Ihihi. senanya post ni lagi tragik semalam.. kemain panjang aku punye senarai masalah aku tapi bangun pagi ni aku rasa cam super-duper power root. So, aku edit semula ah.. Why the hell I should tell the world my problems??.. haha..
**********
so, first of all Aku mintak maaf dengan semua orang.. Dengan semua kawan-kawan sekelas, dengan mak abah, dengan Raimi, dengan Amira, dengan Nadia, dengan Afiq dan kawan yang lain-lain lagi. Truly sorry if I being such an annoying living creature to all of you..
Saat Berjimba
Saat Berjimba
Settle 1: Pergi Bandung!! 2 minggu lepas raya ikut trip subjek International Human Resource Mngt aku.. huhu.. beli-belah.. Jalan-jalan.. gembirakan hati..
Settle 2: ikut kengkawan pegi Padang Besar.. Pun lepas raya jugak.. Berjimba dalam train.. Sampai sana beli-belah.. Jalan-jalan.. Gembirakan hati..
Settle 3: Aku dah ajak Acap, Yan & Capiq pegi Phuket dengan aku awal lepas exam final.. Dorang pon cam busy je.. Takpelah, aku pegi all by myself.. (Bukan ayat merajuk bhai.. ahha).. Sumpah, seriously kalau duit aku berjuta-juta lemon dalam bank, tingin giler nak gi tanah suci tenangkan ati.. tapi sebab bajet terhad, aku gi pulau2 jelah.. tengok keindahan ciptaan tuhan.
Settle 4: Waktu hari Deepavali aku dengan rakusnya aku pegi rafting dengan kengkawan aku di Kelantan.. nak patah-riuk ke apa, Aku dah tak bape peduli sangat ah..
Settle 5: Sebulan cuti sem, aku tinggalkan segala tipon, laptop, pendek kata segala device yang boleh hubungkn aku dgn internet kat rumah pastu pegi belajar agama di institusi pengajian yg available yang dekat2 rumah.. Masa untuk melakukan sesuatu yang baru. 3 minggu je kot.. tak mati pon tak bukak FB 3 minggu.. (cam tak yakin je.. haha)
Settle 6: Dah tiba masanya aku rasa bawak bumblebee-baby tiger aku datang shah alam. Sem depan dah nak buat final projek, thesis, GSM sume. Ada baby tiger aku senang aku mau jalan rata-rata. Lagipun duit mara dah start, lepas kot nak isi minyak segala. Plus, part-time job lepas raya dah stat. Boleh baya loan kete sendirik lah kot..
Settle 7: camping time on november!! Terengganu...
Settle 8: Aku ambil kesempatan ramadhan ni untuk mencari petunjuk dan mengharap pertolongan dari Al-Jabbar.. =)
~ La ila ha illa anta, subha naka inni kuntu minaz zolimin~
:: tiada daya melainkan dari Allah, ampunilah aku kerana akulah orang yang menzalimi diri sendiri ::
~ La ila ha illa anta, subha naka inni kuntu minaz zolimin~
:: tiada daya melainkan dari Allah, ampunilah aku kerana akulah orang yang menzalimi diri sendiri ::
No comments:
Post a Comment