Nuffnang

Tuesday 24 January 2012

Hadapan Sana.

Assalamualaikum & good evening hey~

Harini nak cakap pasal impian. I believe everyone have dream to achieve. It keep playing over and over in our mind. Then, we setting every single step to grab the future success. Tapi jangan lupa untuk memohon pertolongan Allah kerana segalanya adalah datang dariNya.

4 hari cuti. Macam-macam jadi.. Kira banyak jugak arrr perkara dapat aku selesaikan. Alhamdulillah.. (alim giler lah ayat aku ni..) Ok.. Dah!.. err.. Lupa dah aku nak crite ape... ermm... aaa... Dalam masa 4 hari ni aku ada beberapa benda yang aku fikir dan maybe boleh consider new year resolution aku la kot. Senanye I don't really believe in new year resolution ni. Tambah tambah plak dah tahun baru cine baru nak buat resolution agak macam bongok jugak la.. Aku pun tak paham.. -_-''

Impian 1: ( 1 year time)
Aku nak belajar dan faham cara solat jenazah. Pasal urus jenazah pun aku nak tambah pengetahuan lagi. Sebab aku sedar suatu hari nanti mak dan abah pasti akan tinggalkan dunia ni jugak. I won't  let myself watching je mak abah aku dimandi, dikafan, dan disolatkan. I want to do it by myself. Kalau ada mak/ayah mertua pun aku nak imamkan jugak (berangan dah kawin kemain.. ciss).. mak salu pesan, jangan membezakan mak bapak sendiri dengan mak bapak mertua. Baiklah mak, I always bear in my mind.. 

Impian 2: (2.5 years time)
Aku nak belajar lagi 4 bulan je. Pastu prektikal kendian kerja. Simpan duit RM15k ++ then pergi umrah. Memula pikir simpan duit kawen dulu tapiii entahlah.. Bab jodoh bukan boleh diagak. Pegi jela umrah dulu. Doa kat sana mintak dikurniakan isteri. Berkat sikit. case close. :)

Impian 3: (2 or 3 years time)


Confession and  proposing. Bukan nak boleh agak. Ada rezeki ada lah.

Impian 4: (7 years time)
Beli rumah, motor, kereta semualah.. I'm totally in love dengan dengan VW Golf GTi kot.. Pakai yang reckon pun jadi la.. White colour in specific, exaust double barrel punye.. Dah! habis kereta.. Rumah?? ermm.. Apartment ke, kondo ke.. Rumah taman salu kene pecah masuk.. Risau doe. Macam Wardina Saffiya tu. Tapi aku kagum giler dengan laki dia yang protect dia. Haih~ berangan kejap aku lepas bace cerita dia. continue reading . Kalau korang rase ni merapu, lantak lah.. seriously, I wanna buy my own small cruise. Just for I and my family to have our own time.. Aku suke laut. Duduk atas bot lah yang paling syok sekali.

Impian 5: (1.5 years time)


Fasihkan diri baca apa jua ayat al-quran.. Sekarang ni sesetengah ayat je fasih, yang lain merangkak bace.  Tapi lately aku dah rajin bace quran dah semula. Mase tahun lepas tu Ya Allah haaaiiii jadi bapak syaiton aku ni haa.. Berabuk quran. astagfirullahalazimm.. Mujur Allah masih bagi hidayah lagi T_T

Impian 6: (Forever lah)
Jaga batas pergaulan sikit. Ikut nafsu sangat aku sekarang ni. Tapi masih beragak lagi ler. Mata pun keji jugak, tengok macam-macam. Time to change lah aku rase. 

Impian 7: (5 years time)
Kalau dah kawen, nak bawak gi mekah, lepak sane cari keberkatan (tapi risau asek terbatal jek, maklumlaa pengantin baru.. ahaha.. ) Then terus ke Paris kejap. Kendian end up di Hawaii... Banyaknyeeeeee duit aku.. Biar lah. Nanti aku cari la.. Kalau duit sikit je tak berapa cukup takpelah, I'll bring her go camping kat mana2 islander di Malaysia ni just two of us. Macam cite Day & Knight tu. Totally off grid. best siottt pakai seksi2 pastu duduk bedua je... auumm!! grrr!!.. weeee~ 

Memandangkan aku anak yang ketujuh. so tujuh impain jela. Wish me luck. 

~ :: The End :: ~

Love
Hilmi

Saturday 21 January 2012

A Little Bit - Sofi de la Torre



Credit to kaykay for this nice song.. :)

"This is the extraordinary love epic because I always falling for the one who are taken - hms"


Monday 16 January 2012

Mati bertanda


Diceritakan dalam 100 hari sebelum mati, badan akan menggeletar seluruhnya. Berlaku seketika sewaktu selepas solat asar.

Elok-elok berdiri tadi tapi terduduk sebelah katil sebab badan macam terketar tetibe tadi tu. ni sambil menaip kena berhenti sekejap-sekejap sebab tangan masih hilang ketar.

Allahuakhbar. Aku mintak ampun padaMu Ya Allah untuk dosa yang masih bersisa.. Bermohon kemaafan kepada sahabat dan keluarga di ruang yang ada.

Andai benar. Andainya ada kebenaran.... aku mintak maaf dengan kalian

- hilmi

Cerita Fatimah

Rancangan
Disebabkan hari ni takde kelas. Maka, duduk rumah buat kerja research paper aku lah. Pening-pening kepala sikit. Allahurabbi, mintak kekuatan.

Semalam baru habis mid-sem.. wee.. Bole la.. Takde la bengong mana.. Alya ajak aku teman dia drive balik Kedah tapi nak balik pun nak buat ape.. Mak Abah honeymoon di Terengganu right now.. Cisdale! Mentang-mentang tinggal berdua je Mak Abah aku ni, rajin pulak beromantik ni.. Ehhe..

Aku arini nak cerita pasal satu kisah masa Rasulullah jalan-jalan dengan Fatimah. Barangkali berguna kepada kita semua.. Buat yang perempuan boleh ambil buat iktibar dan petunjuk. Buat lelaki, mungkin menjadi  benda yang baik untuk beri tunjuk ajar kepada anak isteri nanti

Cerita dia dah jadik version aku la..Skrip diubah suai tapi cerita dia sama la..

Daun Semalu
Suatu hari, Fatimah berjalan dengan Rasulullah dan berbual dengan ayahnya. Tetiba kaki Rasulullah terluka terkena daun semalu lalu berdarah. Cepat-cepat Fatimah lap darah dikaki Rasulullah sambil mereka berdua duduk berteduh sebentar di bawah sebatang pokok lalu Fatimah pun mengomel;

"Ape laa daun semalu ni.. Menyusahkan orang. Kenapa mesti ada daun semalu ni pun aku pun tak paham"

Rasulullah tersenyum. Dia tau fatimah bebel daun semalu tu sebab daun semalu tu dah lukakan kakinya. Dan baginda damai sekali merasakan kasih sayang Fatimah. Then, Rasulullah cakap;

"Wahai Fatimah, senanye banyak sekali persamaan antara kamu dan daun semalu tu"

Fatimah bertanya kembali kat ayahnya: "Persamaan apenye?"

Rasulullah cakap, "Tengoklah daun semalu ni, halus je tapi kalau kita menyentuhnya secara kasar, ianya melukakan kita. Begitu juga dengan wanita, bukan boleh sebarang sentuh, nescaya mereka akan terluka kerana wanita itu haruslah kuat melindungi diri. Yang keduanya sayang, cuba lihat akarnya, susah betul nak cabut kan?. Wanita juga harus begitu. Harus punya hati yang kuat, harus punya pegangan yang kuat kerana wanita itu harus teguh. Yang ketiga, sekiranya kita menyentuhnya secara perlahan, ianya akan menguncup malu. Ya, kamu faham bukan bahawa wanita itu harus punya perasaan malu. Malu itu adalah perisai kaum hawa. kemudian, Apa yang terjadi pada daun semalu sewaktu menjelang petang?"

Fatimah menjawab: "ermm... kalau tak silap saya, dia akan tunduk menguncup sendiri bila matahari dah tiada. Betul kan?"

Sambil tersenyum, Rasulullah cakap, "Ya, betul tu. Begitulah wanita, seeloknya pulanglah kerumah masing-masing tatkala maghrib menjelang. Itulah sebaik-baik wanita"

Moral
korang pun paham sendiri kan pasal moral kisah anak-beranak diatas kan? ermm... ;)

Waktu maghrib adalah waktu taubat nabi Adam diterima Allah. So, jangan abai tau solat maghrib sebab kalau kita solat bebetul, ikhlas dan yakin, Allah ampunkan dosa kite camtu je.. Seronok kan?. Merujuk kepada cerita diatas lah ni. Kalau nak keluar rumah, keluarlah selepas maghrib. Kalau keluar waktu petang cuba la balik sebelum maghrib kerana Hawa juga termakan pujuk syaitan waktu maghrib. Sebab tu maghrib waktu kelemahan si wanita. Wanita mudah tergoda disaat ini dengan bisikan nafsu dan syaitan. Nak pujuk bini untuk kawen lain, pujuk time maghrib bang. Gerenti dapat.. hehe.. ;p

Ini hidup korang, you can do whatever you think it is right for you. I am not your husband nor your dad or boyfriend. I just me, Hilmi yang suka bebel. That is because I love and I care about you. I wish and only wish, korang sentiasa dilindungi Allah.  Aminn.


Love
~hms~

Thursday 5 January 2012

Bahasa Aku


Meanings
Saya sayangkan awak ≠ saya cintakan awak
Saya sukakan awak = saya cintakan awak

Aku suka dia = Aku sayang dia
Aku cinta dia = meme maksudnya I love her lah giler... nak maksud ape lagi... :p

I'm complicated and I know it yet I love me for me. I don't simply fall in love with just any girl. I love unique girl. A girl who are different from me so that she can complete my imperfection.

Confession & Silent
Patah hati setelah cinta ditolak tidaklah seperit menyimpan perasaan tanpa pernah dicerita.. Ya memang aku penakut tapi bukan kerana aku takut patah hati tapi kerana aku takut tuhan murka pada aku.. :)  

Ralat
Kang ado plak yang tanya tanda ni maksud apa??... haha...adooi.. It means Tak Sama Dengan lah dik oiii...

Mood exam: doa banyak banyak banyak banyak... =)... happy exam.. mood tade.. spoil... Dushh!!




Sunday 1 January 2012

Rapuh


::: Post serius & bosan.. Aku dah warn awal-awal.. Gi baca blog lain :::

Aku Yang Rapuh
"Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu.. Dalam dadaku harap hanya dirimu yang bertakhta" -Opick

Selamat tahun baru friends..hoping for a new start.. Aku suka lagu ni..Baru dengar ;)

I know, I've so weak this few days.. Alhamdulillah, ada sedikit kekuatan yang Allah bagi. 

Pilihan
Andai Allah minta aku pilih antara wang atau ilmu yang aku ada, aku pasti memilih ilmu ini.

Andai Allah beri pilihan antara keelokan rupa paras atau pengetahuan agama, aku tetap pilih pengetahuan ini

Andai Allah minta aku memilih antara cinta wanita atau cintaNya, tidak mungkin aku memilih selainNya

Suatu hari aku berjalan di sebuah padang yang dipanggil Padang Kehidupan pada tahun baru,  aku berjalan tanpa punya wang didalam saku, tanpa keelokan rupa paras mahupun cinta seorang wanita. Itu lebih aku sukai kerana Al-Muhaimin telah kurniakan aku dengan ilmu, pengetahuan dan cintaNya. Jasad aku barangkali terseksa mengharapkan kekayaan, kekacakan dan cinta tetapi sebenarnya hati aku telah lama tenang. Aku bahagia sebenarnya hingga rasa nak masuk spital bahagia ;p

Happy new year & newly wed kepada teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga waktu cuti sekolah ni. Aku doakan kebahagiaan yang berpanjangan pada kalian. InsyaAllah. :)

Love:
~hms~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...