Nuffnang

Tuesday, 19 February 2013

Selamat

Selamat Tinggal MSU
Aku dah jadi pelajar MSU sejak 30 Disember 2007. Dah lima tahun aku bergelar pelajar. Memulakan pengajian Diploma Pengurusan dan kemudian buat Degree Perniagaan Antarabangsa. 17 Januari 2013 menjadi titik akhir pengajian sebaik sahaja selesai menghantar laporan praktikal selama 6 bulan dengan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Dan sekarang kaki dah berada dalam dunia kerjaya. No more play. Time to get serious. heee.. Selamat Tinggal MSU. Terima kasih teman dan rakan untuk semua kebaikan kalian.

Selamat Tinggal Twin Towers



Sampai sekarang setiap kali lalu depan KLCC aku akan dongak tengok sampai ke atas tengok Menara Berkembar Petronas ni. Feel proud to be Malaysian sebab negara ni ada landmark yang sangat cantik dan antara yang tertinggi didunia. Aku dah kerja dengan Petronas lebih dari 8 bulan. Menjadi sebahagian dariapada team Petronas memang mengujakan. Best doe keja sini. Malam merdeka dan tahun baru aku akan stay di pejabat sebab nak tengok pertunjukan bunga api dari Skybride. Pengalaman yang  tak semua orang dapat. Besyukur to be one of lucky people. Tapi sudah masanya aku ucap selamat tinggal kepada tempat ni. ada 5 hari lagi untuk bekerja dan selebihnya aku akan habiskan sisa Paid Leave yang ada untuk uruskan hal-hal lain. Selamat Tinggal Twin Towers. Terima kasih untuk segalanya

Selamat Tinggal: Kami
Main tarik tali. Kemudian episod jatuh, bangun dan jatuh lagi. Semua kawan-kawan pun tahu apa yang terjadi. Hindustan betei kisah kami. Semuanya sempurna sehinggalah suatu hari apabila masing-masing menjadi tersangat sibuk. Dunia dah macam terpisah jauh. Yang ada hanya cerita sedih dan luka. Maka diputuskan hubungan ini menjadi 'open ended relationship'. Entah lah..  Sudah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal pagi yang indah. Selamat tinggal mimpi yang berbunga. Selamat tinggal cerita hati. Terima kasih untuk segalanya. Semoga hari esok datang dengan peluang yang lebih baik. 

Selamat Datang: Terbang


Sesungguhnya Allah adalah pemegang kunci rezeki. Asalkan kita mahu berusaha. Menjadi sebahagian krew AirAsia mungkin mimpi suatu ketika dahulu. Terlalu awal untuk menulis panjang mengenainya. Tapi mengharap tahun mendatang akan menjanjikan pengalaman yang lebih baik. Insyaallah. 1 Mac 2013 adalah hari pertama berkhidmat sebagai krew penerbangan negara. Ahoy! welcome aboard! 

Selamat Datang: My Baby Lion
Nak berulang alik dari Shah Alam ke Sepang untuk bulan pertama ni jauh la giler! Tiada pilihan melainkan perlu menggunakan kenderaan bermotor. Motor jelah. Muda lagi kan.. Sudah tiba masanya. Yeahaa..  Hujung minggu ni aku nak setelkan hal dokumen. Bermohon Allah permudahkan urusan. So far belum ada interest nak beli kereta walau ansuran motor ni sama banyak dengan ansuran bulanan kereta tapi aku ada sebab tersendiri untuk tidak pilih kereta. Anyway, welcome baby lion! 

:: Bermohon Allah selamatkan hidupku. Alhamdulillah::


Here
Mika H



1 comment:

Anonymous said...

hopefully awak tak lupe saye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...