Kezaliman bermaharajalela. (8.00pm)
Amboi-amboi kemain romantik nengok si Seth dgn Elena nih. Aku pulak yang lebeh-lebeh berangannye.. citt.. Asal hensem + kaya je dmesti dapat bini cantek.. Pastu bini boleh plak tepelecok kaki then bole la nak euww-euww urut kaki kengkonon..Tektik kuno.. eleh~
Hari ini berkubang dalam dapur sebab japgi pkul 12 birthday Epi Alarcon Morales. Hooyeh!! heaven..Mee-hoon sup + moist cake (cake beli) bersama segala bagai cake lagi.
By the way, selamat hari Lahir yang ke 23 Epi.. Ko memang chef yang awesome.. Pompuan pun belum tentu boleh masak cam ko masak nih.. Rugi la sape nak sambar cepat-cepat kite ni.. Lagi-lagi Encik H**** Mika tuh.. (Iklan sebentar ye).. thehehehe..
oooh.. 1 more thing, today it is also my nephew's birthday Aizat Danial yang bajet boleh jadi lelaki awesome seperti PakSu dia tuh.. Tapi sorry la beb, kalau hanya berbekalkan dagu yg panjang memang tak mampu la ko nk ikut jejak langkah den ni... haha... happt 16th birthday dude.. semoga impian hang nak jadi pakar bedah tukar jantina tercapai.. haha.. =p
~Gamba 2009: lepak tengok wayang ~
Kesedapan bermaharajalela. (10.23pm)
Kembong dah perut aku makan begitu banyak segala junk food nih.. Alhamdulillah.. Rezeki pemberian Allah SWT.. terima kasih Ya Allah.. Rezeki datang melimpah ruah. Tadi tengahari sangatlah malas nak turun pegi makan kedai bawah. Lagipun, duit pon tak berapa nak meriah dalam wallet ni. hehe.. pastu masak nasik goreng ikan masin masak asam.. huiii~ rugi pulak masak nasik sikit jep...
Keseronokan bermaharalela (11.00pm)
Aku sepatutnya dah balik Kedah tapi 3 hari lepas, Hj. Ismail Ku Ishak, (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah) bagi surat tawaran untuk aku menghadiri Adult In Scouting Workshop: Malaysian Chapter di UIAM weekend nanti.. Lame doe aku tak join event educational ni. It's gonna be awesome. Tapi itu lah... hehe... Mak aku tarik muncung panjang r. Dia tak bebel cuma tetiba nada suara down.. aiseh~ yeler2..paham.. hehe..
~Gamba Lama di Chiang Mai time nih~
Kahwen bermaharajalela. (11.20 pm)
5hb nanti Abg Bob, my captain will get married.. Bro Izhar pon sama.. Tarikh pon sama..tapi adinda mohon maaf lah ye kepada Abang berdua kerana sewaktu itu adinda sedang menghadiri workshop di UIA.
Tahniah kepada of my cousins yang bakal kahwin in few incoming days. Sorry sesangat.. ramailah pulak kawin 5hb.. adeii
"Apabila telah tiba masa kamu bertemu dengan takdir jodohmu, itu adalah sebuah ketentuan yang telah ditetapkan kerana ianya telah diukir halus dijalur cahaya bintang" -pujangga.
~written in the star~
halamek~ lambat pulak 'ketentuan yang telah diukir halus dijalur cahaya bintang' aku ni..