Nuffnang

Friday, 21 September 2012

Lelaki Disana

Aku yakin, semua pun tahu bahawa ada lelaki disana yang normal yang bila-bila masa sahaja boleh dijumpai. Lupakan sahaja lelaki yang cacat minda dan nafsu seperti aku ini. Kelak engkau rosak binasa.. menyesal pun dah terlambat..

Kita semua pun tahu bahawa disana ada lelaki yang beriman yang jarang leka dengan godaan dunia. Ya! pasti lebih indah hidup kalian kerana imanku sentiasa terkoyak. Tak mampu menahan apa-apa.

Ya, betul. berpalinglah.. Lihat disana!. Ada lelaki disana yang baik akhlaknya. Ah! jangan ditanya soalku.. Aku pula hanya lelaki biadap yang tipis rasa malu. haha. benar.. Tanyalah pada rakan-rakan, sejauh mana laknatnya lidahku.. Wajar saja kau pilih yang lain.. Bukan aku.. 

Wah. Mahu saja aku bertanya pada lelaki disana bagaimana menjadi pria yang matang kerana aku ini terlalu manja lemah.. Memalukan sungguh. Tapi sebelum itu, hey. lelaki matang itu pilihan yang baik. betul. Cubalah.

Belum bertemu aku dengan ubat yang wajar untuk merawat sakit aku ini. Yahh... mengapa membuang waktu menunggu yang sakit untuk sembuh.? Bukankah ramai saja pria yang sihat. Janganlah lagi bersusah payah. Ayuh. pilihan sentiasa ada.

Lelaki disana lelaki yang normal, beriman, baik akhlaknya, malah matang serta sihat. Lelaki ini pula lelaki yang cacat, terkoyak iman, biadap, malah manja serta sakit. Hidup ini sentiasa punya pilihan yang lebih baik. Bukan?

- hms -


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...