Nuffnang

Friday, 30 September 2011

Drama Bersiri..

I wish I can write little longer sebab aku pikir baek tulis kt wall FB je kalau nak pendek2... hehe..

EPISOD 1
I will moving to new place very SOON..
I will go for exam very SOON..
I will change to new me very SOON..
I always know, everything is too SOON..

EPISOD 2
For you: I won't wait ANYMORE..
And you: I won't listen ANYMORE..
But, for you: I need time, some MORE..
Mak: I love you MORE.. Heee~
Abah: Banje makan chipMORE?? taboley la.. kenceng manes.. hehe..

EPISOD 3
To my dearly friends, yes you.. and you too.. and of course you.. I am truly sorry for keeping tabs.. Gimme some space to figure out what to do even I know my plan already perfect.. ==> chek tengah demam ni, tak boleh nak pikiaq dengan waras.. alolo.. kesian tak?? 

EPISOD 4
When I said "I'm Okay" and then walk away, I am truly hoping there's someone who really care to stop me and grab my arms to say " No!! you are not okay" ==> mengade kan?? haruslah!.. phuii... haha..

EPISOD 5:
I am a man.. So, aku pikir aku tapayah nak drama sangatlah kot. Bangun berdiri dan cuba dan cuba dan cuba.. Real man should never give up, ain't it? ==> Man lah sangatnye.. (-_-)''

PERSETIAAN & IKRAR
Dengan ini, saya berjanji, tidak akan lagi berani, untuk nonong je bercakap dan memberitahu, segala apa yang terkandung, dalam kepala otak dan hati saya, melainkan ditanya.. Oleh itu, kalau nak tahu, sila bertanya. Kerana saya dengan senang hatinya akan bagitau. Tanak tahu pun takpe, saya pun tak bagitau.. 



Love:
HMS

Wednesday, 28 September 2011

Monday, 26 September 2011

Cerita Bohong


Tipu
Kalau tak suka ditipu, jangan menipu. Apa beza engkau dan dia andai kalian saling menipu. Andai sayang, jangan ada zikir palsu dilidahmu kerana penipuan adalah peruntuh sebuah kepercayaan.

Andai menyayangi, tiada rasa marah yang akan meletus kerana kau jujur! Kerana kau ikhlas! Kerana kau percaya tiada apa yang perlu dirahsiakan. Maka aku doakan kebahagiaan kalian. Jangan tipu-tipu ya.. =)

Aku dan Tipu
Tidak memberitahu dan menipu adalah dua perkara yang berbeza. Aku telah hidup menjadi manusia selama 23 tahun. Mustahil setiap perkara yang berlaku didalam hidupku akan aku ceritakan. Tapi padamu duhai cinta, tanyalah padaku apa saja. Aku akan memberitahumu kerana aku tidak menipu terhadap kesayangan hatiku.

Sakit
Aku tak menipu. Kesakitan yang kau rasa kerana kata-kata jujurku adalah lebih ringan berbanding kesakitan yang terpaksa tanggung atas kata-kata tipu yang aku ciptakan semata-mata untuk menyenangkan hatimu. 

Bohong
Ya! aku berbohong dengan mengatakan aku tidak cinta. Aku bohong dengan menafikan segalanya. Maafkan aku kerana tuhan memberikan amanat supaya aku bersabar. KataNya; duhai hambaku, kebaikan adalah untuk orang yang bersabar..

Kisah Muhammad
Muhammad wajahnya gusar, lalu ditanya oleh tuhannya (walaupun tuhannya telah mengetahui).. Ujar Muhammad, bahawa dia rindu pada Khadijah walau telah tiada.. Dia juga menyayangi Aishah melebihi isteri yang lain walaupun dia sedar tugas sebagai suami yang berkahwin lebih dari satu haruslah bersikap adil. Maka dijawab kepadanya. Itulah sang lelaki! kasihnya seluas lautan. Maka dengan ini, kalian diizinkan berkahwin lebih dari satu. Kalian mampu mencintai lebih dari satu. Kalian mampu berlaku adil dari segi harta. Kalian akan mampu dari segi nafkah tetapi kalian tidak akan mampu dari segi emosi kerana emosi adalah hak wanita.

Bukan bermakna aku tidak suka... Hulurkan aku masa untuk merenung langit tuhan menadah kompas arah mana harusku julurkan langkah.. Andai janji tuhan dipegang dengan teguh bahawa tiada satu perkara yang diciptakan secara sia-sia, nescaya akan keringlah segala keresahan lalu berbuahlah ketakwaan.


***lama lah gile tak tulis entry serius + ayat2 bunga cenggini... phuiii... puitis seyhh.. ahaha***


happy reading ya:
HMS






Sunday, 18 September 2011

Beautiful Lie

Hola fellas..

TIPU AH
Suara aku still macam budak baru baligh.. Wahaha.. sexy seyh.. Pastu lepas makan, minum air, its getting better.. Ok lah.. Hari ni baca status si Adib Anuar yang cenggini:

Inilah LELAKI yang menjadi impian setiap wanita masa kini...


Lelaki yang BAIK : Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya
Lelaki yang COMEL : Lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
Lelaki yang SWEET: Lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah
Lelaki yang ROMANTIK : Lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari
Lelaki yang CHARMING : Lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat

For me,you deserve every man. Whoever he is, memang dah memang  jodoh korang.. Once da suka orang tu, jadahnye semua diatas nak consider lagi sebab kita akan tolerate dengan sifat & perangai dia.. 

GEDIK
kalau korang banyak persamaan, korang akan kata: " our love made in heaven. We born to each other"
kalau korang tak banyak persamaan, korang akan kata: "haruslah berbeza. barulah balance. Completing each other."

Euwww~ see! kalau dah sayang.. sigh =,=''.. 
But still, you both are right. Love made in heaven. Tu omputeh. Kite orang islam, jodoh dan rezeki sume ditetapkn masa dalam rahim ibu.. =).. dan aku juga setuju kalau korang kata berbeza tu bagus kerana korang akan sentiasa meneroka perkara baru.I love if we are different. such a journey of  relationship.



MASA
Setiap benda akan ada masanya. Akan ada masa untuk solat, untuk belajar, untuk mencari jodoh, untuk mencari rezeki, untuk berkahwin, untuk pergi haji, untuk berpuasa dan masa untuk segalanya. Semua perkara ada masa dan kesempatan. wait! it'll happen eventually. Takde satu benda pun
 yang berlaku diatas muka bumi ini tanpa kehendak dan izin Allah SWT. =)

PENIPU YANG IKHLAS
Semalam bangun tido pukul 2 pagi.. After doing few of my stuff, tengok movie Just Go With It. Damn I like it.. Yet again, love is always coming when you stop looking for it.. You cannot lie about love.. =)

Dah nak masuk zohor dah.. Adios! muchos gracias.. Tener un buen día..

Friday, 16 September 2011

Jumaatday

Manja.
Anak mak demam macam mak jugak.. Sakit tekak sangat2.. hukhuk.. Nak minum air pun smpai menitik air mata.. pedih.. errmm.. Get well soon mom.. Don't worry about me..

Balance
Kalau buat salah, mak akan marah.. Menanah telinga kalau dengar.. Tapi abah dengar je. After solat, we talked about it. He is a man of wisdom.. But still, of course I love both of 'em.. Because I know, if he worry about me, she worries me more.. If he love me, she loves me more.. =)

Thank you Ya Muhaimin

Positif
Dulu kalau sakit, suka buat muka toya.. Kengkonon nak btau orang lain yang aku saket.. haha.. dulu la.. Tapi ni hari ni aku btau org aku tak leh makan sebab demam dan sakit tekak dorang sume gelak.. monyet ar.. betul la gile.. -,-''

Bangun tido kene senyum.. pura-pura pon tape.. regangkan otot muka.. baru muka bebyface cam saye.. tambah2 kalau bangun pagi, bole pulak tengok muka comel bini korang, senyum banyak2 ye.. (dah tetibe pasal bini pulak ape hal).. oke.. mengade! takde kaitan.. haha..

The point is; be positive!!.. senyum walau sakit.. It'll change everything..


ah hoy.. Happy friday.. May every of us have a nice day.. hari penuh keberkatan.. Jom, maau pegi mandi dan solat jumaat... =) 






Thursday, 15 September 2011

Ubah

Tanak jadi orang baik boleh tak?
Tanak jadi lelaki yang berkelakuan baik?
Nak jadi penjahat..
Kenape?
sebabnya saya mula trapped in own stringe..
Allahu akbar...
Bertimpa-timpa datangnya..

Love:
h.i.l.m.i

Tuesday, 13 September 2011

Sepatutnya

Bukan Menolak Takdir
Sepatutnya kalau kita nak berkawan, tak perlu nak ada istilah 'aku miskin-kau kaya' kan?? tapi mungkin cara aku dibesarkan menyebabkan aku susah nak ubah persepsi tu. Apetah lagi kalau korang jatuh cinta dengan orang yang lebih kaya, yang lebih mewah hidupnya berbanding dengan hidup korang. It's sucks.. Tambah2 lagi, aku ni lelaki. Makanya, ianya menjadi susah.. that's why aku punye FB status pagi ni; "let the rich stay among the rich.. I will play jauh2.. ""

Sepatutnya aku langsung tak cerita pasal benda2 dalam hati aku dalam blog ni. sepatutnya aku cerita pada tuhan. Dan aku menyesal.

Sepatutnya kita tak patut jadi kawan pun..
Sepatutnya aku dengar cakap mak & myra..
Sepatutnya dari dulu aku jauhkan diri. Tak la susah hati cenggini,. 

Perancangan apa yang Allah buat untuk aku ni?? Kan bagus kalau cerita aku ni macam kisah si Aidil dan Alya dalam cite Nur Kasih tu.. walau Alya tu kaya, tapi itu tak pernah membezakan apa2 pun.. 
 
Aku dan Bulan
malam tadi sempat merenung kelangit. Tengok bulan lalu berbual sejap..
Moon asked; If she make you sad. why don't you leave her?
I said: Moon, did ever you leave your sky?
Moon said; How can I? she is part of me.
I replied: So do I. How can I Ieave my sky?

Kalau aku boleh pergi, dah lama aku pergi.. Aku tunggu sampai habis belajar je. Pastu, I really hope we not gonna see each other again no matter how close we are.

Monday, 12 September 2011

Suddenly...

Tiba-Tiba
Suddenly, I fell in love with this girl..
Suddenly, I like this version of song compared to original..
and...
Suddenly, I afraid, if I telling the truth to her..
Video ini menjadi jawapan kepada soalan aku..
Lah pulaknye!! =,=''

Homework
I supposed to start doing my work for Freight Forwarding but still don't start anything yet. Looking for some strength.. Allahurabbi.

Vacation
Just got back from Padang Besar.. Ingat nak beli cenderahati kat kengkawan yang tak pegi tapi tetibe mati akal tak tau nak beli ape.. ermm.. tunggu yg trip Indon nantilah.. Insyaallah ada buah tangan.

Sibuk
Tak senang hati yang tersangat! :(

Love:
a.k.u



Wednesday, 7 September 2011

Fully Motivated.


Saya lupa saya dulu pandai motivate orang..
Terlupa! sungguh terlupa..
Now I remember..

and I laugh like retardo..
teringat betapa lemah I've been..

Now..
I can wake again..
Singing the song..
The same song I used to sang..
Thanks to you for reminding me.. =)

Time is a great cure...
Time changed me..

Life is wonderful... Anything can just simply happen.. =)


Saturday, 3 September 2011

Erti Hidup (Part 3)

Sambungan dari Part 1 dan Part 2 yang telah diupdate petang tadi.. Entry Erti Hidup berkaitan dengan hal-hal yang terjadi sepanjang syawal 2011.. Beri pengajaran kepada aku..


Telah Pergi
Raya kedua jumpa kawan-kawan lama.. Sempat aku bertanya khabar seorang kawan  lama aku ni. Seingat aku tahun lepas bulan disember dia kahwin tapi rupanya Allah lebih sayangkan suaminya.. 2 Ramadhan 1432H, arwah suaminya pergi menghadap Ilahi..

Aku duduk temenung sekejap. Betapa tak selamanya bahagia yang hadir.. Diharap bahagia hingga ke hujung usia, tapi pedihnya Allah saja yang tahu kehilangan suami waktu usia masih muda. Belum sempat beraya bersama suami tercinta.

Dihujung solat petang tu, aku doakan dia kembali bahagia selepas ini. Aku doakan dia diberi kesabaran yang tinggi. Bertemu pengganti yang lebih baik dan diberi kegembiraan oleh Ar-Rahman..

Panggilan Ilahi
Pak Usop kawan abah meninggal selepas solat sunat raya.. Lepas solat, dia duduk sandar di tiang sambil nk dengar khutbah. Pastu dah habis, jemaah lain ingat dia tidur.. Goyang2 badan nak kejutkan, dia tak ada bagi respons.. Pastu check nadi sume memang sah dah meninggal. Senang sungguh dia menghadap Al-Khaliq.

Satu pengajaran lagi untuk aku. Jangan banyak berangan sangat. Belum tentu esok masih ada untuk aku.. Allahu akbar..

Panggilan Hutang
Amey dan Zarina dah dapat dah surat bayor hutang dari MARA.. lalalalala... =p

Pengajaran: tak tau ape pengajarannye?? hahahaha...


:: The End ::




Erti Hidup (Part 2)

Post ni adalah kesinambungan dari Part 1 yang banyak aku cerita pasal suasana 2-3 hari masa hari raya.. Tu cite pasal family lah.. Ni masuk bab kengkawan pulak

Kawan Baru
My besties, Akmal and Ezzuani  ntah merata-rata bawak aku jalan beraya.. jumpa beberapa orang kenalan baru.. nice meeting you guys and girls too.. Yang tak bestnye bila ikut diorang bedua ni tak hengat nak balik... telepas aku nak mengutip duet raya dari mak-mak sedare yang datang ke rumah.. haih~ The lowest collection ever.. thehehe..

Kawan Lama
Thank you for everyone who wishing me hari raya hatta dari orang yang ditunggu dan tak terjangka pon ada.. Selamat hari raya jugak.. sorry kalau ada yang tak sempat aku reply message korang sebab seingat aku semua mesej yang masuk, aku reply balik.. kalau takda, mintak maaf ye.. takde niat nak sombong ke apa.. =)

Perasaan Lama
Orang yang aku cuba lupakan, wishing me selamat hari raya dan aku senyum sebab perasaan itu dah takde dah.. Everytime I saw Ana, no longer have the same feeling.. Even we do not engage in relationship whatsoever, she managed to be a good friend to me.. She were the 3rd person wishing happy birthday during my last birthday. I myself no longer feel awkward to talk to her. I  proud of myself for successly managed to moved on.

Pegi beraye jumpa balik crush yg lama-lama.. They are happy.. married pon ada, kerje dah pun..  wowwy!!

Perasaan Baru
Sempat pegi beraya rumah  Nad sekejap.. Bebel aku punyalahhhhhhhhhhhhh panjang.. Nadia cakap aku ni LamPi sangat.. Aku diam jela.. Dengar dan senyum jep.. Semua orang ada prinsip aku pikir.. Semua orang ada sebab mengapa mereka berdiam diri... for me: "I'm not looking for a girlfriend to LOVE with, but I'm looking for a wife to LIVE with"..

Aku tumpang Achik balik Shah Alam.. sekarang ni kat Shah Alam dah la.. sampai di Ipoh tadi, lagu Anuar Zain lah pulak... hahaha.. syahdu gitu..



Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu...
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata...
Bukan maksud untuk membisu...
Sepi tanpa kata..
Terpisahnya kita kerana mengejar impian...

(apokobondolah upload lagu jiwang time mood raya.. hadooo~! bongok)

to be continued....

Erti Hidup (Part 1)

Dah habis raya, haruslah update blog kan.. hehe.. ok... Banyak benda yang aku nak cerita.. tapi aku buat dalam beberapa part lah.. Kang panjang2 sangat, lemau jugak nak menaip.. korang pon nanti lemau nak bace.. (Perasan ado orang nak baco. citt!!)


Pak Andam
Pepagi raya bangun dengan muka bersemangat dan tersangatlah bising rumah aku ni... 16 orang cucu mak aku ada sini even tak semua balik.. Dah besau dah anak sedare aku sume ghupenye.. Tak sempat aku nak mandi lagik kemain soh aku tolong ironkan rambut diorang.. Perghh!! sungguh bertauliah Pak Andam ni.. Tu hal yang pompuan, yang laki pulak, pakai sental aku punya fragrance and body spray sampai kering.. Syampu aku sebotol habis.. Conditioner aku tengok tetibe je dalam tong sampah dah.. Nasib baik lah PakSu korang ni penyabo dan penyayang orangnye... ehehe..

Bilik air walau ada 2 buah, namum masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.. berebut!!.. nasib baik la yang kanak-kanak yang kecik2 tu aku sumbat je 4-5 orang sekali dalam bilik air pastu jirus ramai-ramai.. senang keje aku..
Yang kanak-kanak yang kecik ni pandai je pau duet aku nak beli eskrem segala... Enchek penjual eskrem ni time2 rayelah nak menjual.. cehh!! Bagak mahal eskrem yang korang beli... Haih~ nasib korang lah aku hati lembut..

Separa Happy
Tak semua orang ada tahun ni.. I mean, Kaka 1st & 2nd  tak dapat balik.. My 5th sister pulak beraya kat spital sebab usus dia pecah dan kena buat pembedahan sehari sebelum raya.. paling tak boleh blah, pagi semalam keluar spital (raya keempat), petang tu rembat moto abah aku keluar meronda... amboi kau!

Syukur
Abah aku gaji kecik je (dulu-dulu.. sekarang dah pencen).. So, aku still ingat macam mana kitorang makan biase2 je.. Sotong ke, ketam ke, udang ke, suma makan sikit2 je sebab simpan untuk abang or kakak aku yang tak makan lagi.. Sebab tu aku suka makan ikan compared to ayam, daging or other seafood.. sampai la sekarang aku nak makan lauk-lauk seafood ni masih tak gheti nak amek banyak2 walaupun hidup kami dah jauh berubah.. Seronok nengok anak-anak sedare aku ni berkoyan senduk ketam dan sotong yang mak aku masak.. betapa Allah mengurniakan rezeki yang baik kepada aku dan keluarga.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Razzak..

Touching lah
"Paksu jadi tukang tangkap gambaq sudah la.. Biaq kami budak-budak ja yang posing2  ni.." cis!! kuang ajo sungguh statement korang ye.. ahaha.. So, den takdo gamba nak upload dalam ni.. huhu.. ='(

To be continued...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...