Nuffnang

Monday, 16 January 2012

Cerita Fatimah

Rancangan
Disebabkan hari ni takde kelas. Maka, duduk rumah buat kerja research paper aku lah. Pening-pening kepala sikit. Allahurabbi, mintak kekuatan.

Semalam baru habis mid-sem.. wee.. Bole la.. Takde la bengong mana.. Alya ajak aku teman dia drive balik Kedah tapi nak balik pun nak buat ape.. Mak Abah honeymoon di Terengganu right now.. Cisdale! Mentang-mentang tinggal berdua je Mak Abah aku ni, rajin pulak beromantik ni.. Ehhe..

Aku arini nak cerita pasal satu kisah masa Rasulullah jalan-jalan dengan Fatimah. Barangkali berguna kepada kita semua.. Buat yang perempuan boleh ambil buat iktibar dan petunjuk. Buat lelaki, mungkin menjadi  benda yang baik untuk beri tunjuk ajar kepada anak isteri nanti

Cerita dia dah jadik version aku la..Skrip diubah suai tapi cerita dia sama la..

Daun Semalu
Suatu hari, Fatimah berjalan dengan Rasulullah dan berbual dengan ayahnya. Tetiba kaki Rasulullah terluka terkena daun semalu lalu berdarah. Cepat-cepat Fatimah lap darah dikaki Rasulullah sambil mereka berdua duduk berteduh sebentar di bawah sebatang pokok lalu Fatimah pun mengomel;

"Ape laa daun semalu ni.. Menyusahkan orang. Kenapa mesti ada daun semalu ni pun aku pun tak paham"

Rasulullah tersenyum. Dia tau fatimah bebel daun semalu tu sebab daun semalu tu dah lukakan kakinya. Dan baginda damai sekali merasakan kasih sayang Fatimah. Then, Rasulullah cakap;

"Wahai Fatimah, senanye banyak sekali persamaan antara kamu dan daun semalu tu"

Fatimah bertanya kembali kat ayahnya: "Persamaan apenye?"

Rasulullah cakap, "Tengoklah daun semalu ni, halus je tapi kalau kita menyentuhnya secara kasar, ianya melukakan kita. Begitu juga dengan wanita, bukan boleh sebarang sentuh, nescaya mereka akan terluka kerana wanita itu haruslah kuat melindungi diri. Yang keduanya sayang, cuba lihat akarnya, susah betul nak cabut kan?. Wanita juga harus begitu. Harus punya hati yang kuat, harus punya pegangan yang kuat kerana wanita itu harus teguh. Yang ketiga, sekiranya kita menyentuhnya secara perlahan, ianya akan menguncup malu. Ya, kamu faham bukan bahawa wanita itu harus punya perasaan malu. Malu itu adalah perisai kaum hawa. kemudian, Apa yang terjadi pada daun semalu sewaktu menjelang petang?"

Fatimah menjawab: "ermm... kalau tak silap saya, dia akan tunduk menguncup sendiri bila matahari dah tiada. Betul kan?"

Sambil tersenyum, Rasulullah cakap, "Ya, betul tu. Begitulah wanita, seeloknya pulanglah kerumah masing-masing tatkala maghrib menjelang. Itulah sebaik-baik wanita"

Moral
korang pun paham sendiri kan pasal moral kisah anak-beranak diatas kan? ermm... ;)

Waktu maghrib adalah waktu taubat nabi Adam diterima Allah. So, jangan abai tau solat maghrib sebab kalau kita solat bebetul, ikhlas dan yakin, Allah ampunkan dosa kite camtu je.. Seronok kan?. Merujuk kepada cerita diatas lah ni. Kalau nak keluar rumah, keluarlah selepas maghrib. Kalau keluar waktu petang cuba la balik sebelum maghrib kerana Hawa juga termakan pujuk syaitan waktu maghrib. Sebab tu maghrib waktu kelemahan si wanita. Wanita mudah tergoda disaat ini dengan bisikan nafsu dan syaitan. Nak pujuk bini untuk kawen lain, pujuk time maghrib bang. Gerenti dapat.. hehe.. ;p

Ini hidup korang, you can do whatever you think it is right for you. I am not your husband nor your dad or boyfriend. I just me, Hilmi yang suka bebel. That is because I love and I care about you. I wish and only wish, korang sentiasa dilindungi Allah.  Aminn.


Love
~hms~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...