"Sedang tulis kisah pasal kawan2 di blog.. Satu persatu.. Mulai hari ini.. Setiap hari satu kisah.. Jadi sebelum aku tamat belajar atau memejam mata dapat lah aku tinggalkan korang dengan beberapa kisah untuk dikenang."
- hms 8 march 2012
Imbasan
Dear Fatini, I just want to say thank you for all this blossoming 5 years of friendship. We have been a friend since our diploma time. Now, we both about to finish our study. I wish you best of luck. Insyaallah, semuanya akan baik.
Persoalannye kenapa aku update post ni? Entahlah dear. 1 thing I noticed, kau sangat tidak sihat. Tambahan pula dengan keadaan ko yang bagi aku nampak pucat dan beberapa perubahan fizikal yang lain. Dikuatkan lagi dengan post kau menceritakan betapa kau menyimpan rahasia tentang sakit kau itu
Aku memang tak banyak dapat bantu kerana yang maha berkuasa hanyalah Allah SWT. Jika kau sakit yang tidak tertanggung ingatlah Allah memerhatikan kau dari dekat. Kesatlah air mata kau kerana menjadi orang yang sedang menanggung sakit adalah satu kerahmatan kerana air mata sakitmu akan dikumpul untuk dijadikan embun penghias dipintu syurga.
Sabar & Syukur
Adakah kau tahu darjat orang yang bersyukur lebih tinggi dari darjat orang yang bersabar? Ini semua manusia "terpaksa" bersabar tapi tiada manusia yang "terpaksa" bersyukur.
Sering manusia memujuk "Dah nak buat macam mana, benda nak jadi, sabar sajalah".
Tetapi manusia yang bersyukur diatas ujian yang datang amatlah jarang bertemu. Yang penting, jangan berputus asa dengan rahmat Allah ya. Bersyukur dengan kesempatann hidup yang ada. Bersyukur dengan nikmat petunjuk yang telah Dia kurniakan. Hidayah untuk mula berhijab juga adalah suatu bentuk kurniaan yang cukup membahagiakan. Tahniah. :)
Ayyub A.S
Isteri si Ayyub telah mengeluh dengan kesusahan dan kesakitan yang telah Ayyub tanggung. Lalu dia bertanya pada Ayyub, "Duhai suamiku, apakah tidak boleh kau berdoa pada Allah untuk sembuhkan kau saja sedangkan kau adalah nabi umat ini?"
Lalu jawab Ayyub "Sudah berapa lama kita hidup dengan penuh kesenangan dan kebahagiaan harta benda, anak-anak serta kekayaan?"
Dibalas oleh isterinya "Selama 8 tahun lamanya"
Kemudian ditanya Ayyub "berapa lama pula aku telah jatuh sakit?"
Dijawab isterinya "sudah mencecah 7 tahun"
Maka Ayyub pun berkata "Sesungguhnya aku malu mahu bermohon kesembuhan dari Allah kerana kakayaan dan kebahagiaan yang pernah dikurniakanNya padaku lebih lama dari kesakitanku ini"
Dan ingatlah Fatini, pada tahun kelapan Ayyub sakit Allah telah sembuhkan baginda dalam sekelip mata sahaja. Kerana dia sahajalah yang punya kuasa untuk menentukan segalanya termasuklah sebuah keajaiban. Have faith my friend. Have faith!
Terakhir
Apa jua kesakitan yang kau hadapi, apa jua kepedihan yang kau tanggung. You are not alone in this world. walaupun seluruh umat manusia meninggalkanmu kesendirian, ingatlah nikmat dunia ini terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengann damainya syurga
Berusahalah untuk mencari Allah. Kenali Dia. Dekati dia. Perbaiki diri. Dengan izinNya dunia kau pasti lebih indah dan cerah.
love
:: hms ::
3 comments:
Terima Kasih Hilmi...
I'm speechless when reading it at first..
dan ade laa nak menitis sikit air mata ni.
ape pun terima kasih untuk entry ni. aku suka baca kisah2 nabi yg kau sering selitkan dlm blog kau.
Insyaallah, aku sentiasa tabah melalui hari aku. ;)
(^_^)
most welcome fatini.. :)
Post a Comment