Nuffnang

Friday, 9 March 2012

Hari Kedua : Fathullah Zaim


"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 mac 2012

Ok hari ni dah masuk hari kedua.. Post yang kedualah.. Kawan yang kedua. I already talk abot this guy in my previous post Carta Hati Girls & Boys last week.

Cahaya Hati
Sahabat aku yang ini adalah sahabat yang pasti terselamat dari murka Allah kerana hatinya terlalu tulus dan baik.. Dia mahu melihat sahabatnya bahagia dan gembira. Sering ada kata yang tertinggal didalam hati sebab dia risau kata-kata dia melukakan aku. Sumpah Fath, aku tak pernah ambil hati dengan kau. Lagipun tiada apa-apa pun salah kau. Kalau ada pun, telah lama aku lupakan. 

Terlalu banyak kebaikan sahabat ini. Aku tidak punya apa-apa. Sungguh aku takde daya. Allah saja yang boleh memberi kebaikan kepada kau

Abu Bakar As-Siddiq R.A
Kau seperti Abu Bakar kepada Muhammad. Yang menanggung susah menemani Muhammad dalam berhijrah ke Madinah.  Yang banyak berjasa memastikan Muhammad berjaya. Kau adalah Abu Bakar aku. Yang menemani aku berjalan di tanah hijrah yang payah ini. Yang banyak berjasa memastikan aku terus bangun dari rebah aku. 

Aku sujud pada Allah. Mensyukuri rezeki yang Dia kurniakan dengan menghantar kau pada aku.

Risau
Maafkan aku Fath. Sungguh! sebab membawa keserabutan masalah hati aku kepada kau. Aku berterima kasih atas semua jasa baik kau kerana sudi berterus terang. Menyelamatkan aku dan memberi pengajaran kepada aku.

Aku mungkin memberi reaksi terluka tapi ingatlah kawan! Luka boleh sembuh, manusia sentiasa berubah. Yang kekal hanyalah memori. Biarlah aku hidup dengan sisa memori manis yang ada. Jangan risau dengan aku.

Pertolongan terakhir
Tolong aku Fath! boleh?.. Dua benda saja. Pertama, tolong jangan berhenti menasihati aku kerana aku sentiasa lupa. Kedua, sampaikan salam maaf aku "padanya" kerana aku terlalu malu untuk bermohon maaf "padanya" atas salah dan silap kata-kata dan perbuatanku. Dan untuk itu, aku ucapkan terima kasih atas jasa baik kau. 


Tolong jangan berhenti jadi sahabat aku. 
Tolong jangan bersedih lagi.

:: Apabila dua orang mukmin bertemu dan berpisah kerana Allah, nescaya diampunkan dosa keduanya ::


Assalamualaikum
hilmi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...