Nuffnang

Monday, 27 August 2012

Terkadang Rasa Lelah

Susah jadi orang susah.. Semuanya jadi serba tak kena.. Aku pun sedar, post sedih lagi banyak dari post gembira. Sebab mungkin kegembiraan bukan mudah nak diperoleh.


with tears
H

Thursday, 23 August 2012

Sisi Gelap

Will you love me?
Even with the dark side? 

If I show it to you now, will it make you run away. Will you stay huh?


me
Hilmi

Tuesday, 14 August 2012

Sentiasa

Sentiasa akan ada lelaki yang lebih baik... Lalu,  aku sentiasa tunduk kerana rendah diri... Dalam diam aku sentiasa perlu mengalah sebab aku tidak punya apa-apa..

Namun, aku fikir aku harus sentiasa bersyukur dengan Allah dengan apa yang aku ada.. Biarlah, aku sentiasa pendamkan saja sakit yang ada dan sentiasa mendiamkan diri kerana itu lebih baik.



#np Both of Us..

hms

Thursday, 9 August 2012

Tidak

Bahagia dan gembira bukan benda yang sama
Kita mungkin gembira, tetapi belum tentu bahagia.
Bahagia bukan pada gadis/jejaka yang dicintai tapi pada Allah yang nak beri.
Maka teruslah berdoa pada Allah

End
hms

Syukur Malaysia

Hello everybody 

Aku rasa korang pernah kan jumpa orang yang dapat banyak tapi masih merungut apa yang ada dan korang rasa dia patut berbuka puasa makan tangan je. Tapi bulan puasa kan, so banyak-bantak berdoalah mintak Allah kasi petunjuk

Gaji
Aku faceplam doe dengar India dalam lif ni borak dengan kawan dia.. Gaji dia kena potong sebab kena bayar ape ntah. So, remaining gaji tinggal RM8k.. Dia boleh cakap duduk KL gaji RM8k tak cukup.. Bhai! ko nak makan ape RM8k sampaikan tak cukup tu? Patut la perut besau *ok dah ngumpat. Dose! :p Nasib muka aku ni hensem je, kalau muka aku ni muka pecah rumah, dah lama aku jadi perompak lalu rompak je brader ni. Aish~

Makan
Semalam tak sempat balik. Makanya berbuka di Masjid KLCC je. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi.. Pastu malam pi makan burger bakar some more. Orang belanja kann. Hehehe. Waktu berbuka tu aku tengok muslimin dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan semua makan dengan sepenuh hati kot.. Maksud aku tu, diorang hargai makanan. Makan sampai habis. Masalahnya orang Malaysia yang kaya tapi nak jugak konon amek berkat berbuka di masjid la. Makan sejemput, pastu buang. Allahuakbar. Sebak jugak aku tengok, orang buat makanan macam ni. They seriously need to learn be thankful to Allah dengan lambakan rezeki ni.

Pantang
Kawan2 rumah aku pun same. Kalau makan mesti tak habes.. Badan keding je tapi beli tak beragak. Aku bila malam, jadi tukang kemas, simpan ayam diorangg, kuih diorang, lauk tak habis masuk dalam fridge. Lepas 2-3 hari tengok still ada lauk-lauk tu.. Malas nak cakap banyak, aku potong ayam tu buat nasik goreng je.. Jimat dah belanja. Aku pun taktau tu memang ketentuan rezeki aku ke cemane. Tapi tu la hakikat orang Malaysia banyak duit dan sentiasa ikut nafsu.

Tapi dalam masa yang sama, aku nak cakap terima kasih dengan semua orang sebab selalu beli makanan lebih, dapat la aku jimat belanja.

Aku bukan kuat makan. Aku cuma suka makan.. Tak sama la oke. Betul!.. :p I love cooking tapi tak sedap pung.. Sebab tu masak sikit2 je, orang lain tak lepas tekak nak makan.. Mana tak gemuk... Bulan posa naik berat badan.. sebab pantang betei aku tengok rezeki terbuang ni.. 

Membesar
Aku membesar dalam keadaan sederhana. Nak makan mewah2 memang sekali sekala je.. Jarang.. Sebab tu sekarang aku sangat sedih tengok orang tak hargai makanan.. I tell you man, you don't want to live my life. It's hard during my childhood. So bro, hagai rezeki Allah bagi.. oke? Tolong lah.. 

Allah Itu Adil.. Maha Adil
Diorang kaya, tapi kalau makan tak berapa nak selera. Ada makanan yang lepas masuk tekak diorang, tapi ada makanan tak lepas masuk tekak pun. Ada je rasa yang tak kena. Tapi si mamat yang ada kehidupan sederhana ni Allah beri nikmat kesedapan makanan yang tak terhingga. Apa makanan kalau masuk dalam mulut, boleh bekerjasama dengan baik antara lidah, tekak dan juga perut. Tenkiu Ya Rahman. dan satu lagi kurnia yang selalu aku syukur sangat2 ialah I can eat without getting fat. Kalau  gemuk pun, senang kurus balik. Alhamdulillah.. True story hey.. 

k lah.. Nak start buat keje. Happy ramadhan everyone.. dikesempatan yang masih berbaki ni, mari tingkatkan amalan oke.. Ekceli, aku rindu bestfriend aku tapi aku ni pesen kayu, susah nak cakap aku rindu diorang. kadang sebelum tido, tekap mata kt bantal sebab mata mula nak basah. Mencari bahagia setiap hari. Harap bertemu. Doakan saya k. :')

H.

Thursday, 2 August 2012

Semua Orang Pun

Hang cakap melayu boleh tak? Rimas bodo
Tempat kheja aku ni ada pekerja kontrak untuk projek carigali di Sabah. Aku malaih nak cakap orang putih dengan cina ni.. Aku dari tadi cakap melayu, dia dok bantai cakap oghang putih. Aku orang tempatan ja.. Pulun nak cakap Inggeris pasai pa ntah. Aku tak peduli. Esok jumpak, memang sumpah aku bantai cakap kedah dengan hang.. Esok aku hantaq memo tulis jawi.. haha... Bukan aku tak gheti speaking tapi saja aku menyampah dgn orang yang pandang rendah dengan bangsa melayu.. Sorray naih..

Kenapa saya sayang kakak saya? sebab dia tau saya.. saya.. saya thehehe.. saya sengkek. :p
Tiket bas nak balik raya tak beli lagi. Elaun masuk lambat pulak dah.. Yang achik aku ni murah hati selang 2 minggu mesti bank-in duit belanja. Tau dah tu adik dia tengah sengkek takdak duit.. Tenkiu cik! heee.. sayang hang..

Demam nak kawen pun mai dah
Orang bulan posa pi semayang terawikh.. Aku ni 2-3 kali ja sempat pi.. Apa la nak jadi.. Paihtu balik ghumah bukan nak duduk diam2.. Dok pulun beromen kat fon ja.. puii.. Bulan posa pun tak menahan.. 

Syira Zulkifli sahabat lama. Tu dia hati tengah berbunga
Yang dia ni pun satu hal, pasaipa tak letak link komen ntah kat blog dia.. Aku nak komen pun tak boleh.. haha.. Biaq la dia blog dia.. aishh.. Apa pun, kami nak cakap; kami tumpang gembira tengok hang gembira semula. Besa la tu kalau krisis.. Orang becinta mana tak penah menangis. Adat laa waktu susah tu.. La ni dah senang balik, banyak-banyak syukur dengan Allah naa.. Ada duit, pi kawen.. Pastu jemput semua ok?

Susah hati haih~
Aku rasa si Raimi ni ada masalah hati ni.. Ermm.. Hang selalu tau apa yang hang nak kena buat. Cuma aku susah hati sikit tau hang macam ni.. Hang pun tau aku sayang kat hang macam mana kan.. Hang pun dah besaq.. Lagi tua dari aku. (kekeke..isu sensitif) Lagi matang. Aku tak pandai pun nak bagi nasihat. Dulu pun hang boleh selesaikan baik-baik. Aku pecaya kali ni pun hang tau nak selesaikan camna. Nanti kalau rasa nak lepak sembang dengan aku, telefon lah naa.. Kalau hang yang telefon, memang aku akan jawab punyalah. Ok mi? :D

Makcik kepoci: Ayu Fuad
Ni la dia yang aku rajin sekali dok chat bila time kheja.. Dah YM ja boleh bukak.. yang lain tak boleh. Haha.. Takpa lah ayu.. Kalau bukak posa ramai2 hujung minggu ni hang tak boleh join takpa la nk buat camna.. Nanti lepas raya, kita buat rumah terbuka pulak ka... Heee :)

Kawan-kawan lain
Lama wey tak sembang dengan Zaim, Hana, Aten, Ain, Azwin dll.. Amboi sibuk kheja dah masing-masing la ni.. Termasuk la aku pun.. tapi sempat la jugak dok sms sebarang dua.. hehe.. 

Putri Wani Al Aziz
Malu nak cakap lebih-lebih. terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih. Senang hati, gembira hati luang masa sama-sama banyak-banyak. Amboi gedik lebih plak dah aku ni. Aishh. Luv ya luv ya banyak2.

Kemalangan! Cuak nak mati. Fuuuahh..
Cuak gila habaq hang bila cekgu Suraya Ika kena langgar dari belakang.. Bila dapat mesej dari dia hari tu, jantung nak meletup pun ada.. Nasib baik kepala takda apa-apa. Aish.. terhantuk di cermin tuuu.. Lepas ni toksah bawak kheta dah la awak.. Bawak lori pulak ka. Cepat lega naa.. Lepas raya kan awak nak ajaq saya bawak perahu layar.. Sila bersembuh.. Ok salah sebut. sebutan utara yang betul adalah peghahu layaq.. Haha.. Dia ni atlet perahu layar pencen dah tapi kalau kaki dah masuk dalam ayaq, perghh! Nanti kita tengok. 

I miss missing everybody. Truly am :'( Aku sebenaqnya kat opis lagi. Sat nak pi bancuh milo untuk bukak posa. selamat berbuka suma orang.

#BerjayaTaipTanpaGunaBahasaInggeris

Mika H.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...