Nuffnang

Friday, 21 September 2012

Lelaki Disana

Aku yakin, semua pun tahu bahawa ada lelaki disana yang normal yang bila-bila masa sahaja boleh dijumpai. Lupakan sahaja lelaki yang cacat minda dan nafsu seperti aku ini. Kelak engkau rosak binasa.. menyesal pun dah terlambat..

Kita semua pun tahu bahawa disana ada lelaki yang beriman yang jarang leka dengan godaan dunia. Ya! pasti lebih indah hidup kalian kerana imanku sentiasa terkoyak. Tak mampu menahan apa-apa.

Ya, betul. berpalinglah.. Lihat disana!. Ada lelaki disana yang baik akhlaknya. Ah! jangan ditanya soalku.. Aku pula hanya lelaki biadap yang tipis rasa malu. haha. benar.. Tanyalah pada rakan-rakan, sejauh mana laknatnya lidahku.. Wajar saja kau pilih yang lain.. Bukan aku.. 

Wah. Mahu saja aku bertanya pada lelaki disana bagaimana menjadi pria yang matang kerana aku ini terlalu manja lemah.. Memalukan sungguh. Tapi sebelum itu, hey. lelaki matang itu pilihan yang baik. betul. Cubalah.

Belum bertemu aku dengan ubat yang wajar untuk merawat sakit aku ini. Yahh... mengapa membuang waktu menunggu yang sakit untuk sembuh.? Bukankah ramai saja pria yang sihat. Janganlah lagi bersusah payah. Ayuh. pilihan sentiasa ada.

Lelaki disana lelaki yang normal, beriman, baik akhlaknya, malah matang serta sihat. Lelaki ini pula lelaki yang cacat, terkoyak iman, biadap, malah manja serta sakit. Hidup ini sentiasa punya pilihan yang lebih baik. Bukan?

- hms -


Tuesday, 18 September 2012

Ubah

Ubah Isi Blog
Kalau dulu sebelum ni aku banyak cerita pasal diri aku je. Tetapi aku rasa aku perlu ubah kandungan blog supaya lebih kritis dan berwawasan sikit. amboi ha.. usia dah bertambah.. Asyik cerita fefeling je.. muak la jugakk. hehe..

Ubah Berat Badan
Sejak menjejak kaki didalam lapangan kerjaya ni,  berat badan dah naik mendadak.. Mana taknye, asyek duduk je kat station.. Dulu pegi kelas banjir peluh sebab jalan kaki.. Sekarang mana nak ade peluh-peluh lagi dah ha... pfttt... Acane nak kecik semula ni? sobsobsob.. T_T

Tips untuk hilangkan lemak diperut yang paling efektif yang telah aku amal dan boleh aku kongsi disini ialah:

1. Take more fat. lemak kat perut bukan disebabkan lemak yang kita makan tapi pengambilan gula yang menyebabkan lemak tersebut 'terlekat' di perut. Gula bertindak sebagai gam la lebih kurang.. Lemak yang baru akan bergomol dengan lemak yang lama dan sama-sama larut dalam darah.. Lebih kurang centu la...

2. Naik tangga lah sudah.. Ada budak pompuan tu lagi aku tengok. nak naik LRT satu tingkat ke pun nak pakai lif.. bapak ah.. Sebab tu badan besar muda-muda lagii.. Jangan gitu dik.. Kemalasan membawa padah.. Take staircase.. sihat jantung. Belum pernah aku dengar orang mati naik tangga.. Mati jatuh tangga ada laa.. 

3. Main air. Tak gheti berenang pun takpe, but get yourself masuk dalam air. Sebab bila dalam air, jantung korang automatik akan bekerja lebih keras melawan tekanan air tu.. I spent my weekend swimming.. Kalau ada kesempatan, pagi-pagi aku pegi berkayak di Tasik Titiwangsa dan lately sedang berjinak dengan sailing di Banting. Sailing la paling susah so far but surely great experince and sport. Kepada yang lelaki, apabila perut lebih jauh kedepan berbanding dada. itu tidak sihat. By 30, you sure akan mula dapat pelbagai simptom penyakit. true story hey.


Ubah pemikiran masyarakat
Sebenanye sejak aku mula keje ni, aku datang ofis memang pakai kopiah. bukan nak tunjuk alim atau bagus tapi lebih kepada penahan diri. Awek sini ramai kot.. Dah kalau wa pakai kopiah tu, lahai malu la jugak nak sweet sana-sini.. ehehe.. Aku mula dengan benda ringkas dulu sebelum bergerak merubah diri lebih jauh.. Insyaallah



Well, aku kerja di Twin Tower dan bila ada waktu yang terluang contohnya waktu rehat atau lepas kerja, lepak-lepak kejap di KLCC ni.. One thing I noticed about treatment for shopper  whose wear kopiah kinda different .. Sedih bila macam ni. Elok-elok aku ada intention nak beli barang terus mati dan aku terus berjalan keluar. I wonder how to change this stigmatic thinking where muslim image seems closely related to poverty and weakness. 


Ubah hati
I'm kinda person who easily judging people. But, getting older make me wiser and less judgmental. Alhamdulillah


woi.. boss dah lalu-lalang pulak dah kat sini.. haha.. kene keje la dulu yok..
papai ohh

thanks:
Mika H.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...