Nuffnang

Monday, 23 June 2014

Anak Jantan Tak Menangis

Saya Bangun



Saya bangun hari semalam. Terjebak dengan kawan-kawan berjalan sampai ke Cameron Highland. Malas kerja meluap-luap. Dingin betul disini dan bahagia kerana inilah dia tahap hidup yang aku selalu mimpikan. Alhamdulillah Ya Allah. 

Cumaa..

Ada yang hilang. Iaitu panggilan telefon dari emak mengucapkan selamat hari lahir. Walau kadangkala lewat diucap, tetapi pasti dihujung hari, dia pasti akan menghubungi. Puas dah pujuk hati.. Puas peluk bantal sampai lunyai.. Air mata tumpah juga. Rindu sungguh.. sangat..

Jangan Kawan Perempuan


Aku ada kawan-kawan baik yang lelaki. Mereka tolong masa aku sengkek tak berkira duit ringgit, masa kemalangan tak boleh nak bergerak tolong belikan aku makanan tak mintak balas, masa aku bodoh mereka tolong ajar sampai pandai, masa aku sedih mereka tepuk belakang bagi sokongan moral, masa sedang merempat hidup menumpang mereka offer tempat tumpang tinggal. Ini jenis kawan yang boleh bawa sampai mati. Kalau korang mati aku terjun masuk galikan kubur dan kuburkan kau. Dan aku akan duduk berteleku berdoa dibatu nesan supaya kau selamat disana. Kawan-kawan lelaki yang kami berkongsi darah, kau sakit aku pun pedih.

Aku ada kawan-kawan baik yang perempuan. Cerita dalam kain semua tahu, tapi hilang begitu saja. Aku ada seorang kawan baik perempuan yang aku sayang sungguh, kemudian pula jadi bini orang. Susah lah sekarang nak ajak bicara luahkan kata dan nasib hati. Yang seorang lagi pula, bila emak meninggal dunia, dialah orang pertama aku hubungi sebab kami kongsi nasib yang sama, hilang ibu diusia muda, pun jadi bini orang juga. Ada yang belum jadi bini orang, merajuk susah dipujuk pula. aduhai! Ada yang masih bujang, dekat dihati, tapi jauh sejuta batu belajar luar  negara. Aku tidur, dia bangun. Dia bangun, aku tidur. Dah tu! bila masa nak duduk sembang cerita cinta dan cerita derita? Yang ada depan mata? Itu bukan kawan baik. Itu buah hati. Mana nak sama. Biarlah aku dituduh tamak, perlu cinta dan juga perlu kawan baik wanita. Kerana engkau tidak faham barangkali aku ini nampak saja sasa tapi hati lembut seperti sutera. Tapi betul la bhai.. Kau gelak kenapa? celaka.. hahaha. Ya, aku perlu teman baik wanita. Mengapa? Kerana mereka lebih faham bila aku patah dihati. Mereka boleh nampak luka di dalam mata tanpa perlu diberitahu. Kawan jantan mana tahu. Kayu semua!  

Basuh Kereta
Aku mahu berhenti kerja dan buat bisnes basuh kereta. Betul. Tak lama lagi la. Aku nak mencuba, harap nanti dah tua duit berjuta. Kau jangan ketawa dulu. Sebab aku penat hidup selesa dan makan gaji jadi kuli. Walau gaji banyak tapi hati jauh melayang merata.

Bos dah bukak mata tengok aku tak buat kerja bukak blog saja. Baik berhenti dulu. Sampai sini sahaja.

Salam dari aku

~ Orang cakap anak jantan tak menangis. They lied. We do~

Hilmi MS 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...