Nuffnang

Monday 26 September 2011

Cerita Bohong


Tipu
Kalau tak suka ditipu, jangan menipu. Apa beza engkau dan dia andai kalian saling menipu. Andai sayang, jangan ada zikir palsu dilidahmu kerana penipuan adalah peruntuh sebuah kepercayaan.

Andai menyayangi, tiada rasa marah yang akan meletus kerana kau jujur! Kerana kau ikhlas! Kerana kau percaya tiada apa yang perlu dirahsiakan. Maka aku doakan kebahagiaan kalian. Jangan tipu-tipu ya.. =)

Aku dan Tipu
Tidak memberitahu dan menipu adalah dua perkara yang berbeza. Aku telah hidup menjadi manusia selama 23 tahun. Mustahil setiap perkara yang berlaku didalam hidupku akan aku ceritakan. Tapi padamu duhai cinta, tanyalah padaku apa saja. Aku akan memberitahumu kerana aku tidak menipu terhadap kesayangan hatiku.

Sakit
Aku tak menipu. Kesakitan yang kau rasa kerana kata-kata jujurku adalah lebih ringan berbanding kesakitan yang terpaksa tanggung atas kata-kata tipu yang aku ciptakan semata-mata untuk menyenangkan hatimu. 

Bohong
Ya! aku berbohong dengan mengatakan aku tidak cinta. Aku bohong dengan menafikan segalanya. Maafkan aku kerana tuhan memberikan amanat supaya aku bersabar. KataNya; duhai hambaku, kebaikan adalah untuk orang yang bersabar..

Kisah Muhammad
Muhammad wajahnya gusar, lalu ditanya oleh tuhannya (walaupun tuhannya telah mengetahui).. Ujar Muhammad, bahawa dia rindu pada Khadijah walau telah tiada.. Dia juga menyayangi Aishah melebihi isteri yang lain walaupun dia sedar tugas sebagai suami yang berkahwin lebih dari satu haruslah bersikap adil. Maka dijawab kepadanya. Itulah sang lelaki! kasihnya seluas lautan. Maka dengan ini, kalian diizinkan berkahwin lebih dari satu. Kalian mampu mencintai lebih dari satu. Kalian mampu berlaku adil dari segi harta. Kalian akan mampu dari segi nafkah tetapi kalian tidak akan mampu dari segi emosi kerana emosi adalah hak wanita.

Bukan bermakna aku tidak suka... Hulurkan aku masa untuk merenung langit tuhan menadah kompas arah mana harusku julurkan langkah.. Andai janji tuhan dipegang dengan teguh bahawa tiada satu perkara yang diciptakan secara sia-sia, nescaya akan keringlah segala keresahan lalu berbuahlah ketakwaan.


***lama lah gile tak tulis entry serius + ayat2 bunga cenggini... phuiii... puitis seyhh.. ahaha***


happy reading ya:
HMS






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...