Nuffnang

Tuesday 21 June 2011

Mereka jauh



RENDAH DIRI
Susah kan nak menengur orang dewasa? Walaupun dah menggunakan bahasa yang paling sopan dan paling merendah diri. Beliau telah membuat kesalahan yang aku yakin akan membawa keburukan kepada orang lain dan apabila diberitahu kepada beliau kesalahan tersebut, dia berubah  riak muka. 

Dalam pengakap, aku amat menyanjungi Ketua Pesuruhjaya Kelanasiswa, Tn Hj Rosdi Abd Rahman kerana walau pada usia dia yg dah veteran , dia masih mahu menjadi peserta kepada program2 pembangunan dan mengenepikan segala soal pangkat dan jawatan beliau.. wishing I could be like him someday. He spent time listening to most of what we said so that he could simply get down to real root of the problems. Benarlah kata ilmuan, merendah diri membuatkan kita lebih disayangi dan disanjungi.

Its sokey, my skill to deal with elder people get improved and I learn new thing on how to approach them.

BUTA
Aku mungkin tak kaya tapi mungkin kelak dikemudian hari, aku boleh memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak aku. tapi aku risau! sumpah risau.. melihat kepada keadaan kawan-kawan yang ada disekeliling aku ni.. Mereka dikurniakan kehidupan yang dilimpahi kesenangan dan kesenangan yang mereka miliki tu membuatkan mereka jauh dari sang pencipta. 

Mereka punya kesenangan mempunyai kenderaan, tetapi untuk memandu kenderaan pergi solat jumaat tidak dilakukan apatah lagi solat fardhu. Mereka dikurniakan wang yang lebih cukup dari keperluan tetapi masa nak bersedekah, korek segala syiling yang ada dicelah dompet. Mereka dikurniakan rupa yang baik tapi wajah tersebut jarang sekali dibasahi dengan wudhuk. Mereka punya ilmu yang banyak, pengetahun yang bagus, ingatan yang baik tetapi bertukar teman wanita dah berkali-kali. Jauhnya mereka dari pencipta. Mereka punya masa yang cukup banyak untuk menonton wayang dan keluar berkaraoke, tapi bila aku ajak untuk singgah sebentar di masjid untuk barang sebentar menerjakan solat tuntutan wajib disambut senyum segan dan meminta aku pegi dahulu dan katanya mereka akan 'menyusul' kemudian.

Apakah itu kehidupan anak-anak yang punya wang? Adakah itu cara hidup si kacak dan si cantik? Itukah sebuah keseronokan bagi si pandai?... Jika jawapannya adalah ya, maka, aku lebih redha untuk tidak punya wang dan sentiasa terpaksa mengikat perut. Maka, aku lebih rela untuk tidak punya wajah yang dicintai sekelian wanita. Maka, aku lebih rela hanya sekadar menjadi manusia yang biasa2 sahaja.


:: dan dengan itu aku bersyukur dengan hidupku ::

2 comments:

Anonymous said...

Kadang-kadang dunia tidak adil utk kita.. Tp bersyukurlah dgn apa yg tuhan bg kepada kita.. Bagi aku, walau apa2 pun.. Ingat la padaNya.. :-)

Hilmi Mikà said...

yes... thank you... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...