Nuffnang

Saturday 3 September 2011

Erti Hidup (Part 3)

Sambungan dari Part 1 dan Part 2 yang telah diupdate petang tadi.. Entry Erti Hidup berkaitan dengan hal-hal yang terjadi sepanjang syawal 2011.. Beri pengajaran kepada aku..


Telah Pergi
Raya kedua jumpa kawan-kawan lama.. Sempat aku bertanya khabar seorang kawan  lama aku ni. Seingat aku tahun lepas bulan disember dia kahwin tapi rupanya Allah lebih sayangkan suaminya.. 2 Ramadhan 1432H, arwah suaminya pergi menghadap Ilahi..

Aku duduk temenung sekejap. Betapa tak selamanya bahagia yang hadir.. Diharap bahagia hingga ke hujung usia, tapi pedihnya Allah saja yang tahu kehilangan suami waktu usia masih muda. Belum sempat beraya bersama suami tercinta.

Dihujung solat petang tu, aku doakan dia kembali bahagia selepas ini. Aku doakan dia diberi kesabaran yang tinggi. Bertemu pengganti yang lebih baik dan diberi kegembiraan oleh Ar-Rahman..

Panggilan Ilahi
Pak Usop kawan abah meninggal selepas solat sunat raya.. Lepas solat, dia duduk sandar di tiang sambil nk dengar khutbah. Pastu dah habis, jemaah lain ingat dia tidur.. Goyang2 badan nak kejutkan, dia tak ada bagi respons.. Pastu check nadi sume memang sah dah meninggal. Senang sungguh dia menghadap Al-Khaliq.

Satu pengajaran lagi untuk aku. Jangan banyak berangan sangat. Belum tentu esok masih ada untuk aku.. Allahu akbar..

Panggilan Hutang
Amey dan Zarina dah dapat dah surat bayor hutang dari MARA.. lalalalala... =p

Pengajaran: tak tau ape pengajarannye?? hahahaha...


:: The End ::




3 comments:

Anonymous said...

ok yg ini tak cool :))

Hilmi Mikà said...

mengape pulok???

Anonymous said...

part hutang tu ko kene delete, bru cool. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...