Nuffnang

Sunday, 26 June 2011

Hold My Hand.

I Want To Walk Next to You
~Andai tiada halangan dari hukum tuhan, pasti aku hulurkan tanganku ini untuk mengesat air mata itu. I'm so in love but not now! Sekarang bukan saatnya.~

Kali ni post yg jiwang sikit la der sebab wa pon tengah emo skunk nih. Baru je habis ajar budak-budak pengakap SMK Bandar Baru Sentul ni buat Lencana Usaha but unfortunately tak dapat disiapkan beberapa ujian lagi.. Takpelah, 2-3 minggu lagi siaplah kot. Penat meleleh sampai nyenyak tido dalam bas rapid tu tadi. Nasib baik tak terlepas! fheww..

Dah adat camping, hidup dengan ala kadar, maka mandi 2 kali sehari je sempat. malam dah penat tak sempat basuh muka terus tido, pastu jerawat pon tumbuhlah secara membabi-buta. cis!! besarlah pulak.

Sejak dua hari lepas, badan aku mengalami terlebih air ler gamaknya, asal duduk temenung (waktu tunggu bas, tunggu buang air, tunggu si Razi mandi gila babi lama dalam bilik air) mula la berfikir segala benda yang mengarut-ngarut pastu rase sedih tetiba pikir semua benda tu. mata berairlah! hadoo~ pening betul.. I am so afraid of future.

When You Believe
Suddenly, I found this lovely video. The best performance I believed. I'm moved with this guy performance. Indeed, I do really need this kind of supportive yet motivational force to help me soothes myself.





Memang aku suka buat kerja sengsorang. I enjoy the silence most of the time but not today. Not now. :"(

p/s: rasa cam cite Beauty & The Beast lah pulak.. Beast kt sini tunggu si Belle

Tuesday, 21 June 2011

Mereka jauh



RENDAH DIRI
Susah kan nak menengur orang dewasa? Walaupun dah menggunakan bahasa yang paling sopan dan paling merendah diri. Beliau telah membuat kesalahan yang aku yakin akan membawa keburukan kepada orang lain dan apabila diberitahu kepada beliau kesalahan tersebut, dia berubah  riak muka. 

Dalam pengakap, aku amat menyanjungi Ketua Pesuruhjaya Kelanasiswa, Tn Hj Rosdi Abd Rahman kerana walau pada usia dia yg dah veteran , dia masih mahu menjadi peserta kepada program2 pembangunan dan mengenepikan segala soal pangkat dan jawatan beliau.. wishing I could be like him someday. He spent time listening to most of what we said so that he could simply get down to real root of the problems. Benarlah kata ilmuan, merendah diri membuatkan kita lebih disayangi dan disanjungi.

Its sokey, my skill to deal with elder people get improved and I learn new thing on how to approach them.

BUTA
Aku mungkin tak kaya tapi mungkin kelak dikemudian hari, aku boleh memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak aku. tapi aku risau! sumpah risau.. melihat kepada keadaan kawan-kawan yang ada disekeliling aku ni.. Mereka dikurniakan kehidupan yang dilimpahi kesenangan dan kesenangan yang mereka miliki tu membuatkan mereka jauh dari sang pencipta. 

Mereka punya kesenangan mempunyai kenderaan, tetapi untuk memandu kenderaan pergi solat jumaat tidak dilakukan apatah lagi solat fardhu. Mereka dikurniakan wang yang lebih cukup dari keperluan tetapi masa nak bersedekah, korek segala syiling yang ada dicelah dompet. Mereka dikurniakan rupa yang baik tapi wajah tersebut jarang sekali dibasahi dengan wudhuk. Mereka punya ilmu yang banyak, pengetahun yang bagus, ingatan yang baik tetapi bertukar teman wanita dah berkali-kali. Jauhnya mereka dari pencipta. Mereka punya masa yang cukup banyak untuk menonton wayang dan keluar berkaraoke, tapi bila aku ajak untuk singgah sebentar di masjid untuk barang sebentar menerjakan solat tuntutan wajib disambut senyum segan dan meminta aku pegi dahulu dan katanya mereka akan 'menyusul' kemudian.

Apakah itu kehidupan anak-anak yang punya wang? Adakah itu cara hidup si kacak dan si cantik? Itukah sebuah keseronokan bagi si pandai?... Jika jawapannya adalah ya, maka, aku lebih redha untuk tidak punya wang dan sentiasa terpaksa mengikat perut. Maka, aku lebih rela untuk tidak punya wajah yang dicintai sekelian wanita. Maka, aku lebih rela hanya sekadar menjadi manusia yang biasa2 sahaja.


:: dan dengan itu aku bersyukur dengan hidupku ::

Tuesday, 14 June 2011

Breath...

Sucks!!.. Shitt!!

Korang pon tau kan sucks tu menatang ape.. Aku rase sucks gile harini... Bila cakap nak tanak je..

  • Feel sucks when I just can look but I cannot take possession...
  • Feels sucks when we can walk next to each other but our mind miles apart..
  • Feel sucks when there 1 tiny mistake you did, ruins my entire perception about you... 
  • Feel so fricking sucks when every minutes & hour of your time missing the other guy..
  • It sucks when I am not the one.... I just another guy...
  • It sucks when I know that you will die tonight and I have nothing to bring for the Almighty Lord..
Aku bermohon ampun atas dosaku Ya Allah.. Aku memohon kemaafan kepada setiap teman dan kenalan.. 

If there is 1 single drop of tears in my eyes.

Saturday, 4 June 2011

Takde Pekdah..

Aku buat post ni 2hb Jun tapi simpan jap dulu sebab kalau publish, maknanya 3 hari turut2 post blog.. macamla takde keje lain nak buat. So, aku buat pekasamlah dulu la post ni...

SEKOLAH RENDAH

I spend half of my life time dengan girls since aku anak last pastu ada kakak ramai then kena kawal takleh keluar sangat dari kawasan quarters waktu kecik dulu. Pastu anak-anak kakitangan yang len pon pompuan gak. kendian, pindah daerah, sebelah kanan + kiri rumah ada budak pompuan sebaya. Dari umo 9 taun kawan dengan Alya yang duduk sebelah rumah sampai la memasing datang Shah Alam belajar kt sini. Bebelas tahun dah kawan. Aku kt MSU dia kt UiTM. Penah suka kat dia kejap (kejap tak kejap sangat r.. bertaun jugak ler) pastu dah tak suka dah... haha... bongok kan... budak-budak tengah baru nak baligh kot.. What do you expect?? But, still she's hot stuff.. Berkoyan-koyan lelaki lalu-langat kt wall FB dia aku nengok... Ayat sume tak bleh blah bhai.. ahai~

SEKOLAH MENENGAH

Pastu sekolah menengah plak gi jauh-jauh sikit dari mak apak kengkonon nak belaja berdikari duduk asrama. Kemudian jadi head-prefect sekolah. Pengawas kat sekolah menengah teknik memang ramai la pompuan sebab lelaki semua pangai hampeh except Ketua Pengawas sebab dia memang gorgeous kot.. Kalo tak, tak jadi Ketua Pengawas la kan?? ahai~

My besties zaman sekolah sampai sekarang adalah Mastura.. Aku mencarut apa pun layan je minah ni. Bapak dia polis tapi tapenah la lagi dia ngadu kat bapak dia aku buat sexual harrassment dalam phone kt dia.. Aku bukan sexually harrass dia pon.. Biase ler terkadang melucah bersama.. ahaha...

MATRIKULASI
Seterusnya pegi matrikulasi jadi pulak AJK Pusat Islam.. huiii~ ramai kot muslimah penawan hati tapi nothing much to say sebab aku malas gila nak belajar time tuh.. Riak nak mampus bila  dapat masuk matriks. Besides, aku memang dah takde feel nak belajar sains... kimia lah paling aku fail sekali padehal SPM Kimia aku sangatlah awesome.

DIPLOMA

Datanglah pulak ke MSU buat diploma.. Badge Dip Management time aku tu ade 5-6 orang je kot... so, geng yang close adalah Zarina (janda housemet aku), Suli (lagi 2 sem nak habis dip beliau kahwen) & Ain... Pompuan lagi!!.. doink~ pastu dah hujung2 nak habis belajar, baru la close dengan Faten Naseha pulak yg kuat kiut (Ntah kenapa Faiz & Naim cakap beliau cute... tak paham den... cute tang mananya???)

SARJANA MUDA
Sekarang degree tayah cakap la.. berkoyan kot kawan pompuan yang telah berhasil aku berkawin berkawan seperti Raimi, Wanie, Ezi, Syira, Hana, Lyana, Mira, Jiha, Lisa, Fhat, Aten, Ainun, Yaya, Nadia... arghhh.. panjang gila babi... lemau nak ingat semua... nak crita satu persatu memang panjang ah..

APA KEJADAHNYA
So, ape hal pulak aku nak cerita pasal pompuan berkoyang-koyan ni... haaaa~ ni la yang sebenaqnya chek nak cheghita ni. Nasihat kepada sorang kawanku dan termasuk aku la sekali..

Kaum pompuan ni, kalau ko ada hasrat nak amek dia buat jadi gepren toksah la kengkonon hang nak buat jadi kawan dulu... Bila dah sampai sebut 'aku-kau' tu, jangan harap ler pastu nak tuka jadi 'saya-awak' senang-senang je... wa cakap ni berdasarkan pengalaman beb..

Lelaki boleh jatuh cinta dengan kawan baik sendiri tapi bagi pompuaan, once a friend always a friend. So kalau dah bekenan, habaq awai-awai.. Kalau dia reject, jadi kawan biasa pon takpe la.. haaa~ gituan dong..

Ni ko dah berkawan 3-4 taun, tunggu duit cukup sume tetibe nak bagitau "ekceli aku suka kat kau dah lama dah.. Sudi tak jadi bini aku?"... Memang takdo harapan la derr... 

Tapi jodoh tu semua ditangan Allah, dah kalau tertulis ko menikah dengan kawan baik ko sendiri nak buat camne since he/she knows you better than anyone else would. Therefore, bersyukur dan tayah la nak putus asa sangat... okeh.. 

By the way, who cares if she already have boyfriend. Take your chance lah babe. Ko pun tak tau dia hepi ke idak dengan boi dia tuh... Mana la tawu masa dia jumpa boyfie dia tu, itulah jantan yang paling gojes penah dia jumpe then suddenly dia jumpe ko. Rupanya ko lagi gojes. ko lagi menepati ciri-ciri lelaki yang dicarinya selama ini compared to her boyfriend. Dah ko pon tak cakap pape, ko expect dia boleh paham sendiri2 ke??... haaaa~ bak kata director Ahamad Nisfu... cakapppp!!!... cakapppp!!!. Ni bukan soal kesetiaan beliau terhdap boyfie dia segala benda bagai tuh. Ni soal she’s making the right decision. It’s her choice though. Ni soal nak kawen okeh. Bia lah dia pilih laki yang PALINGGGGG terbaik untuk dia which is kita bedua ler tu..


p/s: susah jugak kalau jatuh cinta dengan kawan baik ni... nak terus terang tu sangatlah payah..  sumpah susah gila.. (-_-)''...

Wednesday, 1 June 2011

Dah Mengandung


Short story dipagi hari... Cite ni panjang tapi tak kuasa aku nak buat intro panjang-panjang..

GIRL: Ni anak dia... dah buat salah, nak lari...
AKU: eh!.. eh!! dah buat salah??? haiii~ lelaki gak yang salah..Yela, ko tak bersalah.. Ko innocent sahaja.. 
GIRL: ko nak bergurau agak2 bhai.. babi r.. aku serious ni.. Sepatutnya dia bimbing aku.. bukan amek kesempatan... what do u expect??.. girl supposed to be stupid and you guys should be matured.
AKU: %&%$#@(*&^ (**tawu pun ko stupid)

Moral: korang kalau dah mengandung luar perkahwinan toksah dok nak tuding jari saja naa~ both parties fault indeed.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...