Bulan..
Maafkan aku kerana barangkali aku tidak memahami bahasanya. Bukan aku sengaja tetapi aku masih belajar meneroka alamnya sebagai seorang wanita. Mungkin tubuhnya berbicara, namun aku gagal membacanya. Beritahulah padanya bahawa aku gusar melihatnya menyepi tanpa kata. Aku khuatir dengan keadaannya yang kurasa ada perubahan walau tidak ketara. Apakah sebenarnya yang ada difikirannya. Hantarkanlah aku sebuah jawapan wahai bulan…
Bulan…
Khabarkan padanya aku benci meneka sendirian. Meneka apakah sebabnya dirinya sedemikian. Seandainya dia berada didalam kesedihan atau kekeliruan, aku sedia menjadi teman. Walau mungkin aku bukan sesempurna insan yang bisa memberi pandangan atau ulasan mahupun belaian. Hantarkanlah aku sebuah jawapan wahai bulan…
Bulan…
Apakah memahami wanita begitu sukar? Atau aku yang lemah dalam belajar? Adakah aku telah perbuat sesuatu yang tidak wajar? Apakah rasa dihatinya telah menjadi tawar? Beritahulah padanya supaya kongsikan denganku kerana aku akan sentiasa sedia mendengar. Rasa sayang dihatiku bertambah lebar. Semakin hari semakin besar. Namun aku sentiasa sedar, jawapan yang diberi padaku suatu masa mungkin amat sukar. Aku akan sentiasa sabar. Hantarkanlah aku sebuah jawapan wahai bulan…
Bulan…
Aku berlari dicelah lautan manusia. Mencari kemana hilangnya Hawa. Menjengah dimana aku cicirkan nyawa dan jiwa. Aku berharap aku menjumpainya semula. Bantulah aku bulan dengan menerangi jalan yang kususur seterang-terangnya. Aku cemas ketiadaannya. Aku tidak betah kehilangan dirinya. Kerana aku rasa sayang dihatiku ini seluas semesta. Hantarkanlah aku sebuah jawapan wahai bulan…
Bulan..
Bebaskanlah aku pergi. Aku benci lemah sebegini. Aku mahu teguh berdiri.Aku mahu mengejar hatinya yang berbelah bahagi. Mungkin fikirannya telah bertemu jawapan yang pasti. Seandainya dia mahu hidup bersendiri tanpa diriku disisi akan kuhormati keputusan hati. Namun, ingatkan padanya bulan, keindahan cintanya ini akan ku bawa hingga mati. Semoga ketemu lagi..
Bulan…
Aku berdoa dan terus berdoa lagi… Hantarkanlah aku sebuah jawapan wahai bulan…
No comments:
Post a Comment