angel; everyone make mistake.
Saya
tau saya annoying giler sebab kengkonon sikit2 tacing. kengkonon je tu.. Bukan btol2 pon ye. Sumpah tu sume pure2 jep.. But dear, bukan susah nak pujuk. Senang je. Just said; “I’m
sorry. Saya janji tak buat lagi dah.” then, you will be forgiven and no question ask.
Jangan pernah jengkel untuk memujuk saya walau usia semakin tua, uban semakin
bertambah, let keeps this love blossoming.
I kept waiting....... for the right time... I always know that everything is too soon to decide.. saya tak pernah percaya pada "terlalu lambat berterus-terang" kerana andai awak diperbuat dari tulang rusuk saya, no other guy can marry you. If you do marry him, then it means you are his.. Maka, saya akan terus mencari tulang rusuk saya yang hilang. Lets get free... Go live your life.. We'll meet in the next chapter of our life..
To get attention from those you love; stop giving your attention to them.
To my dearly friends, yes you.. and you too.. and of course you.. I am truly sorry for keeping tabs.. Gimme some space to figure out what to do even I know my plan already perfect.. ==>chek tengah demam ni, tak boleh nak pikiaq dengan waras.. alolo.. kesian tak??
EPISOD 4
When I said "I'm Okay" and then walk away, I am truly hoping there's someone who really care to stop me and grab my arms to say " No!! you are not okay" ==>mengade kan?? haruslah!.. phuii... haha..
EPISOD 5:
I am a man.. So, aku pikir aku tapayah nak drama sangatlah kot. Bangun berdiri dan cuba dan cuba dan cuba.. Real man should never give up, ain't it? ==>Man lah sangatnye.. (-_-)''
PERSETIAAN & IKRAR
Dengan ini, saya berjanji, tidak akan lagi berani, untuk nonong je bercakap dan memberitahu, segala apa yang terkandung, dalam kepala otak dan hati saya, melainkan ditanya.. Oleh itu, kalau nak tahu, sila bertanya. Kerana saya dengan senang hatinya akan bagitau. Tanak tahu pun takpe, saya pun tak bagitau..
Kalau tak suka ditipu, jangan menipu. Apa beza engkau dan dia andai kalian saling menipu. Andai sayang, jangan ada zikir palsu dilidahmu kerana penipuan adalah peruntuh sebuah kepercayaan.
Andai menyayangi, tiada rasa marah yang akan meletus kerana kau jujur! Kerana kau ikhlas! Kerana kau percaya tiada apa yang perlu dirahsiakan. Maka aku doakan kebahagiaan kalian. Jangan tipu-tipu ya.. =)
Aku dan Tipu
Tidak memberitahu dan menipu adalah dua perkara yang berbeza. Aku telah hidup menjadi manusia selama 23 tahun. Mustahil setiap perkara yang berlaku didalam hidupku akan aku ceritakan. Tapi padamu duhai cinta, tanyalah padaku apa saja. Aku akan memberitahumu kerana aku tidak menipu terhadap kesayangan hatiku.
Sakit
Aku tak menipu. Kesakitan yang kau rasa kerana kata-kata jujurku adalah lebih ringan berbanding kesakitan yang terpaksa tanggung atas kata-kata tipu yang aku ciptakan semata-mata untuk menyenangkan hatimu.
Bohong
Ya! aku berbohong dengan mengatakan aku tidak cinta. Aku bohong dengan menafikan segalanya. Maafkan aku kerana tuhan memberikan amanat supaya aku bersabar. KataNya; duhai hambaku, kebaikan adalah untuk orang yang bersabar..
Kisah Muhammad
Muhammad wajahnya gusar, lalu ditanya oleh tuhannya (walaupun tuhannya telah mengetahui).. Ujar Muhammad, bahawa dia rindu pada Khadijah walau telah tiada.. Dia juga menyayangi Aishah melebihi isteri yang lain walaupun dia sedar tugas sebagai suami yang berkahwin lebih dari satu haruslah bersikap adil. Maka dijawab kepadanya. Itulah sang lelaki! kasihnya seluas lautan. Maka dengan ini, kalian diizinkan berkahwin lebih dari satu. Kalian mampu mencintai lebih dari satu. Kalian mampu berlaku adil dari segi harta. Kalian akan mampu dari segi nafkah tetapi kalian tidak akan mampu dari segi emosi kerana emosi adalah hak wanita.
Bukan bermakna aku tidak suka... Hulurkan aku masa untuk merenung langit tuhan menadah kompas arah mana harusku julurkan langkah.. Andai janji tuhan dipegang dengan teguh bahawa tiada satu perkara yang diciptakan secara sia-sia, nescaya akan keringlah segala keresahan lalu berbuahlah ketakwaan.
***lama lah gile tak tulis entry serius + ayat2 bunga cenggini... phuiii... puitis seyhh.. ahaha***
Suara aku still macam budak baru baligh.. Wahaha.. sexy seyh.. Pastu lepas makan, minum air, its getting better.. Ok lah.. Hari ni baca status si Adib Anuar yang cenggini:
Inilah LELAKI yang menjadi impian setiap wanita masa kini...
Lelaki yang BAIK : Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya
Lelaki yang COMEL : Lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid Lelaki yang SWEET: Lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah Lelaki yang ROMANTIK : Lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari Lelaki yang CHARMING : Lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat
For me,you deserve every man. Whoever he is, memang dah memang jodoh korang.. Once da suka orang tu, jadahnye semua diatas nak consider lagi sebab kita akan tolerate dengan sifat & perangai dia..
GEDIK
kalau korang banyak persamaan, korang akan kata: " our love made in heaven. We born to each other"
kalau korang tak banyak persamaan, korang akan kata: "haruslah berbeza. barulah balance. Completing each other."
Euwww~ see! kalau dah sayang.. sigh =,=''..
But still, you both are right. Love made in heaven. Tu omputeh. Kite orang islam, jodoh dan rezeki sume ditetapkn masa dalam rahim ibu.. =).. dan aku juga setuju kalau korang kata berbeza tu bagus kerana korang akan sentiasa meneroka perkara baru.I love if we are different. such a journey of relationship.
MASA Setiap benda akan ada masanya. Akan ada masa untuk solat, untuk belajar, untuk mencari jodoh, untuk mencari rezeki, untuk berkahwin, untuk pergi haji, untuk berpuasa dan masa untuk segalanya. Semua perkara ada masa dan kesempatan. wait! it'll happen eventually. Takde satu benda pun yang berlaku diatas muka bumi ini tanpa kehendak dan izin Allah SWT. =)
PENIPU YANG IKHLAS
Semalam bangun tido pukul 2 pagi.. After doing few of my stuff, tengok movie Just Go With It. Damn I like it.. Yet again, love is always coming when you stop looking for it.. You cannot lie about love.. =)
Dah nak masuk zohor dah.. Adios! muchos gracias.. Tener un buen día..
Anak mak demam macam mak jugak.. Sakit tekak sangat2.. hukhuk.. Nak minum air pun smpai menitik air mata.. pedih.. errmm.. Get well soon mom.. Don't worry about me..
Balance
Kalau buat salah, mak akan marah.. Menanah telinga kalau dengar.. Tapi abah dengar je. After solat, we talked about it. He is a man of wisdom.. But still, of course I love both of 'em.. Because I know, if he worry about me, she worries me more.. If he love me, she loves me more.. =)
Thank you Ya Muhaimin
Positif
Dulu kalau sakit, suka buat muka toya.. Kengkonon nak btau orang lain yang aku saket.. haha.. dulu la.. Tapi ni hari ni aku btau org aku tak leh makan sebab demam dan sakit tekak dorang sume gelak.. monyet ar.. betul la gile.. -,-''
Tanak jadi orang baik boleh tak?
Tanak jadi lelaki yang berkelakuan baik?
Nak jadi penjahat..
Kenape?
sebabnya saya mula trapped in own stringe..
Allahu akbar...
Bertimpa-timpa datangnya..
Sepatutnya kalau kita nak berkawan, tak perlu nak ada istilah 'aku miskin-kau kaya' kan?? tapi mungkin cara aku dibesarkan menyebabkan aku susah nak ubah persepsi tu. Apetah lagi kalau korang jatuh cinta dengan orang yang lebih kaya, yang lebih mewah hidupnya berbanding dengan hidup korang. It's sucks.. Tambah2 lagi, aku ni lelaki. Makanya, ianya menjadi susah.. that's why aku punye FB status pagi ni; "let the rich stay among the rich.. I will play jauh2.. ""
Sepatutnya aku langsung tak cerita pasal benda2 dalam hati aku dalam blog ni. sepatutnya aku cerita pada tuhan. Dan aku menyesal.
Sepatutnya kita tak patut jadi kawan pun..
Sepatutnya aku dengar cakap mak & myra..
Sepatutnya dari dulu aku jauhkan diri. Tak la susah hati cenggini,.
Perancangan apa yang Allah buat untuk aku ni?? Kan bagus kalau cerita aku ni macam kisah si Aidil dan Alya dalam cite Nur Kasih tu.. walau Alya tu kaya, tapi itu tak pernah membezakan apa2 pun..
Aku dan Bulan
malam tadi sempat merenung kelangit. Tengok bulan lalu berbual sejap..
Moon asked; If she make you sad. why don't you leave her?
I said: Moon, did ever you leave your sky?
Moon said; How can I? she is part of me.
I replied: So do I. How can I Ieave my sky?
Kalau aku boleh pergi, dah lama aku pergi.. Aku tunggu sampai habis belajar je. Pastu, I really hope we not gonna see each other again no matter how close we are.
Tiba-Tiba
Suddenly, I fell in love with this girl..
Suddenly, I like this version of song compared to original..
and...
Suddenly, I afraid, if I telling the truth to her..
Video ini menjadi jawapan kepada soalan aku..
Lah pulaknye!! =,=''
Homework
I supposed to start doing my work for Freight Forwarding but still don't start anything yet. Looking for some strength.. Allahurabbi.
Vacation
Just got back from Padang Besar.. Ingat nak beli cenderahati kat kengkawan yang tak pegi tapi tetibe mati akal tak tau nak beli ape.. ermm.. tunggu yg trip Indon nantilah.. Insyaallah ada buah tangan.
Sambungan dari Part 1 dan Part 2 yang telah diupdate petang tadi.. Entry Erti Hidup berkaitan dengan hal-hal yang terjadi sepanjang syawal 2011.. Beri pengajaran kepada aku..
Raya kedua jumpa kawan-kawan lama.. Sempat aku bertanya khabar seorang kawan lama aku ni. Seingat aku tahun lepas bulan disember dia kahwin tapi rupanya Allah lebih sayangkan suaminya.. 2 Ramadhan 1432H, arwah suaminya pergi menghadap Ilahi..
Aku duduk temenung sekejap. Betapa tak selamanya bahagia yang hadir.. Diharap bahagia hingga ke hujung usia, tapi pedihnya Allah saja yang tahu kehilangan suami waktu usia masih muda. Belum sempat beraya bersama suami tercinta.
Dihujung solat petang tu, aku doakan dia kembali bahagia selepas ini. Aku doakan dia diberi kesabaran yang tinggi. Bertemu pengganti yang lebih baik dan diberi kegembiraan oleh Ar-Rahman..
Panggilan Ilahi
Pak Usop kawan abah meninggal selepas solat sunat raya.. Lepas solat, dia duduk sandar di tiang sambil nk dengar khutbah. Pastu dah habis, jemaah lain ingat dia tidur.. Goyang2 badan nak kejutkan, dia tak ada bagi respons.. Pastu check nadi sume memang sah dah meninggal. Senang sungguh dia menghadap Al-Khaliq.
Satu pengajaran lagi untuk aku. Jangan banyak berangan sangat. Belum tentu esok masih ada untuk aku.. Allahu akbar..
Panggilan Hutang
Amey dan Zarina dah dapat dah surat bayor hutang dari MARA.. lalalalala... =p
Pengajaran: tak tau ape pengajarannye?? hahahaha...
Post ni adalah kesinambungan dari Part 1 yang banyak aku cerita pasal suasana 2-3 hari masa hari raya.. Tu cite pasal family lah.. Ni masuk bab kengkawan pulak
Kawan Baru
My besties, Akmal and Ezzuani ntah merata-rata bawak aku jalan beraya.. jumpa beberapa orang kenalan baru.. nice meeting you guys and girls too.. Yang tak bestnye bila ikut diorang bedua ni tak hengat nak balik... telepas aku nak mengutip duet raya dari mak-mak sedare yang datang ke rumah.. haih~ The lowest collection ever.. thehehe..
Kawan Lama
Thank you for everyone who wishing me hari raya hatta dari orang yang ditunggu dan tak terjangka pon ada.. Selamat hari raya jugak.. sorry kalau ada yang tak sempat aku reply message korang sebab seingat aku semua mesej yang masuk, aku reply balik.. kalau takda, mintak maaf ye.. takde niat nak sombong ke apa.. =)
Perasaan Lama
Orang yang aku cuba lupakan, wishing me selamat hari raya dan aku senyum sebab perasaan itu dah takde dah.. Everytime I saw Ana, no longer have the same feeling.. Even we do not engage in relationship whatsoever, she managed to be a good friend to me.. She were the 3rd person wishing happy birthday during my last birthday. I myself no longer feel awkward to talk to her. I proud of myself for successly managed to moved on.
Pegi beraye jumpa balik crush yg lama-lama.. They are happy.. married pon ada, kerje dah pun.. wowwy!!
Perasaan Baru
Sempat pegi beraya rumah Nad sekejap.. Bebel aku punyalahhhhhhhhhhhhh panjang.. Nadia cakap aku ni LamPi sangat.. Aku diam jela.. Dengar dan senyum jep.. Semua orang ada prinsip aku pikir.. Semua orang ada sebab mengapa mereka berdiam diri... for me: "I'm not looking for a girlfriend to LOVE with, but I'm looking for a wife to LIVE with"..
Aku tumpang Achik balik Shah Alam.. sekarang ni kat Shah Alam dah la.. sampai di Ipoh tadi, lagu Anuar Zain lah pulak... hahaha.. syahdu gitu..
Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu... Biarkanlah saja diriku sepi tanpa
kata... Bukan maksud untuk membisu... Sepi tanpa kata.. Terpisahnya kita kerana
mengejar impian...
(apokobondolah upload lagu jiwang time mood raya.. hadooo~! bongok)
Dah habis raya, haruslah update blog kan.. hehe.. ok... Banyak benda yang aku nak cerita.. tapi aku buat dalam beberapa part lah.. Kang panjang2 sangat, lemau jugak nak menaip.. korang pon nanti lemau nak bace.. (Perasan ado orang nak baco. citt!!)
Pak Andam
Pepagi raya bangun dengan muka bersemangat dan tersangatlah bising rumah aku ni... 16 orang cucu mak aku ada sini even tak semua balik.. Dah besau dah anak sedare aku sume ghupenye.. Tak sempat aku nak mandi lagik kemain soh aku tolong ironkan rambut diorang.. Perghh!! sungguh bertauliah Pak Andam ni.. Tu hal yang pompuan, yang laki pulak, pakai sental aku punya fragrance and body spray sampai kering.. Syampu aku sebotol habis.. Conditioner aku tengok tetibe je dalam tong sampah dah.. Nasib baik lah PakSu korang ni penyabo dan penyayang orangnye... ehehe..
Bilik air walau ada 2 buah, namum masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.. berebut!!.. nasib baik la yang kanak-kanak yang kecik2 tu aku sumbat je 4-5 orang sekali dalam bilik air pastu jirus ramai-ramai.. senang keje aku..
Yang kanak-kanak yang kecik ni pandai je pau duet aku nak beli eskrem segala... Enchek penjual eskrem ni time2 rayelah nak menjual.. cehh!! Bagak mahal eskrem yang korang beli... Haih~ nasib korang lah aku hati lembut..
Separa Happy
Tak semua orang ada tahun ni.. I mean, Kaka 1st & 2nd tak dapat balik.. My 5th sister pulak beraya kat spital sebab usus dia pecah dan kena buat pembedahan sehari sebelum raya.. paling tak boleh blah, pagi semalam keluar spital (raya keempat), petang tu rembat moto abah aku keluar meronda... amboi kau!
Syukur
Abah aku gaji kecik je (dulu-dulu.. sekarang dah pencen).. So, aku still ingat macam mana kitorang makan biase2 je.. Sotong ke, ketam ke, udang ke, suma makan sikit2 je sebab simpan untuk abang or kakak aku yang tak makan lagi.. Sebab tu aku suka makan ikan compared to ayam, daging or other seafood.. sampai la sekarang aku nak makan lauk-lauk seafood ni masih tak gheti nak amek banyak2 walaupun hidup kami dah jauh berubah.. Seronok nengok anak-anak sedare aku ni berkoyan senduk ketam dan sotong yang mak aku masak.. betapa Allah mengurniakan rezeki yang baik kepada aku dan keluarga.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Razzak..
Touching lah
"Paksu jadi tukang tangkap gambaq sudah la.. Biaq kami budak-budak ja yang posing2 ni.." cis!! kuang ajo sungguh statement korang ye.. ahaha.. So, den takdo gamba nak upload dalam ni.. huhu.. ='(
Hari jumaat sebelum mulakan sebarang keje, dapat sikit idea utk bermadah.. cheeewah...
Here we go:
I don't need the whole world to tell my face look good or not.. It's enough if you said, you like it..
I don't need the people adore me for my great confidence.. It's enough for me if you have confident on me.
I don't need to travel to the whole world to learn.. Because you are my world.
I don't want to know what happen to the world.. Because I going to be crazy not knowing you.
I never mad at you.. I just madly in love with you..
I wish.. and always wish.. I can whisper every of this words to you.. So that you can know.. You are the one I'm talking about all this moment. yes you!
Tengok video bru baca post aku ni baru feel sikit doe.. huhu... enjoy reading..
Tak Kacak
Aku dulu selalu sedih pikir aku tak hensem sangat.. Tapi aku mula sedar betapa ramai orang cantik dan hensem musnah kehidupannya.. Heath Ledger mati.. Paris Hilton rosak.. Brittany Murphy mati sebab terlampau banyak ubat dalam badan..
Them all sume cantik/ hensem.. Tapi tak bahagia..
Tak Kaya
Aku selalu jalan lemah longlai. Pandang tanah waktu berjalan. Tak gheti nak pandang kiri dan kanan. Fikir mengapa Allah tak bagi aku rezeki lebih sikit. Boleh la aku pakai baju lawa sikit. Boleh la pegi buat treatment muka ke, treatment gigi ke, treatment mata ke.. Tayah nak banyak sangatlah duit.. sikit pon jadi la then aku bole beli moto/kete..
Tapi aku mula sedar betapa duit selalu sangat bawa lebih banyak kesengsaraan. Britney Spears duit banyak, kawen 4-5 kali.. Donald Trump duit banyak tapi tuka bini 2-3 kali jugak.. Betapa ramai kawan-kawan aku yang duit banyak tapi nak solat pinjam sejadah aku (which is aku tak kisah la sesape pon nk pakai sejadah) sebab takde sejadah sendiri..
Them all sume kaya.. Tapi tak bahagia..
Selalu Lapar
Aku selalu jeles dengan kengkawan yang selalu makan Tutti Fruitti, Johnny's, Starbuck, Chilli's, Sushi King dll sedangkan aku singgah tempat2 tu sekali dua kali je dalam hidup aku.. Kalau lapar, perkara pertama yang aku bayangkan, apa barang-barang yang ada fridge dan boleh aku masak.. Kalau malas, try locate where is nearest mamak. Never happy with that.
Tapi aku mula sedar betapa ramai orang yang dapat makanan sedap tapi semuanya tak pernah sedap runsing memikirkan betapa mereka akan gemuk seperti Lindsay Lohan makan pun nak berkira sebab takut gemuk..
Them all sume kenyang.. Tapi tak bahagia..
Takda pasangan
Selalu pura-pura senyum bila tengok kawan-kawan bahagia sudah bertemu jodoh. Merenung langit malam mengeluh pada nasib. Mengharap ada yang mau berkongsi rasa hati ni.
Tapi aku mula sedar tak kurang juga mereka yang dah kawin tetapi hati mereka pecah berkecai apabila suami terkantoi kahwin satu lagi. Betapa ramai yang ada teman tapi mata sering dihias air mata.
Mereka pernah jatuh cinta.. Tapi tak bahagia.
:: Ini kerana aku mula memahami bahawa bahagia itu milik Al-Rauf (Yang Maha Kasih lagi Mencintai).. Kerana andai Dia berkehendakkan kebahagiaan, tiada tangan yang mampu menghalang.. Dan sesungguhnya, pada saat ini, aku berbahagia dengan jiwaku (^_^) ::