Nuffnang

Monday 24 May 2010

Berubah Angin


Aku memilih untuk menggunakan bahasa ibunda, Bahasa Melayu dalam entri kali ini. Akhir-akhir ini, aku belajar suatu perkara baru tentang diriku. Aku baru sahaja sedar seandainya saat aku mencurah luahan hatiku ini sambil mendengar lagu yg berirama sentimental dan mendayu, aku cenderung untuk melahirkan rasa sedih dan mengucapkan rasa sedih yang terbendung di hatiku ini. Begitu juga sebaliknya sekiranya saat aku mendengar lagu yang bertenaga dan romantis, idea yang dicurahkan pasti berbunyi gembira dan ceria. Namun, sungguh aku senang sekali untuk bercerita tentang lara dihati ini. Aku senang sekali seandainya air mata ini gugur lagi dek kerana ajaran yang diberikan kepadaku bahawa air mata adalah penawar kepada segala penyakit hati. Aku tidak malu mengaku aku adalah lelaki yang menangis kerana aku ikhlas dalam menangis mengharapkan sebuah keredhaan.


Hari ini aku telah pulang semula ke Shah Alam setelah sekian lama berada di kampung halaman bersama bonda dan ayahanda. Meluang masa, merenung wajah tua mereka terkadang memberi rasa damai pada hatiku. Inilah wajah yang kurindui selama aku berada jauh dari mereka dan terasa pula kerinduan pada yang berada di kejuahan sana. Rakanku pernah berkata; Missing someone isn't about how long it's been since you've seen them last, or the amount of time since you last talked.It's about that very moment you're doing something and you wish they were right there with you... Ya! Benar sekali. Rupanya aku telah salah dalam mentafsir rasa dihatiku ini kerana fahamlah aku kini, sebenrnya aku terjerat dalam permainan rasa buaian sang pembenci manusia, si iblis. Aku bergelut mencari jawapan dalam dasar hatiku. Apa benarkah segala perbuatanku ini? Atau sekadar halwa pemanis hati. Aku yakin dengan kata-kataku tetapi aku ragu-ragu dengan hasratku.

Suatu ketika dahulu, aku mencari sebuah cinta wanita. Aku mengejar dan sering terlepas. Mungkin bukan rezekiku dan akhirnya kini aku telah menjumpai sebuah rasa singgahan hati pada seorang wanita dan aku mengusun catur langkah dalam memenanginya. Alhamdulillah, urusanku mudah dan tidak banyak cabaran. Aku dambakan cinta Yang Maha Esa. Aku khuatir seandainya perasaan ini membuatku terjatuh kelembah kesalahan. Aku berdoa dimalam hari memohon dihantar padaku seorang puteri untuk kucintai dan kusayangi dengan sepenuh hati, namun pada siang hari aku terlupa pada laranganNya. Ya Allah kuatkanlah hatiku ini. Peliharakanlah mataku, ingatanku, keinginanku dari membuat kesalahan padaMu. Aku memilih si dia yang aku fikir dia mampu memahami hasratku ini. Insyaallah inilah pilihanku yang terbaik.

Aku terfikir bagaimanakah agaknya kehidupan dalam masa sepuluh tahun akan datang. Adakah aku seorang yang berjaya atau seorang yang gagal ataupun seorang yang biasa-biasa sahaja tanpa ada apa yang boleh dibangggakan? Aku mahu menjadi lelaki yang berjaya yang berdiri di puncak kehidupan dan mampu berdiri diatas keyakinan diri sendiri. Apakah semua itu sesuatu yang pasti? Aku menjadi risau. Keluh kesah menjadi zikirku. Bagaimana aku menjadi gagal dalam episod hidup ini? Ya Allah, hanya kepada engkau aku berserah. Sempurnakanlah kehidupanku dengan sebaik-baik kesempurnaan. Tetapkanlah hatiku ini.

Merenung langit malam memberi seribu jawapan kepadaku dan mendesak mataku untuk basah lagi. Aku suka berfikir. Aku suka mencari penyelesaian masalah sedangkan aku tidak punya masalah. Fikiranku menjangkaui masa dan tempat. Aku mahu tinggalkan dunia ini dengan perasaan yang tenang. Aku berharap seandainya aku menghembus nafas terakhir, aku berharap aku bukanlah berada didalam kemurkaan kedua ibu-bapa ku, aku berharap aku bukanlah lelaki dayus yang meninggalkan isteriku dalam keadaan yang tidak berilmu, aku berharap aku bukanlah bapa yang yang bacul meninggalkan anak-anakku dalam keadaan kejahilan dan kedangkalan ilmu. Aku tahu manusia itu tidak sempurna namun apakah salah sekiranya aku mendambakan sebuah kesempurnaan?

Aku seorang pendosa. Banyak sekali dosa yang aku telah perbuat dimuka bumi Allah ini. Entah mengapa aku merasakan usia yang ada padaku tidaklah sepanjang yang dikurniakan kepada ibu-bapaku. Entah mengapa, kuat sekali hatiku mengatakan abahlah yang akan menyempurnakan solat jenazahku bukan sebaliknya. Adakah ini sekadar perasaan atau petunjuk supaya aku berhenti melakukan segala dosa yang aku lakukan selama ini? Allah Hu Rabbi, aku mohon petunjuk dan belas kasihmu.

Aku semakin lemah dan aku tidak berupaya lagi..
Astagfirullah hal azim…. Ampunkanlah dosaku.. ampunkanlah.. ampunkanlah…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...