Nuffnang

Tuesday, 28 February 2012

Sampai Bertemu

Bukan semua orang memahami kita.. Cuma yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan belajar memahami.. Apakah kau ikhlas?

Bukanlah aku tak mahu beristiqomah (konsisten) dalam usaha ini.. Sabar itu perlu. Aku tahu itu. Sebab itu aku sengaja diam saja.

Zaim is right.. Tak wajar untuk aku terus macam ni. He is right once again. 

Aku fikir baik aku buang post yang sebelum ni sebab aku rasanya ianya menyinggung..

Aku takmaulah asek manjang je post jiwang or sedih or cakap belapik sebab aku pun kadang-kadang rasa geli jugak baca post bebunga ayat poyos putus asa tapi kali ni betul-betul lah aku tekad. Tekad dengan sebenar-benar perasaan bahawa aku perlu berhenti.

Berhenti Berharap

Lepas ni dah takde dah post cenggini sebab aku rasa bodoh sangat. Sumpah! aku akan berhenti berkata-kata. Lepas ni jangan tanya sebab apa aku tak bercakap. Sebab diakhirnya aku jugak yang akan duduk menahan sakit macam sekarang ni. Dan paling pedih apabila apa yang aku buat ketika ini dikatakan menangguk di air keruh.. Sengaja mengambil kesempatan. Ketahuilah, aku langsung tiada berniat. Malah aku bangun dari lena hanya untuk berdoa buat kalian. Tak pernah aku berharap yang buruk. Kalau itu yang kalian fikir. Maka aku tinggalkan hidupmu untuk kau hadapi sendiri.

** kalau ada yg rasa irritating baca text bahasa indirect diatas, tak payah pening kepala, sebab aku harap ni lah yang last aku post camni **

Salam exam..

Selamat..
Assalamualaikum

Wednesday, 22 February 2012

Cakap Cakap Orang

Post kedua untuk hari ini... Bukan apenye, I just found this good words from people/media around me

Satu
Asyraf cakap "Stop claiming a friendship with people who aren't there when you need them. Friendship is based on availability not longevity


Aku cakap: Wahhhh!! sedihnye

Dua
Zaf minggu lepas ada cakap dengan aku.. Dia kata semua orang pun pernah lalui situasi ni.. "sometimes you think you are different. But for her/him, you just another friend"


Aku cakap: Ouchhh!! 


Tiga
Terfaktab cakap "lelaki kena sediakan segalanya (belajar dulu, keje, tempat tinggal) pastu go on. Kawan je dengan seramai yang boleh. KAWAN je. Toksah gedik nak feeling hamende sangat. Bila dah ready, dalam ramai-ramai tu takkan la satu pun tak sangkut en?" 


Aku cakap: sigh~

Empat
Diana cakap dengan aku "Tolong jangan ego sangat boleh? Ni lah laki melayu, tak istiqomah.. Egolah melangit, hilang nanti jangan salahkan orang" 


Aku cakap: wuwuwuwu.. kene bebel. saya tau.. saya tau..I'm trying here...

Lima
Aku cakap: sabar dan sabar dan sabar dan bersyukur dengan apa yang ada.

Aku jawab: Insyaallah.

Assalamualaikum
:: H ::

Sedang Apa Dan Dimana



Sedang Apa?
Aku letih berfikir apa salahnya? apa yang hilangnya? apa yang telah berlaku? Bagi aku jawapan boleh tak?

Cerita Sombong
That moment sombong ya rabbi lah padehal dalam hati ya ampun..... rindu tahu!.. Kenapalah gini?... Aih~ manelah ko tau hati aku..

Siapa Boss?
Yalah, aku bukan dilahirkan untuk jadik ketua.. Aku cuma membimbing.. Aku suka kalau korang jadi ketua dan aku being the one yg jadik backbone beri pandu arah camne korang nak maju. Paham tu?

Same goes to relationship (if if jelah.. kalau kalau je).. mula lahhh.. melalut dah!!... I won't be a leader walking in front of you and then tell you what to do or where to go... I'll walk next to you hand by hand.. Aku memang takde pape dalam hidup aku. So, let we build every piece of our life together. Itupun kalau dia sudi. Kalau dia mengharapkan aku sediakan segalanya,well! I'm sorry, I am not a right man for ya.

Chiao
Dah la, banyak keje lagi.. senanye saje gedik feeling dengar lagu nih.. Yang bersalah adalah si demok kaykay lah ni gedik suroh aku dengar lagu gini..

Assalamualaikum..
Hey~
Ini dari Hilmi Mikà

Wednesday, 15 February 2012

Rossa - Atas Nama Cinta


Namamu..

Engkau

Dan aku berjaya membuat engkau berubah walaupun sedikit. Aku selesa. Aku gembira. Keep it up friend..



short je kali ni.. :)

Salam dari aku
:: Hilmi ::

Monday, 13 February 2012

Girl's Confession

Sebenanye aku dah pening kepale tenung excel ni lama2 key-in data untuk research aku.. jap ah sambung balik. Ni wa nak sembang pasal menatang confession.. yang bebudak pompuan suke  tangat2 tuh... wa pun suke jugek senanye.. wehehe..


The Good One
The boy she like a.k.a her crush confess to her that he love her too. Padehal dia dah lama dah tahu mamat tu pun suke kat dia.. Tapi dia diam je.. kengkonon hantar signal jelah.. Pastu mamat tuh pun suke gak dekat girl tuh then dia pun pikir masak-masak and here we go, the CONFESSION part.. yada yada yada.. malas nak cerita panjang2. I leave it to your imagination.

The Bad One
Dah ada depan mata seratus bukti yang boyfriend dia ade girl lain tapi mati kering tak caye. Pastu gegaduh. The girl keep asking "I want to hear it from you! Is that true?" again and again. Walau bukti setinggi gunung, all she need is CONFESSION. Pompuan ni macam polis doh. Dah ade bukti pun, nak jugak dengar sendiri pengakuan. Pheww~

The Great One
Ali ni dia memang suke kat Fatimah ni dah lama tapi sebab dia miskin takde pape, dia pendamkan je perasaan dia. Hancur hati mamat ni bila dia dengar Umar pegi rumah Fatimah nak meminang Fatimah. Duduk la termenung bawah pokok mengenangkan cinta yang tidak kesampaian but suddenly happy balik bila kawan dia datang bagitau dia yang bapak si Fatimah tolak pinangan Umar. Tapi still dia takleh nak buat ape, sebab memang dia miskin.. Cemana nak kawen sedangkan hidup sendiri pun susah..

Pastu denga lagi ade orang masuk pinang Fatimah tapi kena reject. Aduhai!! Tak selamat nih.. Hot stuff nih. Ali dah tak senang duduk. Nasib baik la dia ade member sorang yang bagi galakan kat dia suruh jumpe je dulu bapak Fatimah.. Bagitau dulu apa masalahnya. Mana la tau, bapak dia memahami.

Then, pegi la Ali jumpe dengan bapak si Timah. Sebak bapak Fatimah tengok Ali datang nak pinang anak dia. 

Bapak dia kata "Hai Ali, tahukah engkau telah lama benar aku menunggumu, mengapa lambat benar kau datang mengkhitbah Fatimah?" 

Ali watlek je. Dia pun jawab "wahai Rasulullah, aku ni miskin. Harta pun takde. Aku malu senanye" 

Then bakal bapak mertua dia replied "Anggap saja pinanganmu dah diterima dan apa yang kau ada dalam milikanmu sekarang untuk dijadikan mas kahwin?" 

Ali cakap "Hanya baju besi, wahai Rasulullah"

Bapak Timah cakap "Jadilahhhhh...."

Then diorang pun kawen pastu.. Malam pertama diorang Fatimah tetibe pulak nak buat CONFESSION.. Dia kata, "Duhai suamimu, suatu ketika ketika dahulu, aku pernah jatuh cinta dan aku sangat mencintai jejaka tersebut hinggalah saat ni" Tersentak la Ali... "Laaaaaa~ awat hang tak habaq awai-awai? kalau tak mesti aku beritahu ayahmu supaya kalian berdua boleh dikahwinkan." Then Fatimah said " We did.. He is now my husband. Ali! sungguh aku mencintaimu sejak sekian lama" ..... elelele~ Ali pun malu pastu blush2

Heeee~ sweet en?? haha... Dah-dah gi sambung berangan atas katil... That's all for tonight.. Genaite y'all..

Tenkiuee:
Assalamualaikum..
hms  

Friday, 3 February 2012

Awak Kawan Saya.

Awak kawan saya kan?. 
kalau mata tak tahan dan rasa nak menangis,
cuba la call saya ni..
bukan nak suruh awak berhenti menangis..
maybe we can cry sesame ke..
tapi jangan lama-lama sangat tau..
nanti habeh ayaq mata saya... heee~


Awak kawan saya kan?
kalau rasa awak nak tinggalkan semua ni.
bagitau la saya..
bukan saya nak suruh awak jangan lari..
tapi mungkin saya boleh bagi opinion ke?
mana tempat yg sesuai pi sembunyi..
bole la teman awak pegi lari..
sekurang-kurangnya awak takde duduk sorang diri


Awak kawan saya kan?
kalau awak rasa sakit hati
cuba la habaq mai kat saya disini
bukan nak pujuk awak suruh sabarkan diri..
tapi saya boleh tunjukkan awak camne nak gembirakan hati..
meh! saya bawak awak jumpa ilahi..


Awak kawan saya kan?,
saya tau saya cakap je pandai.
mungkin tak mampu nak buat semua yg saya cakap.
tapi saya janji.. 
selagi hidup dikandung badan,
saya akan tolong setulus hati


Awak..
Saya bangun diwaktu pagi..
doakan awak bertemu bahagia..
sabar tau..
kerana mendung tak selamanya dilangit.


Tak selamanya saya disini.
harap awak sudi..
terima bantuan yang tak seberapa ini..
kerana suatu hari pasti saya pergi..
setelah awak bertemankan bahagia di hati..


Ini dari hilmi
kita jumpe lagi nanti
tata-tutu-titi
heee~ (gedik lah) :p



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...