Nuffnang

Monday 23 June 2014

Anak Jantan Tak Menangis

Saya Bangun



Saya bangun hari semalam. Terjebak dengan kawan-kawan berjalan sampai ke Cameron Highland. Malas kerja meluap-luap. Dingin betul disini dan bahagia kerana inilah dia tahap hidup yang aku selalu mimpikan. Alhamdulillah Ya Allah. 

Cumaa..

Ada yang hilang. Iaitu panggilan telefon dari emak mengucapkan selamat hari lahir. Walau kadangkala lewat diucap, tetapi pasti dihujung hari, dia pasti akan menghubungi. Puas dah pujuk hati.. Puas peluk bantal sampai lunyai.. Air mata tumpah juga. Rindu sungguh.. sangat..

Jangan Kawan Perempuan


Aku ada kawan-kawan baik yang lelaki. Mereka tolong masa aku sengkek tak berkira duit ringgit, masa kemalangan tak boleh nak bergerak tolong belikan aku makanan tak mintak balas, masa aku bodoh mereka tolong ajar sampai pandai, masa aku sedih mereka tepuk belakang bagi sokongan moral, masa sedang merempat hidup menumpang mereka offer tempat tumpang tinggal. Ini jenis kawan yang boleh bawa sampai mati. Kalau korang mati aku terjun masuk galikan kubur dan kuburkan kau. Dan aku akan duduk berteleku berdoa dibatu nesan supaya kau selamat disana. Kawan-kawan lelaki yang kami berkongsi darah, kau sakit aku pun pedih.

Aku ada kawan-kawan baik yang perempuan. Cerita dalam kain semua tahu, tapi hilang begitu saja. Aku ada seorang kawan baik perempuan yang aku sayang sungguh, kemudian pula jadi bini orang. Susah lah sekarang nak ajak bicara luahkan kata dan nasib hati. Yang seorang lagi pula, bila emak meninggal dunia, dialah orang pertama aku hubungi sebab kami kongsi nasib yang sama, hilang ibu diusia muda, pun jadi bini orang juga. Ada yang belum jadi bini orang, merajuk susah dipujuk pula. aduhai! Ada yang masih bujang, dekat dihati, tapi jauh sejuta batu belajar luar  negara. Aku tidur, dia bangun. Dia bangun, aku tidur. Dah tu! bila masa nak duduk sembang cerita cinta dan cerita derita? Yang ada depan mata? Itu bukan kawan baik. Itu buah hati. Mana nak sama. Biarlah aku dituduh tamak, perlu cinta dan juga perlu kawan baik wanita. Kerana engkau tidak faham barangkali aku ini nampak saja sasa tapi hati lembut seperti sutera. Tapi betul la bhai.. Kau gelak kenapa? celaka.. hahaha. Ya, aku perlu teman baik wanita. Mengapa? Kerana mereka lebih faham bila aku patah dihati. Mereka boleh nampak luka di dalam mata tanpa perlu diberitahu. Kawan jantan mana tahu. Kayu semua!  

Basuh Kereta
Aku mahu berhenti kerja dan buat bisnes basuh kereta. Betul. Tak lama lagi la. Aku nak mencuba, harap nanti dah tua duit berjuta. Kau jangan ketawa dulu. Sebab aku penat hidup selesa dan makan gaji jadi kuli. Walau gaji banyak tapi hati jauh melayang merata.

Bos dah bukak mata tengok aku tak buat kerja bukak blog saja. Baik berhenti dulu. Sampai sini sahaja.

Salam dari aku

~ Orang cakap anak jantan tak menangis. They lied. We do~

Hilmi MS 

Sunday 11 May 2014

Anak

Assalamualaikum wrt.

Subhanallah dah bertahun lamanya tidak updates blog. Last post pun entah zaman bila. Sungguh hidup aku jauh banyak berubah dengan pelbagai fasa kehidupan. amboi post pun macam nak ustad-ustad je pun. Ok lah. Aku pun tau takde ramai pun nak tahu pasal aku ni tapi dah loner, ginilah hidupnya. Cakap dengan PC lagi banyak dari cakap dengan orang.. Haha

Kerja
Dah setahun lebih dah pun bekerja dengan keluarga besar AirAsia. Banyak yang dapat belajar dan dan puas hati jugak sempat bawak arwah mak datang konvokesyen tempoh hari naik flight. Kawan-kawan disini dah macam keluarga, ambil berat satu sama lain dan tolong menolong disaat susah. Namun, kehidupan kadangkala sukar ditafsir. Perancangan Allah kita tak tahu. I'm gonna start my study soon and work at new company. Terima kasih kawan-kawan.

Kesempatan
Sejak pemergian mak pada 26 April yang lepas, aku belajar untuk menghargai masa dan peluang yang ada kerana kalau selalu bertangguh akan menyebabkan kekesalan dikemudian hari. Tapi alhamdulillah, tak banyak perkara yang aku rasa terkilan pada arwah kerana banyak benda yang arwah nak tengok dan buat, aku dah luangkan masa untuk buat dengan dia. Sedih memanglah sedih. Nak bertemu kembali diakhrat kelak pun barangkali lebih kurang 50 ribu tahun lagi. Itu belum dicampur kira kalau tidak terlepas perkiraan mahsyar yang tercampak dalam neraka. Entah untuk beribu tahun lagi baru boleh kembali bertemu. Teguhkanlah hati kami Ya Allah.

Paling tak best ialah arwah telefon aku tanya keadaan aku dipagi 1 syawal yang lepas sebab aku tak boleh balik beraya.. Aku cakap aku  baik-baik saja (padehal meraung) dan aku pujuk dia bagitau inshallah tahun depan (tahun ni la 2014) aku akan usaha cari kerja lain. 1 Syawal 2012 lah syawal terakhir kami. Berkat doa terakhirnya, aku dapat kerja lain. Aku duduk hadiri temuduga petang sebelum arwah tinggalkan kami. Allah lah pemegang kunci rahsia kehidupan. Selamat tinggal bonda 

Kaki dan Tayar


Haha.. Sebenanyee kannnn.. hahaha.. Dulu muda-muda tengah jalan kaki balik rumah dari kampus, hujan mula la turun  renyai-renyai.. Aduh, dah la time tu duit sengkek, dah menapak dekat 1km dah nak balik rumah sebab tambang bas tacukup menitis la air mata jantan ni beb.. Pehhh.. Time tu jugak angkat tangan berdoa mintak angkatlah kesusahan ni, dah tak sangguh hidup macam ni.. Wa ingat lagi beb. Punya la macam sinetron indon tu baq hang. Haha.. malu pulak ingat

Tapi hari ni badan dah gemuk dah macam kingkong. Sebab nak keluar rumah pegi kedai sekangkang kera pun start keta atau naik moto. Tak layan dah jalan kaki tu. Dulu aku berat 65kg je oke.. BMI tiptop meletop sama tough dengan Goku. Tapi la niiiiii, malas cakap berapa berat, dagu boleh roll buat kek lapis serawak. T_T Bukan mengeluh yee tapi nak bagitau betapa susah payah perit maung tak selamanya. Innallaha maana. 

"Sesungguhnya kami mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat"

Nantilah bila rajin udate lagi. Jakgi nak masuk keje. Selamattt


Hilmi MS

Doa dan ingatan kepada bonda Non Afzar Abd Rahman dari anakanda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...