Nuffnang

Thursday, 14 April 2011

Cerita Di Hari Ini.


Gaji RM30, 000.
Tadi petang baca Metro.. Hamek kau! gaji Datuk Misbun Sidek sebulan RM30,000 la der... bagi yang xde duet cam aku ni, memang la rase cam mabuk laut mendengarnya.. tapi kalo stok duet korang salu ade rm30000 tu lain la.. hukhuk.. tacing pulekk.. moral of the story; be serious in whatever u do.. sukan ke, belaja ke, keje ke.. semua kena buat betul2.. jangan main2.. Aku rasa kalau dia sekadar nak men badminton waktu petang untuk riadah sahaja, memang hari ni dia xmungkin ada gaji sebanyak tu. aku rasa kagum tu sebabnye, dia punya kehidupan susah waktu kecik2 dulu. so, I learn something la.

Anak cousin.
Mak bagitau aku, anak cousin aku dah nak kawin dah.. ingat lagi aku si Nadia tu memang comel dari kecik lagi. dah besar memang lawa teserlah la. Sekarang dah jadik lawyer dah pun. wah2!! bangga aku ada anak sedare jadik lawyer.

Pernah x korang rasa bangga gile dgn somebody tu.. you adore him/her so much.. Dan kalau nak dibandingkan dia dengan korang memang cam langit dengan bumi. Aku rase sangat sucks sekarang ni sebab tadi keluar kelas ade nampak sorang budak (bukan course sama dgn aku) tu ya ampunnn.. He's gorgeous!! complete packages nikmat yang Allah bagi kat dia.. nikmat pandai, nikmat rupa paras, nikmat harta, nikmat akhlak, nikmat agama.. Allahurabbi..

Aku memang kenal dia.. ade la tego2 camtu.. budak dean list tu.. korang bayangkan aku teserempak dengan dia waktu nak amek wudhuk kt masjid, pastu lepas semayang dia baca al-quran la pulak..whoaa.. (mengantok kot nak bace quran petang2 ni) Muka beliau bagi aku tergolong lelaki handsome r (aku bukan gay okeh).. haha.. siot!... Then, aku keluar masjid lambat sikit.. Dia kluar dulu.. waktu aku melintas kat Pak Gad tu, aku nampak dia drive kete bagak mahal gile! memang kalau aku tunggu 50 tahun baru mampu beli. pastu dia slow down sikit kete dia , turun kan tingkap semata-mata nak bagi salam kt lecturer dia yang jalan kaki kt situ... perghh!! tersentuh jiwa kejantanan wa beb!! chewahh..

Bersyukur
Bukan la nak kata aku tak bersyukur dengan kehidupan yang aku ada.. Aku bersyukur malah sangat-sangat bersyukur. Pepatah pernah berkata, selagi kita merenung orang diatas kita memang kita akan sentiasa bersedih hati. maka, lihatlah orang dibawah kita, nescaya kita akan bersyukur.

Tapi aku still tak boleh nak buang rasa kagum aku ni. jeles memang jeles. sape xjeles dol. Tapi rupa paras bukan segala-galanya. Anuar Zain yang berjuta peminat dengan muka hensem.. kaya plak tu.. umo da dekat 40 pon xde bini lagi. therefore, rezeki & jodoh tu ketentuan Allah la kan.. haaa.. (ayat pujuk diri sendiri sebab xde hawek & kete.. hukhuk... T_T )

Dah ler pompuan sekarang kalau xde rm20, 000 (paling minimum) tayah harap ler nak kawen dengan diorang.. hatoiii~

MARA :: RM 38,000
PTPTN :: RM 42,000
Rumah :: RM 200,000
Indah Water (25 tahun) :: RM 2,400
Kereta :: RM70,000
Personal Loan :: RM 30,000
Road Tax + insurans (25 tahun) :: RM25,000
Insurans + takaful (25 tahun) :: RM25,000
Kawen :: RM 30,000

TOTAL :: RM462,400

Dekat setengah juta doe wa nak kene cari duet... korang pernah x kira benda ni?? pening kepale tawu x?? so, kepada para bini ku, kesiankanlah padaku... =p

Doa hari ini.
"Allahumma, Aku bermohon kecukupan terhadap rezeki dan keperluanku serta perelokkanlah akhlakku. Ya niqmal mujib"aminn... (^_^)v

Saturday, 2 April 2011

Yabedabeduuuu..


Memonteng...
Emosi dah semakin baek.. hahai~ aku nak cite pasal excitement mingggu depan nih.. mggu depan hari khamis malam jumaat tu aku da gerak ke Tengganu... pulau redang yaw! so jumaat tu aku bakal memonteng kelas encek Khairul Anuar.. selamat hari raya sir! mahap zahir baten... thehehe..

sekali Abg Bob anta message kt FB cakap ada tempat available untuk program Redang ni, terus mood change.. woha!! saat yang ditunggu untuk keluar dari Shah Alam telah tiba.. Den nak poie skodeng penyu, berendam2 didalam air dan terhegeh-hegeh berenang (sebab xberape gheti senanye).. haha..

Al-Rambut
Lahanat ko Naim... Monyet! beliau gelakkan aku menyikat rambut ke belah kiri.. wooot~ woott~ ini adaah percubaan yang comel okeh!! haaaa... ko jeles an... cube try rambut baru ye.. mak aku bebel xhengat.. asek perli jep.. yolah2!! orang paham la... ni blom Faiz nengok aku lagi ni.. mampus kene bahan kang... Aku pakai sorban la pasni.. ngek!

Kakak Henfon...
''u beli la satu henfon kasi u punya girlfriend...'' haha.. gefren hapenye.. aku manado gefren... kalau ade gefren pon jadahnye aku nk beli an henfon kat dia.. kopak poket mak ni haaa~ (aku calon boifren yang sangat econimical lagi bijaksana dan berwawasan serta berjimat cermat)

''mana ada meh.. ni saya punya kakak la..." ntah tak semena2 Amy Raimi jadik kaka aku... hehe. Jatuh sudey saham beliau. But I think its sokey. Aku pon memang ada sikit2 baby face tu. So, logik la jugak Amy jadik kakak.. hua3.. Kang nanti aku dah kaya, aku beli an satu tok ko eh. Saba ye 'kaka'.. ngeeee ~ =p

Anak Sedare
Ni chek nak cheghita ni habaq hang. ada la sorang anak akak aku ni bru jek abes SPM & keputusan exam beliau sangat hebat kalau nak dibandingkan dengan result SPM Pak Su dia nih.. Sekali dia apply mau buat medic kat UM daaa... Mau jadik doktot. hoho.. Hebat la siak!! Pak Su doakan ko berjaya ye Syam, kang kalo Mak Su (bakal) ko nak bersalin, tau la sape aku nak panggil.. Jangan nak ngelat ye..

Tahun ni ada la 3 orang lagi anak sedara aku yang nak amek SPM.. yang lelaki 2 orang tu siap2 da plan nak jadi doktor. Aizat Danial! hang kalau jadi pakar bedah tukar jantina sumpah sesuai!!.. ngeee~ Hadui ai.. korang tanak ke amek kos business macam Pak Su korang yang gorgeous ni.. Best wooo~ budak laki takmo amek business.. Diorang nak amek engineering & medic jep.. Banyak siot awex kt faculty business.. well~ tanak tape.. (korang kecik2 dengan SPM pun belom amek dah hade awek.. kemain declare in a relationship dalam FB ye.. chaitt.. saja nak bergado dengan aku ler tu)


Menggedik.

Aku rase nak lempang je mamat2 friend anak sedare aku yang pompuan tu. Mereka mengayat terang2an di facebook tanpa rasa segan malu terhadap Pak Su kanak-kanak terbabit yang memerhati. Dol~ ko kalo nak mengayat, sila belanja makan pak sedara dia dulu.. Kalo x ape guna Pak Sedara kan.. hahai~ baru berkat doe..

Pagi-pagi buto dah buek lawak.
Pepagi td aku bukak emel... Aku an pakai gmail.. sekali ade kluar advert yang mengatakan gmail motion new version. Kemain ada dengan youtube bagai. so aku bukak dulu la youtube nengok. Wah! hebat la sial.. Hanya dengan membuat pergerakan badan dengan dibantu oleh webcam, ianya akan memproses tindakan pengguna lalu berlakulah perkara-perkara seperti open inbox, reply dan sebagainya. pastu ada button 'TRY GMAIL MOTION'... aku pon excited tahap cipan meng- click link tersebut. sekali dia cakap. Not exist yet! april fool. now, go open your gmail account. have fun!!! cam haremmmmmmm... haha.. siot aje.. sengal betul..


Saket


Adakah saya dibenarkan untuk takut?
Few days ago aku tengok cite 500 Days of Summer. best jugak la. I think my whole life macam sama dalam cite tu. When I think that everything is okay but the truth is; it isn't. But the fairy tale is true: happiness will always find you at last. Lambat la pulak Encik Happiness ni.

Mungkin aku tak berapa nak ada keja sebab tu aku jadi camni. Aku bukak tengok Facebook few peoples which I loved them once and found that they have a wonderful life. Rasa cam looser jek. fhewww~ (-_-)''..

Dah tak mau kawan dengan korang dah...
Setiap hari aku bangun untuk solat subuh, aku mandi pastu bancuh teh atau nescafe. Then, I will stand up at the windows and keep my eyes in horizon. Fikir dan terus berfikir. Kalau aku ada duit, memang aku dah tinggalkan tempat ni. Aku nak berjalan seorang diri pergi ke dunia luar sana, tengok tempat baru, sedut udara baru, rasai pengalaman baru, ada kawan baru, jumpa benda-benda baru. If I meant to be an expatriate one day, that's gonna be a dream job ever.

Aku tak mau spend my weekend duduk dalam rumah saje. Aku tak mau lagi alih-alih pegi tengok wayang dan makan setiap kali ada duit. Ni bukan soal aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada tapi aku mahu jadi seperti Laksamana Hang Tuah yang matinya meninggalkan nama dan hidup aku lebih hebat dari yang lain. Aku bukan nak jadi kaya, aku cuma nak berjaya. Aku mau bila nama aku disebut, cahaya kebanggaan terpancar dari lidah yang menyebut. Is that possible??

Menyakat
Membahan kengkawan adalah kerja sampingan aku. I'm sorry dude if any of you feel irritating with what I'm said in the past. Fhat, Raimi, Fath Zaim! jangan simpan dalam hati segala benda yang aku cakap dulu2 tu. Kepada yang lain pun sama. I'm sorry.

Tersekat
Rasa nak menangis tapi air mata degil tanak keluar. Nak menjerit kuat-kuat tapi suara merajuk tanak berbunyi. Nak tumbuk laju-laju tapi tangan malas nak angkat. Sangat tertekan hidup aku dua tiga hari ni. Semua benda aku nak komplen dan merungut. Lol~ kenapa ntahnye.. PMS time aku ke?? doink! Hana Ritchie, if I raise my voice, doesn't mean I mad, I just don't know what emotion I had.

Sebenarnya saya cemburu...

Lupakan saja

One day Moon said to me; If she make you cry, why don't you leave her?
and I asked moon; can you leave your sky?
moon said; how can I? she is part of me.
me said: now you know how I feel.

It wasn't that easy to forget. susa sangat. It wasn't just for today but it started all way back there since I was a kid.

Perfecto
Aku berhenti berharap. Tanak berharap apa2 lagi. Tak mau ada harapan untuk aku tenung dan tunggu. Aku biarkan Encik Masa yang bagi panduan tentang apa yang aku kena buat. Aku penat berharap and it always end up I hurting myself. Terasa sangat bodo.

p/s: Dear friends, if I behave like a jerk these few days just forgive me ok. Once in a while, I will be this way. hope it's gone soon.

hasbunallah hu wa niqmal wakil











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...