Nuffnang

Tuesday 27 March 2012

Allahku dan Allahmu


Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah dia kekuatan
supaya dia berjaya dan keluar dari apa jua kegagalan.

Allah
Aku berdoa padaMu, berikanlah dia kebahagiaan
supaya dia gembira dunia dan diakhirat

Allah
Aku berdoa padaMu, berikanlah dia jodoh yang baik
supaya dia selamat dari api nerakaMu

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah dia hidayah
supaya dia menjadi sebaik-baik penghias syurga

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah dia cinta yang sejati
Supaya jangan dia pernah sedih

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah aku hati pemaaf
yang memaafkan segala kesalahan.

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah aku kelupaan
yang lupakan segala yang berlaku ini

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah aku kemiskinan
supaya aku tidak riak, sombong dan lupa untuk bersujud kepadamu

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah aku keburukan,
supaya aku tahu mereka yang mencintaiku bukanlah kerana keelokanku.

Allah,
Aku berdoa padaMu, berikanlah aku kecacatan
supaya aku tidak terus melakukan dosa ini

Amin.. Ya rabbal Alamin


:: Terima kasih kepada kawan kawan yang lain. Berada disini menemankan aku. Everything will come to an end ::



Hilmi

Thursday 22 March 2012

Konon Konon


Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 mac 2012


iPoyo iKnow 
Konon-konon nak cerita pasal kawan kawan tiap-tiap hari.. Alih-alih sibuk lah pulak.. Hahaha.. Tak istiqomah betul.. Lagipun charger laptop meletup.. aih.. :( .. Alright, before aku nak sambung kembali napsu menulis aku yang telah terputus ni, aku aku nak ucap selamat bercuti semorang.. kepada yang nak pegi GSM, hooyeh! Those yang lain, selamat pulang menjenguk keluarga dan lain lain lagi ah.

satu lagi benda aku nak cakap, aku tulis pasal kawan-kawan MSU je. Kawan-kawan pengakap ke, kawan dari kecik ke, adek badek ke hape bende aku tak cite..  Kite salu kot lepak.. Kawan2 MSU ni tinggal berapa hari je der, wa nak lepak sama.. sobs.. sobs

Takut
Bro! semua orang dalam dunia ni pun merasa takut dengan masa depan mereka, takde sape yang tidak pernah takut dengan hidup sendiri. Tapi sandarlah keyakinan kepada Allah SWT kerana dialah yang memberi rezeki. Insyaallah, life would be easier.


Bertemu
Aku ni bukanlah tua mana tapi aku dah jauh berjalan mengembara. Aku dah lalui seribu keperitan hidup. Aku dah bertemu ramai orang. Dan aku dah pernah jumpa orang macam ko. Orang yang punya hati yang ikhlas dan tulus. Mereka mengukir kejayaan dalam dunia mereka sendiri. All you need is faith. Believe in yourself. Jangan risau ok, sebab Allah selalu ada dengan orang yang sabar dan bersungguh-sungguh.


Kejam
Aku tau aku selalu jadi boss yang kejam pada ko. haha.. but, I have to bro. And thank you for being there bersabar sepanjang masa dengan aku.  Keep it up. You did amazing job. At least we have another 7 exciting weeks to spend together before we finish our study. Looking forward to work with you buddy.    


Ampun
Maafkan aku ok. For all the bad words and the bad deeds of me. Jangan simpan dalam hati semua tu. I always need you. You are amazing. Allah sajalah yang berkuasa untuk membalas segala kebaikan ko. I wish all the best for your life. Dan kalau ko berjaya suatu hari nanti, janganlah lupakan aku. Good luck bro. You truly my brother, Norhafiz Muswan. 



Assalamualaikum..
Love;
Hilmi


Monday 12 March 2012

Hari Kelima: Sisterhood


Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 mac 2012


Hekla! korang ingat aku dah tak sempat ke nk update blog harini? ehehe.Ye harini memang busy sikit. keluar rumah pagi pagi hari pegi exam, keluar makan dengan lovey-dovey kengkawan semua kendian balik rehat pastu keluar balik.. Ni baru sampai rumah.

Siapa?
Pertama kali jumpa waktu fisrt sem di MSU. Dia tanya pasal jadual dan exam di MSU. Dia cakap dia tak biasa lagi dengan sistem MSU sebab sebelum ini dia menuntut di PTPL. Disebabkan aku ni dah menuntut di MSU sejak zaman diploma maka dengan poyonya menerangkan segalanye, Ewah! hensem macho habis kot.. Lelaki budiman sepanjang zaman lah kann.. hehe

We both be a good friend afterwards because we both asal dari negeri yang sama.. Kalau duduk semeja borak tak hengat dunia. Kalau orang tak kenal, ingat macam kitorang ni nak begadoh je manjang.. dah memang gini style orang kedah begurau kot..Haha.. agak-agak sape ni woi? Demmit ah main teka-teki pulekkk .. Maybe you guess right. Haha.. Ya! I'm talking about Lisa Habeeb lah. Juga dikenali sebagai Saripah Dol, samseng Kampung Dusun.. ekeke.. 

Hebat Habaq Hang! 
Semua lecturer pun kenal dia kot. Otai nih.. Sembah ratu ooo.. Kepopularan beliau merentasi benua kot.. Haha.. melampau tuh.. 

Depend
Aku yang lelaki ni pun kalau nak buat apa-apa keputusan pun kene tanya kak yong ni dulu. Gila hang tak tanya dia dulu. Tak pasai ja kena karate-do jakgi.. She born with this great leadership. Tell her your problem, snap! pap! petik jari je setel terus. haha. 

We still have another great trip together. The real amazing trip. Cuma kali ni bawak2 tidoq lah kak oi.. Dulu masa trip pegi ke Padang Besar langsung dia tak tidur dalam train tuh.. Duduk bersila atas katil dia bertapa kot aku rasa. perghh!

Dear sister,
I never say this to you but before it is too late, lemme tell you that I do really love you. You've been a good sister for every of us and subhanallah, bertemu dengan hang jugak aku anggap sebagai satu rahmat dari Allah. 

We will always pray for your happiness. Don't worry ya. Kalau nnti hang dah nak berlaki, roger-roger la kat kami nih.. Toksah dok secret-secret sangatlah noh. heee~ :D

Habis dah hang belajaq kat sini. Nanti lagi dua bulan ni aku nk bergurau kasar dengan sapa ni? :( surely, I'm gonna miss you so much.. You are the nicest sister to me. Promise me, if you have time, please come here and pay us a visit haa. ok?

Kata akhir
Kebahagiaan itu milik Allah, apabila hang bertemu dengan Allah, tiada kebahagiaan yang lebih agung dari itu. Mulakan dengan perkara-perkara mudah dan simple, lama-lama cinta agung pasti akan berputik. Atas nama cinta, sungguh kerana aku peduli tentang hang, aku  tinggalkan nasihat ini. Barangkali  aku sudah pun tiada peluang untuk berbicara lagi selepas ini. Salam dan sayang dari aku. selamat berjuang Lisa. ketemu lagi andai ada jodoh. :)



p/s: aku ada gambar ratu cantik yang paling sexy. Agak2, bila boleh upload ya? hehe

Love:
hilmi mika

Sunday 11 March 2012

Hari keempat: Hanana Banana


"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 Mac 2012

Baru balik dari study sama-sama di library. Cam biase jelah.. Aku tido.. ehhe.. Full day-out. Dari pagi sampailah malam. I guess this time, I would like to talk about Hana. I did talk about her in my post Carta Hati Girls & Boys yang lepas.

The Broken One
We both can easily mixed around very well.. real good chemistry for awesome 2 years of friendship. Tapi manja-manja malas dia nih.. Kene salu marah2 sikit.. Ahha.. After Zaim, she goes number two people I love the most. The good part is: dia layan je perangai ntah hapenye aku ni. Takdenye jemu. :').. Thank you sayang.. Kite sayang awok sangat-sangat tau tak?

Jadahnye taruk the broken one? Bila hati aku tak oke, lepak aja deh dengan ini anak. Pasti kamu tersenyum deh. Dia bunga hati saya. I wonder how my live would be without you. Awak baik sangat. I will never forget this one nice girl. 

Tersambung
I don't mind kalau terputus hubungan dengan kawan yang lain. Walaupun dengan "sahabat aku yang aku paling sayang" pun aku boleh je tahan perasaan sedih dihati. Tetapi tidak dengan ko. For sure, keadaan akan jadi lebih teruk dari sekarang kalau kita gaduh ke betengkar ke ape ke. Tapi penah ke bertengkar @ begado? Hope never be for now and then. Kalau pun terjadi, I'm sorry and I want you to know that I will never mad at you. Forgiven already. heee

Alive
T.e.r.i.m.a k.a.s.i.h.. for every single things you've done to me. You give me strength yet regain my confident. I will be more than happy if you want to spend your time with me because I know every single moment we go through together will be most wonderful time.

Kalau perlukan apa-apa pertolongan, feel free to ask me oke? Don't keep it for yourself.. You always have us. Real love

Aku takde nak kasi nasihat pape sebab selama ni pun ko lagi banyak kasi nasihat kat aku. Wish you good luck.. dan beristiqamah dalam puasa sunat setiap senin & khamis tu.. Biar berterusan.. I wont be there always to ajak awok temankan saya berpuasa. Ok dear. See you again when I see you




~Salam~
Love;
Hilmi

Saturday 10 March 2012

Saya

Tiada guna juga saya menyesal pada perkara yang lepas. Jika bukan hari ini, dimasa depan mungkin anda boleh maafkan saya. My fault. My mistake. I am immature.

Saya mohon maaf.. I pray. Keep praying for you. Thank you. Thanks for every single things. :)

I know. I should stop doing this. and I will. Wish you happy life. Insyaallah..

Assalamualaikum teman

H

Hari Ketiga: Faten Naseha

"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 mac 2012

Pilihan
Hari ini aku pilih nak bercakap tentang Faten Razali anak uncle Razali. Sama macam Fatini, kitorang kawan sejak zamn diploma tapi dah hujung sem baru berkawan. Alhamdulillah, it last until now. Tu pun sebab sambung degree. Kalau tak, memang gitu jelah kawan. Takde nak rapat mana pung.. 

Aku pilih untuk bercakap mengenai Aten terlebih dahulu sebelum Hana sebab aku dan dia lebih lama bersahabat berbanding Hana. 

Classy
Sombong ya rabbi astagfirullah lah budak ni dulu.. Sumpah aku pikir dia ni anak Lord mane lah masa memula kenal dulu.. Asal habis kelas lesap terus (sekarang degree pun same jugek).. Pastu penah tesempak di KL lah, di PKNS lah and somewhere else lah tapi mana nk notice aku ni haa.. Dia notice abang-abang hot jah..

Dia ada ramai kawan yang best. I envy her personally. I guess it is simply because she is a lovely person. It is not surprising if she has lots of great friend around her.

Laju
The only word yang sesuai cakap pasal Aten adalah laju. Laju tulis, laju buat keje, laju kemas barang, laju balik rumah, laju je keluar kalau nak melepak. Semua ekspress. Bagus ni buat menantu (Mak Ahbun sila sujud syukur ye).

Cool
She's cool. I like her. She has her own persona. She is independent and believe nothing but her own self. Walau satu-dua ketika tu dia annoy gile dengan aku, dia layankan je. Nak larik tak boleh. Sorry la bro. Haha. That time my "so-called" relationship (kononnye) with Ana is not working very well, she lend me her ears denga je mamat bunge ni buat drama sinteron putus hati kunun. Ok, aku dah start malu bile ingat balik. Terima kasih for been there listen to me. 

Kalau nak cerita every event of life we went through meme panjang lah. Some are interesting, some are not. But still! she is one of my best girl in my life. 



Dunia depan
Dear friend. I believe you going to have very bright future. Be yourself. Don't worry about life because opportunity always come to people who work hard like you.  I wish I can be as cool as Zaim or Puyum or any other cool guy you know. But Aten, I am just me. Poyo sikit dan bergurau tak kene tempat. I know. huhuhu.

Dikesempatan yang ada, aku nak cakap terima kasih atas semua kebaikan kau. Knowing you such a bless. Nak cerita satu persatu segala budi baik kau memang panjanglah jadinye. Just you know, I thankful to Allah to let me know such a good person like you. 

Kalau ada rezeki dan jodoh, bertemu lagi di masa depan kerana aku sendiri pun tak pasti macam mana rupa masa depan tu.. I afraid I have to go and leaving you guys and seeing you will be so hard afterwards. I wish good luck dear and last word from me; walau sesusah mana dugaan yang mendatang, carilah Allah. Disana segalanya akan tenang dan selesai.

Assalamualaikum.
~ Hilmi MS ~

Friday 9 March 2012

Hari Kedua : Fathullah Zaim


"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 mac 2012

Ok hari ni dah masuk hari kedua.. Post yang kedualah.. Kawan yang kedua. I already talk abot this guy in my previous post Carta Hati Girls & Boys last week.

Cahaya Hati
Sahabat aku yang ini adalah sahabat yang pasti terselamat dari murka Allah kerana hatinya terlalu tulus dan baik.. Dia mahu melihat sahabatnya bahagia dan gembira. Sering ada kata yang tertinggal didalam hati sebab dia risau kata-kata dia melukakan aku. Sumpah Fath, aku tak pernah ambil hati dengan kau. Lagipun tiada apa-apa pun salah kau. Kalau ada pun, telah lama aku lupakan. 

Terlalu banyak kebaikan sahabat ini. Aku tidak punya apa-apa. Sungguh aku takde daya. Allah saja yang boleh memberi kebaikan kepada kau

Abu Bakar As-Siddiq R.A
Kau seperti Abu Bakar kepada Muhammad. Yang menanggung susah menemani Muhammad dalam berhijrah ke Madinah.  Yang banyak berjasa memastikan Muhammad berjaya. Kau adalah Abu Bakar aku. Yang menemani aku berjalan di tanah hijrah yang payah ini. Yang banyak berjasa memastikan aku terus bangun dari rebah aku. 

Aku sujud pada Allah. Mensyukuri rezeki yang Dia kurniakan dengan menghantar kau pada aku.

Risau
Maafkan aku Fath. Sungguh! sebab membawa keserabutan masalah hati aku kepada kau. Aku berterima kasih atas semua jasa baik kau kerana sudi berterus terang. Menyelamatkan aku dan memberi pengajaran kepada aku.

Aku mungkin memberi reaksi terluka tapi ingatlah kawan! Luka boleh sembuh, manusia sentiasa berubah. Yang kekal hanyalah memori. Biarlah aku hidup dengan sisa memori manis yang ada. Jangan risau dengan aku.

Pertolongan terakhir
Tolong aku Fath! boleh?.. Dua benda saja. Pertama, tolong jangan berhenti menasihati aku kerana aku sentiasa lupa. Kedua, sampaikan salam maaf aku "padanya" kerana aku terlalu malu untuk bermohon maaf "padanya" atas salah dan silap kata-kata dan perbuatanku. Dan untuk itu, aku ucapkan terima kasih atas jasa baik kau. 


Tolong jangan berhenti jadi sahabat aku. 
Tolong jangan bersedih lagi.

:: Apabila dua orang mukmin bertemu dan berpisah kerana Allah, nescaya diampunkan dosa keduanya ::


Assalamualaikum
hilmi

Thursday 8 March 2012

Hari Pertama: Fatini Idris

"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 march 2012




Imbasan
Dear Fatini, I just want to say thank you for all this blossoming 5 years of friendship. We have been a friend since our diploma time. Now, we both about to finish our study. I wish you best of luck. Insyaallah, semuanya akan baik.

Persoalannye kenapa aku update post ni? Entahlah dear. 1 thing I noticed, kau sangat tidak sihat. Tambahan pula dengan keadaan ko yang bagi aku nampak pucat dan beberapa perubahan fizikal yang lain. Dikuatkan lagi dengan post kau menceritakan betapa kau menyimpan rahasia tentang sakit kau itu

Aku memang tak banyak dapat bantu kerana yang maha berkuasa hanyalah Allah SWT. Jika kau sakit yang tidak tertanggung ingatlah Allah memerhatikan kau dari dekat. Kesatlah air mata kau kerana menjadi orang yang sedang menanggung sakit adalah satu kerahmatan kerana air mata sakitmu akan dikumpul untuk dijadikan embun penghias dipintu syurga.

Sabar & Syukur
Adakah kau tahu darjat orang yang bersyukur lebih tinggi dari darjat orang yang bersabar? Ini semua manusia "terpaksa" bersabar tapi tiada manusia yang "terpaksa" bersyukur. 

Sering manusia memujuk "Dah nak buat macam mana, benda nak jadi, sabar sajalah". 

Tetapi manusia yang bersyukur diatas ujian yang datang amatlah jarang bertemu. Yang penting, jangan berputus asa dengan rahmat Allah ya. Bersyukur dengan kesempatann hidup yang ada. Bersyukur dengan nikmat petunjuk yang telah Dia kurniakan. Hidayah untuk mula berhijab juga adalah suatu bentuk kurniaan yang cukup membahagiakan. Tahniah. :)

Ayyub A.S
Isteri si Ayyub telah mengeluh dengan kesusahan dan kesakitan yang telah Ayyub tanggung. Lalu dia bertanya pada Ayyub, "Duhai suamiku, apakah tidak boleh kau berdoa pada Allah untuk sembuhkan kau saja sedangkan kau adalah nabi umat ini?"

Lalu jawab Ayyub "Sudah berapa lama kita hidup dengan penuh kesenangan dan kebahagiaan harta benda, anak-anak serta kekayaan?"

Dibalas oleh isterinya "Selama 8 tahun lamanya"

Kemudian ditanya Ayyub "berapa lama pula aku telah jatuh sakit?"

Dijawab isterinya "sudah mencecah 7 tahun"

Maka Ayyub pun berkata "Sesungguhnya aku malu mahu bermohon kesembuhan dari Allah kerana kakayaan dan kebahagiaan yang pernah dikurniakanNya padaku lebih lama dari kesakitanku ini"

Dan ingatlah Fatini, pada tahun kelapan Ayyub sakit Allah telah sembuhkan baginda dalam sekelip mata sahaja. Kerana dia sahajalah yang punya kuasa untuk menentukan segalanya termasuklah sebuah keajaiban. Have faith my friend. Have faith!

Terakhir
Apa jua kesakitan yang kau hadapi, apa jua kepedihan yang kau tanggung. You are not alone in this world. walaupun seluruh umat manusia meninggalkanmu kesendirian, ingatlah nikmat dunia ini terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengann damainya syurga

Berusahalah untuk mencari Allah. Kenali Dia. Dekati dia. Perbaiki diri. Dengan izinNya dunia kau pasti lebih indah dan cerah.

Allahumma yassir wa laa tu 'assir.. Hasbunallahiwa niqmal waqil. :)




love
:: hms ::

Wednesday 7 March 2012

Hilang remove

Saya hilang 200 friendlist in FB... Tensennye lah.. dalam proses add semula.. jangan salah faham ye.

k bye

nak baca buku..

::: hilmi :::




Thursday 1 March 2012

Carta Hati Girls & Boys

Jarang aku nak buat post bergambar gini. Tapi bagus jugak sekali sekala dah nak habis belajar nih.. 

Ini Fathullah. Saya takde adik tapi saya rasa dialah adik saya. We both sama-sama anak bongsu. Sama-sama lahir bulan Jun. Mak kitorang pun sama lahir bulan Februari. Kalau nak cakap laki sama laki sayang agak geli kan. Tapi Fath,  ko lah kawan aku yang akan aku sanggup korban apa saja untuk ko. Aku sebut nama ko dalam doa aku setiap kali berdoa. Kalau suatu hari nanti ko hadapi kesusahan, andai aku takde disana untuk tolong. Don't worry friend! pertolongan Allah selalu datang kepada orang baik macam ko. you are number one friends in my heart.


Inilah dia pemenang kedua carta hati saya. Cik Hana. Saya sayang budak sengal ni. Betul punya sayang.. She is one adorable girl yang faham sangat hati saya. Kalau saya rasa nak putus asa dan penat dengan semua drama dunia ni, saya cakap dengan dia. Dia pandai pujuk. Macam hari nilah. Saya ada berita gembira dan dia orang pertama saya bagitau. Dan tadi dia suruh saya banyak-banyak bersabar menghadapi semua ini. Tenkiu sangat2 Nana. Sayang saya kat dia sampai bila-bila. Sumpah


Saya dulu tak suka Kaykay. Sumpah tak suka. tapi itulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. But now, she goes at tangga nombor tiga carta hati saya. I wish kita berkawan lebih lama Kay. Dah sem last baru la nak kawan rapat.. Sedih tahu! Kitorg boleh faham each other easily. We love same music, we eat everything and love the same taste of food. Duduk dalam bas mesti duduk takboleh jauh sebab nak gosip.. haha.. potpetpotpet.. Trip Vietnam masih ada, sure we will enjoy 'em so much babe.. Nanti lepas habis belajar pun, kalau ada kesempatan kita gi bercuti lagi ea.. Nama bf dia Helmy, saya Hilmi jadik boyfie simpanan.. Pffttt.. -,-"



This budak jahat goes number 4. Saya ni anak last. Hati tisu sikit. Dia ni pulak pandai korek rahsia. saya salu kalah kalau dia korek2 rahsia ni.  Inilah dia Amira. She can see my tears even I'm not crying. She can see my pain without I'm telling. She can tell what I think without asking. Awak kakak saya yang terbaik.



Ini jatuh nombor lima, bunga hati saya dari zaman budak-budak lagi.. Kami membesar bersama-sama, pegi sekolah sama-sama, mandi sungai sama-sama.. tapi tu zaman budak2 la dol.. Dah besor gini mane mndi sungai sesame lagi.. gilo! ni lah Alia .. Dia dan Kaykay have lot in common. Tapi saya sayang Kaykay lebih sikit lah. Kecik2 sama-sama comot sampailah besar panjang gini.. Bezanya dah tak comot sangat.  heee~ Punye la ramai yang syok kat dia tapi entah aku pun tak paham entah la kenapa she keep cling dgn mamat yang ulang-ulang tak setia. Entahla babe!     


Nombor 6 jauh kepada Hafiz Muswan. I wish I can tell much about him tapi satu benda yg paling baik pasal kawan saya yang ini adalah kerana dia punya hati yang ikhlas dan besar. Saya dah banyak kali jumpe orang macam ni dan meraka menjadi orang yang hebat dimata dunia. 



Saya ada banyak lagi nak update. , nombor 7, nombor 8, nombor 9 sampai la nombor 10. Tapi saya x mmpu nak tahan pedih mata nih.. Ye! saya memang perempuan sikit.. wuwuwu.. Tapi itulah yang buat saya kuat dan korang takkan mampu bayang apa yang telah saya lalui. 

**************

Above all yang kat atas (tapi tulis kat bawah) there is queen of my heart. Suatu hari nanti dia pasti akan faham kenapa saya diamkan diri tanpa kata. Saya ada sembilan sebab kenapa saya diam. Saya boleh terangkan satu-persatu bila perlu. There always someone better come into my way. But, just she know, those girl are not her. She is the only one in this world and the one. She worth to wait for. 

Saya percaya takdir tuhan lebih dari segalanya. Kalau memang diatas sana telah ditulis... maka ianya akan berlaku sepertimana yang tertulis.. Mungkin dapat bersama mungkin tidak. Saya hanya hamba tuhan yang menurut ketentuanNya.. Saya perlukan sedikit saja masa lagi untuk buat persediaan.  Kalau awak sudi mencuba, saya berani berusaha. 

sekian saja..

Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...