Nuffnang

Monday 13 May 2013

It is a Good Life To Live

Wey... Lama hoi tak masuk baca blog..

This Life


Taken: 3rd May 2013. Raimi's wedding

What else I want from Allah?.. I had lovely parent & friends, amazing life and job too.. I can say, I'm having happy life though.. Ada yang cakap, bila susah aku cari dia, bila senang aku dah diam-diam diri je. Bukan macam tu la awak.I am still the same man. Though I am busy, talk to me. If let say it is something I can help you out, I'll spend some time listen to you and give you good advice. This time darling, I have one good advice for you: "Enjoy good time, because it is never forever. Be patient when hard time comes, because it won't be forever" :D

By the way, seronok jumpa kawan-kawan. Dah bekerjaya dah masing-masing haa.. Tahniah.. Wish you all the best fellas. Korang kawan-kawan aku yang baik.. Banyak tolong aku waktu aku susah dulu-dulu. Insyaallah, Allah akan sentiasa tolong korang pulak. Tahniah juga pada Amy. Kawen dah haa kau.. Elok dah la haa... Nak masuk 30 pun tak lama lagi.. ihhihi..

Past Life
Cerita yang lepas aku rasa korang pun boleh baca banyak betei cerita tah hape-hape yang sememeh je.. Drama je lebih lah. haha. Tapi seriously, wang banyak menyelesaikan masalah. Banyak kekusutan dapat diselesaikan dengan wang. Alhamdulillah. Nasihat aku, walau dah dikurniakan dengan wang yang cukup, jangan lupa pada Dia ya..



Now
Tengah pening kepala senanye ni.. Salah tido. Tegang urat leher.. Ruin mood satu hari.. Pffftt.. tadi Afiq cakap dia dah survey kos sume nak pegi Incheon on upcoming Christmas & New Year. I think it is a good idea to spend our vacation in Seoul habiskan sisa cuti tahunan. Yeay. 

Aku tak pernah tahu inilah kehidupan yang Allah rancangkan pada aku.. Kalaulah aku tahu inilah hidup yang Dia tetapkan, takkan aku menangis walau setitik pun mengeluh kesempitan. Sebab kesusahan zaman perit dahulu nampak kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman senang sekarang.. harap Allah bantu keluarga aku dan kawan-kawan aku untuk mengecap bahagia yang sama.

Afiq pun dan berguling lapar nak mati.. Wa nak pi kedai makan sat..   

Hilmi

Thursday 28 March 2013

Susah

Perit
Aku mulakan dulu dengan 'la haw lawala quwwata illah billah' Tiada daya dan  kekuatan melainkan daya Allah SWT. Allah sajalah yang menjadi tempat bercerita tentang perit dan susah payah mencari rezeki. Kerja mengikut shif menyebabkan tidur tunggang langgang. Memburukkkan keadaan, urusan pembelian kenderaan masih tergendala. So, balik rumah 2 hari sekali jelah. Kadang-kadang tidur kat surau atau tumpang rumah kawan2 and elsewhere else you can't imagine. Tapi aku fikir, Allah lebih tahu apa yang baik untuk aku. Selalu kena marah dengan supervisor dah lali,  bertekak dengan penumpang pun dah jadi rutin. Luckily, aku pun pesen jenis bertengkar tanak kalah. hehe. The best part is; 2-3 minggu dah mesti malam-malam selalu nangis dengan stress dengan kerja. Cis! sia-sia je air mata jantan aku keluar cemitu je.. tak romeo langsung.. Allahurabbi. aku cuma boleh mohon terus dapat kekuatan. 

Tak mudah kerja sebagai Guest Service. Solat pun susah sebab kalau time pagi, semua orang sibuk flight congested takde sape nk tolong cover. Burukkan keadaan, kawan-kawan yang satu batch kemasukan semua pegi akademi untuk jalani training. Aku punya training bulan depan. Lahai. 

To those yang rasa nak join airlines company, listen to me: Yes. payment is good. Real good! Korang nk pakai henfon mahal, nak drive kete besar pun mampu, nak pi melancong pun dapat harga murah, dan duit tu most likely turun bersimbah kalau rajin keje walau sekadar kerja front liner. TAPI it is hell down here. Kalau hati tak kental, korang keje sini paling lama seminggu je, pastu dah mula dapat penyakit migrain dan darah tinggi sebab stress yang melampau... huhu.. But, I think sementara masih muda, telan jelah segala pahit dan susah ni.. sementara nak hidup senang. T_T

Namun
Susah nak cari kerja zaman sekarang. Kawan-kawan masih lagi ada yang berjaga malam-malam hadap PC bukak laman cari kerja demi mencari nafkah. Aku walapun susah, tapi alhamdulillah dah dapat merasa duit gaji tapi tu pun dah habis sebab bayar deposit rumah baru.. -,-". Takpelah.. Bulan2 mendatang harapnya dapat la belanja duit tu sikit untuk beli keperluan diri.

For those who actively looking for job, I wish you good luck dan Insyaallah, andai ada rezeki nanti aku belanja la makan-makan kalau sempat bertemu for the sake of good old friendship.

Time to sleep lah ni. Kejap lagi keje shif pagi pukul 3 pagi dah kena report for duty. Adios senioras

Salam
Hilmi MS

Friday 22 February 2013

P!nk - Just Give Me A Reason ft. Nate Ruess



Just give me a reason
Just a little bit enough
Just a second we're not broken just bent
and we can learn to love again.

Hilmi

Tuesday 19 February 2013

Selamat

Selamat Tinggal MSU
Aku dah jadi pelajar MSU sejak 30 Disember 2007. Dah lima tahun aku bergelar pelajar. Memulakan pengajian Diploma Pengurusan dan kemudian buat Degree Perniagaan Antarabangsa. 17 Januari 2013 menjadi titik akhir pengajian sebaik sahaja selesai menghantar laporan praktikal selama 6 bulan dengan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Dan sekarang kaki dah berada dalam dunia kerjaya. No more play. Time to get serious. heee.. Selamat Tinggal MSU. Terima kasih teman dan rakan untuk semua kebaikan kalian.

Selamat Tinggal Twin Towers



Sampai sekarang setiap kali lalu depan KLCC aku akan dongak tengok sampai ke atas tengok Menara Berkembar Petronas ni. Feel proud to be Malaysian sebab negara ni ada landmark yang sangat cantik dan antara yang tertinggi didunia. Aku dah kerja dengan Petronas lebih dari 8 bulan. Menjadi sebahagian dariapada team Petronas memang mengujakan. Best doe keja sini. Malam merdeka dan tahun baru aku akan stay di pejabat sebab nak tengok pertunjukan bunga api dari Skybride. Pengalaman yang  tak semua orang dapat. Besyukur to be one of lucky people. Tapi sudah masanya aku ucap selamat tinggal kepada tempat ni. ada 5 hari lagi untuk bekerja dan selebihnya aku akan habiskan sisa Paid Leave yang ada untuk uruskan hal-hal lain. Selamat Tinggal Twin Towers. Terima kasih untuk segalanya

Selamat Tinggal: Kami
Main tarik tali. Kemudian episod jatuh, bangun dan jatuh lagi. Semua kawan-kawan pun tahu apa yang terjadi. Hindustan betei kisah kami. Semuanya sempurna sehinggalah suatu hari apabila masing-masing menjadi tersangat sibuk. Dunia dah macam terpisah jauh. Yang ada hanya cerita sedih dan luka. Maka diputuskan hubungan ini menjadi 'open ended relationship'. Entah lah..  Sudah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal pagi yang indah. Selamat tinggal mimpi yang berbunga. Selamat tinggal cerita hati. Terima kasih untuk segalanya. Semoga hari esok datang dengan peluang yang lebih baik. 

Selamat Datang: Terbang


Sesungguhnya Allah adalah pemegang kunci rezeki. Asalkan kita mahu berusaha. Menjadi sebahagian krew AirAsia mungkin mimpi suatu ketika dahulu. Terlalu awal untuk menulis panjang mengenainya. Tapi mengharap tahun mendatang akan menjanjikan pengalaman yang lebih baik. Insyaallah. 1 Mac 2013 adalah hari pertama berkhidmat sebagai krew penerbangan negara. Ahoy! welcome aboard! 

Selamat Datang: My Baby Lion
Nak berulang alik dari Shah Alam ke Sepang untuk bulan pertama ni jauh la giler! Tiada pilihan melainkan perlu menggunakan kenderaan bermotor. Motor jelah. Muda lagi kan.. Sudah tiba masanya. Yeahaa..  Hujung minggu ni aku nak setelkan hal dokumen. Bermohon Allah permudahkan urusan. So far belum ada interest nak beli kereta walau ansuran motor ni sama banyak dengan ansuran bulanan kereta tapi aku ada sebab tersendiri untuk tidak pilih kereta. Anyway, welcome baby lion! 

:: Bermohon Allah selamatkan hidupku. Alhamdulillah::


Here
Mika H



Thursday 7 February 2013

Heart

Heartbroken! there is only two things might happen to you. Either you getting so fucking kurus hilang selera makan OR you become so fricking fat due to eating a lots of food result from frustration.

Makanya, jangan ingat orang gemuk tu tengah senang hati. tahu! T_T


Off to work
Babye fellas

HMS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...