Hang cakap melayu boleh tak? Rimas bodo
Tempat kheja aku ni ada pekerja kontrak untuk projek carigali di Sabah. Aku malaih nak cakap orang putih dengan cina ni.. Aku dari tadi cakap melayu, dia dok bantai cakap oghang putih. Aku orang tempatan ja.. Pulun nak cakap Inggeris pasai pa ntah. Aku tak peduli. Esok jumpak, memang sumpah aku bantai cakap kedah dengan hang.. Esok aku hantaq memo tulis jawi.. haha... Bukan aku tak gheti speaking tapi saja aku menyampah dgn orang yang pandang rendah dengan bangsa melayu.. Sorray naih..
Kenapa saya sayang kakak saya? sebab dia tau saya.. saya.. saya thehehe.. saya sengkek. :p
Tiket bas nak balik raya tak beli lagi. Elaun masuk lambat pulak dah.. Yang achik aku ni murah hati selang 2 minggu mesti bank-in duit belanja. Tau dah tu adik dia tengah sengkek takdak duit.. Tenkiu cik! heee.. sayang hang..
Demam nak kawen pun mai dah
Orang bulan posa pi semayang terawikh.. Aku ni 2-3 kali ja sempat pi.. Apa la nak jadi.. Paihtu balik ghumah bukan nak duduk diam2.. Dok pulun beromen kat fon ja.. puii.. Bulan posa pun tak menahan..
Syira Zulkifli sahabat lama. Tu dia hati tengah berbunga
Yang dia ni pun satu hal, pasaipa tak letak link komen ntah kat blog dia.. Aku nak komen pun tak boleh.. haha.. Biaq la dia blog dia.. aishh.. Apa pun, kami nak cakap; kami tumpang gembira tengok hang gembira semula. Besa la tu kalau krisis.. Orang becinta mana tak penah menangis. Adat laa waktu susah tu.. La ni dah senang balik, banyak-banyak syukur dengan Allah naa.. Ada duit, pi kawen.. Pastu jemput semua ok?
Susah hati haih~
Aku rasa si Raimi ni ada masalah hati ni.. Ermm.. Hang selalu tau apa yang hang nak kena buat. Cuma aku susah hati sikit tau hang macam ni.. Hang pun tau aku sayang kat hang macam mana kan.. Hang pun dah besaq.. Lagi tua dari aku. (kekeke..isu sensitif) Lagi matang. Aku tak pandai pun nak bagi nasihat. Dulu pun hang boleh selesaikan baik-baik. Aku pecaya kali ni pun hang tau nak selesaikan camna. Nanti kalau rasa nak lepak sembang dengan aku, telefon lah naa.. Kalau hang yang telefon, memang aku akan jawab punyalah. Ok mi? :D
Makcik kepoci: Ayu Fuad
Ni la dia yang aku rajin sekali dok chat bila time kheja.. Dah YM ja boleh bukak.. yang lain tak boleh. Haha.. Takpa lah ayu.. Kalau bukak posa ramai2 hujung minggu ni hang tak boleh join takpa la nk buat camna.. Nanti lepas raya, kita buat rumah terbuka pulak ka... Heee :)
Kawan-kawan lain
Lama wey tak sembang dengan Zaim, Hana, Aten, Ain, Azwin dll.. Amboi sibuk kheja dah masing-masing la ni.. Termasuk la aku pun.. tapi sempat la jugak dok sms sebarang dua.. hehe..
Putri Wani Al Aziz
Malu nak cakap lebih-lebih. terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih. Senang hati, gembira hati luang masa sama-sama banyak-banyak. Amboi gedik lebih plak dah aku ni. Aishh. Luv ya luv ya banyak2.
Kemalangan! Cuak nak mati. Fuuuahh..
Cuak gila habaq hang bila cekgu Suraya Ika kena langgar dari belakang.. Bila dapat mesej dari dia hari tu, jantung nak meletup pun ada.. Nasib baik kepala takda apa-apa. Aish.. terhantuk di cermin tuuu.. Lepas ni toksah bawak kheta dah la awak.. Bawak lori pulak ka. Cepat lega naa.. Lepas raya kan awak nak ajaq saya bawak perahu layar.. Sila bersembuh.. Ok salah sebut. sebutan utara yang betul adalah peghahu layaq.. Haha.. Dia ni atlet perahu layar pencen dah tapi kalau kaki dah masuk dalam ayaq, perghh! Nanti kita tengok.
I miss missing everybody. Truly am :'( Aku sebenaqnya kat opis lagi. Sat nak pi bancuh milo untuk bukak posa. selamat berbuka suma orang.
#BerjayaTaipTanpaGunaBahasaInggeris
Mika H.
No comments:
Post a Comment