::: Post serius & bosan.. Aku dah warn awal-awal.. Gi baca blog lain :::
Aku Yang Rapuh
"Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu.. Dalam dadaku harap hanya dirimu yang bertakhta" -Opick
Selamat tahun baru friends..hoping for a new start.. Aku suka lagu ni..Baru dengar ;)
I know, I've so weak this few days.. Alhamdulillah, ada sedikit kekuatan yang Allah bagi.
Pilihan
Andai Allah minta aku pilih antara wang atau ilmu yang aku ada, aku pasti memilih ilmu ini.
Andai Allah beri pilihan antara keelokan rupa paras atau pengetahuan agama, aku tetap pilih pengetahuan ini
Andai Allah minta aku memilih antara cinta wanita atau cintaNya, tidak mungkin aku memilih selainNya
Suatu hari aku berjalan di sebuah padang yang dipanggil Padang Kehidupan pada tahun baru, aku berjalan tanpa punya wang didalam saku, tanpa keelokan rupa paras mahupun cinta seorang wanita. Itu lebih aku sukai kerana Al-Muhaimin telah kurniakan aku dengan ilmu, pengetahuan dan cintaNya. Jasad aku barangkali terseksa mengharapkan kekayaan, kekacakan dan cinta tetapi sebenarnya hati aku telah lama tenang. Aku bahagia sebenarnya hingga rasa nak masuk spital bahagia ;p
Happy new year & newly wed kepada teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga waktu cuti sekolah ni. Aku doakan kebahagiaan yang berpanjangan pada kalian. InsyaAllah. :)
Love:
~hms~
No comments:
Post a Comment