Nuffnang

Monday, 12 September 2011

Suddenly...

Tiba-Tiba
Suddenly, I fell in love with this girl..
Suddenly, I like this version of song compared to original..
and...
Suddenly, I afraid, if I telling the truth to her..
Video ini menjadi jawapan kepada soalan aku..
Lah pulaknye!! =,=''

Homework
I supposed to start doing my work for Freight Forwarding but still don't start anything yet. Looking for some strength.. Allahurabbi.

Vacation
Just got back from Padang Besar.. Ingat nak beli cenderahati kat kengkawan yang tak pegi tapi tetibe mati akal tak tau nak beli ape.. ermm.. tunggu yg trip Indon nantilah.. Insyaallah ada buah tangan.

Sibuk
Tak senang hati yang tersangat! :(

Love:
a.k.u



Wednesday, 7 September 2011

Fully Motivated.


Saya lupa saya dulu pandai motivate orang..
Terlupa! sungguh terlupa..
Now I remember..

and I laugh like retardo..
teringat betapa lemah I've been..

Now..
I can wake again..
Singing the song..
The same song I used to sang..
Thanks to you for reminding me.. =)

Time is a great cure...
Time changed me..

Life is wonderful... Anything can just simply happen.. =)


Saturday, 3 September 2011

Erti Hidup (Part 3)

Sambungan dari Part 1 dan Part 2 yang telah diupdate petang tadi.. Entry Erti Hidup berkaitan dengan hal-hal yang terjadi sepanjang syawal 2011.. Beri pengajaran kepada aku..


Telah Pergi
Raya kedua jumpa kawan-kawan lama.. Sempat aku bertanya khabar seorang kawan  lama aku ni. Seingat aku tahun lepas bulan disember dia kahwin tapi rupanya Allah lebih sayangkan suaminya.. 2 Ramadhan 1432H, arwah suaminya pergi menghadap Ilahi..

Aku duduk temenung sekejap. Betapa tak selamanya bahagia yang hadir.. Diharap bahagia hingga ke hujung usia, tapi pedihnya Allah saja yang tahu kehilangan suami waktu usia masih muda. Belum sempat beraya bersama suami tercinta.

Dihujung solat petang tu, aku doakan dia kembali bahagia selepas ini. Aku doakan dia diberi kesabaran yang tinggi. Bertemu pengganti yang lebih baik dan diberi kegembiraan oleh Ar-Rahman..

Panggilan Ilahi
Pak Usop kawan abah meninggal selepas solat sunat raya.. Lepas solat, dia duduk sandar di tiang sambil nk dengar khutbah. Pastu dah habis, jemaah lain ingat dia tidur.. Goyang2 badan nak kejutkan, dia tak ada bagi respons.. Pastu check nadi sume memang sah dah meninggal. Senang sungguh dia menghadap Al-Khaliq.

Satu pengajaran lagi untuk aku. Jangan banyak berangan sangat. Belum tentu esok masih ada untuk aku.. Allahu akbar..

Panggilan Hutang
Amey dan Zarina dah dapat dah surat bayor hutang dari MARA.. lalalalala... =p

Pengajaran: tak tau ape pengajarannye?? hahahaha...


:: The End ::




Erti Hidup (Part 2)

Post ni adalah kesinambungan dari Part 1 yang banyak aku cerita pasal suasana 2-3 hari masa hari raya.. Tu cite pasal family lah.. Ni masuk bab kengkawan pulak

Kawan Baru
My besties, Akmal and Ezzuani  ntah merata-rata bawak aku jalan beraya.. jumpa beberapa orang kenalan baru.. nice meeting you guys and girls too.. Yang tak bestnye bila ikut diorang bedua ni tak hengat nak balik... telepas aku nak mengutip duet raya dari mak-mak sedare yang datang ke rumah.. haih~ The lowest collection ever.. thehehe..

Kawan Lama
Thank you for everyone who wishing me hari raya hatta dari orang yang ditunggu dan tak terjangka pon ada.. Selamat hari raya jugak.. sorry kalau ada yang tak sempat aku reply message korang sebab seingat aku semua mesej yang masuk, aku reply balik.. kalau takda, mintak maaf ye.. takde niat nak sombong ke apa.. =)

Perasaan Lama
Orang yang aku cuba lupakan, wishing me selamat hari raya dan aku senyum sebab perasaan itu dah takde dah.. Everytime I saw Ana, no longer have the same feeling.. Even we do not engage in relationship whatsoever, she managed to be a good friend to me.. She were the 3rd person wishing happy birthday during my last birthday. I myself no longer feel awkward to talk to her. I  proud of myself for successly managed to moved on.

Pegi beraye jumpa balik crush yg lama-lama.. They are happy.. married pon ada, kerje dah pun..  wowwy!!

Perasaan Baru
Sempat pegi beraya rumah  Nad sekejap.. Bebel aku punyalahhhhhhhhhhhhh panjang.. Nadia cakap aku ni LamPi sangat.. Aku diam jela.. Dengar dan senyum jep.. Semua orang ada prinsip aku pikir.. Semua orang ada sebab mengapa mereka berdiam diri... for me: "I'm not looking for a girlfriend to LOVE with, but I'm looking for a wife to LIVE with"..

Aku tumpang Achik balik Shah Alam.. sekarang ni kat Shah Alam dah la.. sampai di Ipoh tadi, lagu Anuar Zain lah pulak... hahaha.. syahdu gitu..



Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu...
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata...
Bukan maksud untuk membisu...
Sepi tanpa kata..
Terpisahnya kita kerana mengejar impian...

(apokobondolah upload lagu jiwang time mood raya.. hadooo~! bongok)

to be continued....

Erti Hidup (Part 1)

Dah habis raya, haruslah update blog kan.. hehe.. ok... Banyak benda yang aku nak cerita.. tapi aku buat dalam beberapa part lah.. Kang panjang2 sangat, lemau jugak nak menaip.. korang pon nanti lemau nak bace.. (Perasan ado orang nak baco. citt!!)


Pak Andam
Pepagi raya bangun dengan muka bersemangat dan tersangatlah bising rumah aku ni... 16 orang cucu mak aku ada sini even tak semua balik.. Dah besau dah anak sedare aku sume ghupenye.. Tak sempat aku nak mandi lagik kemain soh aku tolong ironkan rambut diorang.. Perghh!! sungguh bertauliah Pak Andam ni.. Tu hal yang pompuan, yang laki pulak, pakai sental aku punya fragrance and body spray sampai kering.. Syampu aku sebotol habis.. Conditioner aku tengok tetibe je dalam tong sampah dah.. Nasib baik lah PakSu korang ni penyabo dan penyayang orangnye... ehehe..

Bilik air walau ada 2 buah, namum masih belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.. berebut!!.. nasib baik la yang kanak-kanak yang kecik2 tu aku sumbat je 4-5 orang sekali dalam bilik air pastu jirus ramai-ramai.. senang keje aku..
Yang kanak-kanak yang kecik ni pandai je pau duet aku nak beli eskrem segala... Enchek penjual eskrem ni time2 rayelah nak menjual.. cehh!! Bagak mahal eskrem yang korang beli... Haih~ nasib korang lah aku hati lembut..

Separa Happy
Tak semua orang ada tahun ni.. I mean, Kaka 1st & 2nd  tak dapat balik.. My 5th sister pulak beraya kat spital sebab usus dia pecah dan kena buat pembedahan sehari sebelum raya.. paling tak boleh blah, pagi semalam keluar spital (raya keempat), petang tu rembat moto abah aku keluar meronda... amboi kau!

Syukur
Abah aku gaji kecik je (dulu-dulu.. sekarang dah pencen).. So, aku still ingat macam mana kitorang makan biase2 je.. Sotong ke, ketam ke, udang ke, suma makan sikit2 je sebab simpan untuk abang or kakak aku yang tak makan lagi.. Sebab tu aku suka makan ikan compared to ayam, daging or other seafood.. sampai la sekarang aku nak makan lauk-lauk seafood ni masih tak gheti nak amek banyak2 walaupun hidup kami dah jauh berubah.. Seronok nengok anak-anak sedare aku ni berkoyan senduk ketam dan sotong yang mak aku masak.. betapa Allah mengurniakan rezeki yang baik kepada aku dan keluarga.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Razzak..

Touching lah
"Paksu jadi tukang tangkap gambaq sudah la.. Biaq kami budak-budak ja yang posing2  ni.." cis!! kuang ajo sungguh statement korang ye.. ahaha.. So, den takdo gamba nak upload dalam ni.. huhu.. ='(

To be continued...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...