Nuffnang

Sunday, 20 February 2011

Ni dia! Chek nak habaq mai kat hangpa.


ALONE

Dulu aku ingat aku selamanya akan terpaksa kena tahan panas ini tapi rupanya tuhan tak pernah biarkan aku keseorangan dalam menghadapi kesusahan ini dengan menghantar teman penguat hati.


Aku cuba belajar untuk tidak mengkritik atau memaki malah memarahi. Walaupun ianya adalah perkara yang paling aku ingin lakukan waktu ni. Ianya sangat menyenangkan hatiku. Tetapi belum tentu ianya menyelesaikan masalah yang ada. Lagipun, dah nama aku pun mak apak kasi HILMI (kesabaranku).. maka, bersabor lah seadanya. Aku rasa banyak lagi benda yang aku nak buat selain memikirkan segala permasalahan yang bodoh cenggini.


ATTITUDE

STORY 1 : There is a smart and clever guy from Ipoh. He score 3.97 during exam. He want to be a doctor. Go to UK to learn medical hoping someday he’ll become a great doctor with salaries about $ 7000 - 8000. Today, when he woke-up in the morning, instead of wearing white robe, he is wearing tuxedo for work because he is now Dean for Health Faculty with salaries $ 20 000 monthly. He never know that this is his destiny.


STORY 2 : There is also other man. He only want to be a doctor. He want to serve his nation. But who knows, 15 years later, he is the prime minister of Malaysia. He is my idol : Mahathir Mohamad


STORY 3: Jack is successful doctor. He is one of the best doctor in US. He score 4.00 cgpa for his final exam in Harvard. He have a good job with good payment. But, Jack is boring husband and his marriage last for 2 years only because his ex-wife said that Jack don’t even know how to satisfied her when having sex. He’s suck in bed and boring. He also don’t ave many friends.


That is few stories I read in my new book bought last week. The story of unexpected future. Gred exam, kepandaian, pujian, penghargaan bukan la perkara penting dalam nak ukur kejayaan kehidupan. Terlalu kemaruk mahu dilihat sebagai terpandai dikalangan rakan-rakan & beroleh pujian diatas kejayaan itu akan hanya membuatkan anda menjadi sangat menjengkelkan. Tanya pada diri anda, belajar kerana mencari redha Allah ke belajar kerana mau menuntut pujian?


Aku paham kadang2 kita sangat risau tentang masa depan kita. Apa nk kerja lepas ni? Keje nanti gaji besar ke x? Keje kat mana? Kalo result biasa2 je nanti keje mesti biasa2 je. Orang mesti pandang kerek kat kita padahal kemain belajar international business.


Aku ada satu benda je aku nak cakap dengan ko; kalau inilah benda2 yang ko pikir selama ni, memang sayang sangat2 sebab ko jadik mukmin yang tak diberi petunjuk oleh Allah sebab setiap apa yang nak jadi di masa depan tu dah jadi ketentuan Allah. Dah tertulis di ‘sana’. Kalau dah rezeki kita dapat hanya 3.00 in exam. Tenang2 aja lah. Tu tak bermakna nanti ko keje jadi kuli batak sebab sape pon tak tahu apa nk berlaku pada masa depan.


Pernah x bila lecturer tunjuk kt ko markah exam, lepas tengok, ko sebut ALHAMDULILLAH? Walaupun ianya adalah sekadar C-... kalau dapat A? memang bertambah2 patut la ko sebut alhamdulillah. Tayah jawab kat aku. Jawab kat diri sendiri. Takde makna ko jawab kat aku.


“sebaik-baik hamba Allah adalah mereka yang diberi banyak dia bersyukur. Jika diberi sedikit dia juga bersyukur.”

“Jika mereka redha dengan pemberianKu, maka aku juga redha ketas mereka.”

“Khabarkanlah kepada orang-orang yang bersabar dengan khabar gembira kerana mereka beroleh rahmatKu.”


Fikir sendirilah. Ko bukannya tak ada agama.


Weh~ smart sikit!!! aku bukan nak suruh bila ko dapat B, ko terima je tanpa berazam untuk dapat A. Bagus la kalo ada azam nak tingkatkan usaha untuk dapatkan A. Aku bukan nak cakap ko kena redha je memanjang (ko tayah nak buat loyar buruk ngan aku k.. dpt sepak jugak kang) Tapi jangan merungut & mengeluh! Tu sifat orang munafik. Belajar bersyukur! Kalau kecewa diam2 sudah la. Azam dalam hati! Teguhkan semangat! Teguhkan keyakinan dan baiki kelemahan. Kalau dapat keputusan bagus, belajar lah memberi pujian dan penghargaan kepada rakan-rakan lain yang yang turut sama mendapat keputusan yang baik dan bantu kawan2 lain yang lemah. Kalau kite pon xpernah hargai orang, mamang ko mati kempunan la nak harap orang hargai ko.. Paham x ni?


PERANGAI BURUK

Kalau selama ini ko mencari jawapan kenapa susah sangat nk disayangi, susah gila nak get along with other people, kawan pon ade 2-3 kerat ialah kerana 4 sebab je:

  1. Engkau malas beri pujian ikhlas & tak tahu menghargai orang.
  2. Engkau rasa rakan anda bodoh dan tak patut langsung dapat keputusan yang lebih baik dari engkau.
  3. Engkau merasakan pendapat engkau & apa yang engkau buat adalah yang sangat terbaik.
  4. Engkau berminat nak bercerita pasal diri sendiri & xenjoy pon listen pasal cerita rakan engkau.

Kalo ko susa nak trime teguran aku pon takpe. Tunggu la malaikat datang dari langit untuk menego. Nak tunggu alim-ulama tego ko, pegi la masjid surau, baru la jumpa. Kalo nak tunggu orang tego baik-baik dengan ko, aku rase dah berzaman ko pangai camni, ade ke kengkawan rapat ko tego? You know better lah. Ye idak?


Aku bagi free knowledge je ni. Tayah nak habis beratus2 ringgit beli buku motivasi bagai. Aku berabis beratus ringgit beli buku untuk belajar ilmu ni tapi sini aku share free je dengan korang. Aku pon penah macam tu. Xgheti puji orang. Hargai orang lagi la xgheti. Selalu je blagak bagus. Kalau bole seploh hari seploh malam nak cerite batapa hebatnye hidup aku ni & bagusnya segala keputusan yang aku buat selama ni. But I learn my lesson. If you keep those attitude, well! I can assure that whatever you afraid of all this time will comes true.


Ko risau ape nk kerje lepas ni? – memang la ko patut takut sebab ko sedar zaman sekarang bukan saja majikan nak tengok gred exam bagus ke x? Tapi nak tengok ko boleh tak bekerja as a team and leadership skills. Kalau ko asek pandang kerek kat orang, keje sok, belambak lagi orang akan pandang kerek kat ko sebabnya berkoyan lagi orang yang hebat di luar sana.. serius cakap! what goes around comes around.. (English aku xbagus... kalo salah tayah r gelak ok..)


Ko risau keje nanti gaji besar ke x? – sumpah ko keje gaji cukup2 je. Sebab orang yang cepat maju ke hadapan ialah orang yang tahu nak mendorong orang lain untuk berjaya jugak. Kalo sekarang ko belagak tamau tolong kawan2 yang lemah, ko ingat keje nanti ko mampu ke nak tolong rakan2 sekerja yang lemah utk membangun bersama? Tu belum temasuk pangai ko yg rase orang len bodo xcukup pandai mcm ko. Malas aku nak komen panjang2.


Ko risau nak keje kat mane? – tempat keje ko mampos orang xkenal dan ko pon sangat malu nak sebut nama company ko. Tau kenapa? Sebabnya kompeni2 besar perlukan pekerja2 yang fleksible yang boleh memberi respon terhadap apa-apa perubahan in short time notifications. Baru duduk di university, hari2 dah merungut keje banyak la hape la, lecturer bagi keje last minit la. Complain banyak siak! Abes ko engat keje sok, keje xmacam belambak2 plak. Dari ko merungut berkoyan2 tu ade jugak pekdahnye, ko tadah tangan mintak doa diberi kekuatan untuk habiskan semua kerja. Kerana sangat anoyying kepada seluruh telinga orang lain mendengar rungutan2 tersebut, fyi. Aku tau yang ko nak kate xpenting sume tu. Yang penting keje halal. Tapi aku nak tanye ko la kan, ko tanak ke keje ngan Petronas? Dengan DRB Hicom ke? Sime Darby ke? MISC ke? Exxon ke? Shell ke? CIMB ke? Genting Group ke? Tanak takpe la.. Lagipun tempat tu untuk org2 yang ada great attitude je.


Ko risau kalo result biase2 je nanti keje mesti biase2 je – aku rase korang pon cam aku gak belaja research methodology kan? Ape jenis hipotesis yang ko cipta ni pon aku tatau la. Kat atas tadi aku da cite pasal Dr.Jack tu kan? Haaaa~ itula hidup ko nanti kalau attitude ko still tanak ubah.. belaja pandai, keje pon bagus, gaji besau. Tapi hidup misery! Kan lebih bagus kalau ko da la belaja pandai, dapat keje bagus, gaji best, ramai kawan, pasangan sayang, selalu maju kedepan, orang sayang, orang suka. Xbest ke?? Kejayaan di sekolah xmelambangkan kejayaan di university. Kejayaan di university pon xmelambangkan kejayaan ko dalam lapangan pekerjaan kelak. Ko faham tak nyah? Mak tak tau dah nak terangkan camne lagi kat ko...


Well! You can keep those attitude if you want because you have nothing to do with me in any way. In the end, me with my life, you with yours. Hidup masing2 lah! just give a free advice. Nak terima, terima la.. Kalau tak nak trima pon xpe. Aku pun xsalahkan ko sebab I do well-aware about attitude anda tersebut.


Moral of this post: ubahlah attitude anda dan belajar bersyukur!


Ayat favourite aku malam ni:

...... bukanlah dengan maksud hendak mencari kepopularan daripada kalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besar kemungkinan ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan tertentu dan kemarahan daripada kalangan golongan lain. Tiada maaf dipinta -apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas -

Tun Dr. Mahathir Mohamad

The Malay Dilemma, 1970.

Sama lah aku pun . Tiada maaf dipinta - apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas. Tayah la ko nak emo - tacing sangat. Isi post aku ni mungkin nampak cam aku ni sombong nak mampos, tapi kalau itu yang korang rasa, itu adalah kerana aku senanye da malas nak bercakap baik2 dah.... sumpah malas! Aku bukan nak tunjuk bagus soh ko berzikir, berdoa bagai tapi sebab ko an orang islam. kalo ko xleh nk terime method aku ni.. ikot ko lah ape nak jadi.. Jangan nanti dah mati pun ko kena bangun semula untuk korek kubur sendiri. Ayat aku memang nampak merapu tapi kalau anda ahli hujum pak belalang yang bijaksana bergred 4 pointer dalam exam seperti yang didambakan, semestinya paham ayat aku.. kan??


Ezzuani: Bang! Aku balik kedah minggu depan jom keluar meronggeng!

Zaim: cucu nak mintak tunjuk ajar atok! Tolong cu, tok...
Fiqa: Babe! I need your chocolate cake to coolin’ me down. Sedap bangettt sih!.. heee~
Mas: xbesh la ko da ade boifren dah.. nk buat sesi luahan prasan pon xdapek..
Ami Raimi: Manekah kamoo??... =(
Kengkawan lain2: aku tag name korang other post la eyh.. aku nak tag name korang tapi kan banyak sawang dalam otak aku skunk ni... semak sangat..


Chill.. cheeriyoo (^_~)v


Salam 1 Malaysia.


Sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki kebaikan daripada kamu, nescaya diberikan ilmu kepadamu. Katakanlah; apakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?


Ya Allah! Aku bermohon pelindungan dari sifat yang buruk dan peliharalah lidahku dari membuat kejahatan sesama mukmin.

Tuesday, 1 February 2011

Hate BaBy Love



"It's never been 'something' between us.. I just realised 'nothing' is the right word.. Again! I am a slow learner.. What a loooooser..!!"

I get back to my scouting life but on different way. I'm now officially a Sea Scout. Thank you Abang Bob for giving me this opportunity. I have nothing much to tell people about how wonderful my life lately but it seems I kinda doing lot of mistake too. Sigh..

Takde yang best yang berlaku sejak 2 menjak ni... I keep doing the same routine and be like ordinary man. Bila dah bosan, aku kemas bilik... Semalam, aku ubah susun-atur katil, almari semua.. saje!! to give a new look.. I'm a person who are easily get boring.. seingat aku baru je 5 minggu lepas aku susun2 katil & almari dalam bilik aku ni.. I'm gonna miss this house since next April I need to move to new house. My mates; Faiz, Zul, Naim & Anep gonna finish their study soon.. ni lah sem last diorang.. What a wonderful 3 years life we'd spent together huh!

Penah tak korang rase macam best giler kawan ngan orang tu dan dia pon cam best kawan ngan korang tapi bile ade certain time tu korang rase semak gile tanak cakap dgn dia dan korang akan cakap dengan orang yang langsung tak best! Pastu lama-kelamaan orang yang tak best tu jadik kawan yang korang sayang giler tapi dia tak sayang korang pon... (tak paham takpe... Budak2 bengong2 cm aku je suke natang2 complicated nih)... Susa senanye jadi sorang manusia bername Mohd Hilmi Mat Saad ni sbb dia suka pikir ntah ape2.. (-_-)''

Now I know how people feel so annoying when I'm moody sbb aku pon rase cam agak semak berselirat usus perut bile orang moody.. I learn my lesson.. sumpah xmoody dah...

Raya cina start lusa... Aku tabalek kampung... Dah tak tau nk buat ape.. Keje memang ade tapi ntahnye aku rase cam xde pon keje... Tiket bas habis.. Senanye duit pon tabanyak camne nak beli tiket bas... Nak mintak duit kat abah aku pon aku tau dia banyak guna duit bulan lepas sebab bayar roadtax kete & van... mane ngan nak kene bayar insurans van tu lagi.. Pencen dia pon bukan sampai seribu ringgit pon... Bulan lepas dia dah kasi agak banyak duit kat aku sebab risau henset aku rosak.. Kesian plak nak mintak lagi.. Dia pon bukannye muda & gagah perkasa nk cari duet banyak2... dah tua pon.. Cucu pon dah 24 orang dah.. Aku harap sangat cepat habis belaja pastu keje tolong mak-abah aku ni.. Pasal yang nak pegi buat Masters tu aku ingat bile aku da rajin, aku belaja secara part time ler kot...



Ntah lah~ Aku sabar je dengan kehidupan camni... memang ler best nengok orang lain mude2 lagi pegi kampus nek kete lawa2 & aku jalan kaki jep... Tapi aku besyukur dengan nikmat yang ade.. aku pujuk hati kau sekurang2nye aku blaja gak kat U... nun kat luar ramai lagi orang xmampu nak belaja kat U pon ade... Apetah lagi la nak merase duduk blaja kt U swasta cam aku.. Asal bole makan hatta walau mi segera pon jadi la... tak mati pon..

Ada orang ada kete tapi pegi solat jumaat bile rajin... Besyukur la dengan nikmat yang Allah bagi.. aku yakin ko tak kan suke kalo ko terpakse ke sane-sini jalan kaki dan semak otak bekire duet ringgit untuk pikir samade nk naik teksi atau nk tunggu bas je macam aku ni.. Datang la kelas on time. Aku yang xde kete ni kelas ponteng pon 1-2 kali jep, anda yang ade kete ponteng sampai kena bar dari amek exam.. Apela hal nya??

Hidup kene blaja sayang dengan apa yang ada.. Kalau Allah bagi, terima.. Kalau tak bagi, redha la sebab yakinlah Allah akan kasi pahala atas sebab redha kita itu.. Aku pon manusia juge.. tringin jgak nk drive BM, Merc, VW dll la... sape tanak ade kete... tayah kate BM la, ade viva pon dah besar dah rahmat.. Boleh sangat2 kalau amek kete @ moto yang ade kt kampung tapi aku rase abah aku lebih memerlukan semua tu berbanding aku... Segale bende yang aku ade, aku suke cari sendiri walaupun henpon ni aku beli guna duit MARA tapi kire tu duit aku ler tu... Hutang yang aku kene baya.. laptop ni memang ler abah aku beli kan.. yela! aku mane la nk ade duit sampai 2000 nk beli laptop ni.. If one day I'm destined to be success, No one will claim it's theirs too. If somehow I failed, no one will be affected by it. It is just ME for good or bad.

I don't know what is the word 'bitch' for men... Is it betch?? or what??... What an asshole maki gurfren ko depan orang ramai... Bodo jugak ini orang.. Lagi 1 jenis manusia tak gheti bersyukur... sekurang2nye ade jugak pompuan yang nak kat ko walau ko tu dimate aku macam hampeh gile berbanding aku.. Aku ni haa, xde sape nak (which is sangat xbest.. huk2).. Hargai sikit dengan ape yang ade... Ye, wa tau lu marah tapi jangan jadi bangkai... Ape ke bodoh ajak pompuan begado... ugut bagai...Tapi aku besyukur jugak la.. kalau ade gulfren memang jawabnye xdapek la aku rapat dengan kengkawan pompuan yang aku ada macam skunk.. Safe & cool.. xde nak berselirat dengan feeling2 segale..

Amy Raimi; tiada kontroversi bersame... Beliau sangat cool.. hehe...
Amy: kenal kan r laki ko kt kitorang okeh...

Zaim: maukah kau jadi sleeping partnerku??? (ko temasuk kwn2 pompuan aku ke?.. haha)

Hana: Sile jangan berkahwin lagi... aku memerlukan kamoo...

Atynn: erk! aku dah nk pindah.. pasni ko balik sengsorang r.. ngeee~ =p

Ain: ..... (-_-)''???
Jiha & Lyana: great to have you two as my friend..
Fifi: Gemoknye kau sekarang... ini pujian ikhlas dari seorang sahabat..
Mas: kahwin tayah la atas pelamin... kang obvious sangat.. hehe..

Alya: Yayunk!! amboi hangpa... dia balik ghumah jumpe femili, sms aku xbalas noh..

Saturday, 4 December 2010

Kengkawan oii!!


Mengarut
Dah agak lame aKu xbuang mase menaip perkare2 bengong dalam ini blog... Merayau membace blog2 member aku buat aku sedar betapa banyak gile bende yang dah brubah... dah name pon manusia, mmg ler brubah ye tak.. haih~

Sejarah
Dulu aku bukak blog ni sebab lecturer english aku suroh.. hari-hari pulun post english punye content. sekarang ni dah xberape dah nk skema sangat dah... campur2... cuma mood nk post yg BI punye, aku agak malas seketika ini...

Keadaan
Sekarang sume bebudak rumah xde... balik rumah memasing... tercongok la aku kt kedai mamak smbil online pakai enset cekadak aku ni yang sejak 2 menjak ni buat pangai off tetibe bile aku tengah syok menaip mesej ngayat awek... Lambat pulak refund MARA ni nak msuk... Haiyee~ Best gile makan kuet tow tomyam pastu bosan pastu makan roti canai pastu bosan lagi, minum nescafe tarik kat kedai mamak sambil melihat hujan renyai2 kt luar... Aku sangat suke dengan hidup aku walau xramai orang nk lepak sekali.. ramai2 lepak ngan aku pon aku rase semak...

Faten Naseha & Ain
  • Aten!! ko sayang Aein lebey an??!! ok fine.. =p
  • Ain.. ko da abes ke bace artikel sume weh??.. pepatah ade mengatekan, usaha tangga kejayaan.. hehe.

BaCe balik
Aku mule bace balik buku buku Dale Carnegie "How to win friend & influnce people"... rupenye ade satu part yang aku xbace lagik... dia kate "Orang yang paling berjaye bukanlah orang yang banyak ilmu yg kelulusan tinggi2 tapi orang yang boleh mendorong orang lain untuk berjaya dan menghidupkan suasana bersemangat untuk bekerja.." huahua, aku nk dorong dirik sendiri supaye berjaye pon susa...

bercakap pasal buku, wahai Faten Naseha, bilekah buku dr.fadilah kamsah aku uh ko mau pulangkan... ???

Aku sangat la tekun menjadi manusia yang lebey cerdik setiap hari.. buku encik khairul uh aku dah bace sampai suku dah... (best juge bace buku wane-wani ni.. salu bace potostet xde feel)... berangan nk pointer tinggi2 tapi malasnye lah aku nk balaja..


Laptop kesayanganku

ade satu malam aku tengok muvie sambil baring... so aku amek laptop uh letak ler sekali atas katil. plup!! skali aku telelap der... esok pagi bangun memang arwah laa laptop aku jatuh terbaring diatas lantai... langsung xleh start... jadi ler aku mayat hidup selame beberapa hari lamenye.. pastu semalam aku da sawan + mereng xtau nk watpe, aku amek skru driver & kopak laptop aku tuh.. rupe2nye RAM tecabut je... hampeh!!! excited laptop aku dah kembali bernyawa aku pun me"make-up" beliau sepenuh hatiku sampai pagi buta sampai xsemayang subuh.. pandaiiii...

Kawan kesayangan & "kesayanganKU"
Ezzuani: hang memang abang aku yang best...
Akmal: sengal!!!
Jat: cubalah hang belajaq jadik oghang sikit...
Syukri: sejak jadi warden penjare ni garang nk mampuih!!
A'an: kredit henset dia ni semata2 untuk buah hati sahaja... kawan2 xgheti nk sms ye??? toek!!
Izzat Afifi: Ko kawan aku yang paling solehah... sangat solehaH!! sumpah aku suke...
Ain: tolong jangan melawan cakap ye... haha...
Aten: anda bengong!!!
Faiz: balik rumah la weh... ko majok ngn aku ke ape??
Zarina: satu2nya kawan pompuan aku xgheti nk cakap aku-ko.... asek i-you2... ntahnye (-_-)''
Dania: kambeng!! apsal ko kapel ngn Haikal hah?? aku ni dah bezaman dah ngorat ko tau x??... name aku pon stat hurup H jugak... (Ekal: lex k dude!!! haha)
*m**a****: haha... suke sangaattttttttt... tomeynyee.. haih~ gedix tetibe..

sayasayangkamusume

with love:
Hilmi Mika

Friday, 29 October 2010

Cahaya Jiwa



Melihat matahari bangkit di timur menyuluh hari-hariku memberi aku sebuah kekuatan. Sebagai manusia, menjadi kewajiban untukku bersyukur dengan nikmat dan kekayaan ini. Tatkala gema azan subuh mencucuk gegendang telinga, suara abah yang lembut membangunkan aku dari tidur yang menyegarkan. Sungguh telah lama keindahan ini tidak kurasai. Allahu akbar.


Aku berlari ke segenap sudut ruang mencari pintu cahaya untukku keluar dari kesuraman ini. Aku berhenti seketika untuk mengutip semangat yang keciciran di sepanjang perjalananku. Berhenti mencintai bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi. Selagi aku terus mengucap zikir cinta setiap pagi, maka segalanya tidak pernah lekang dari ingatan. Ingin sahaja aku buang perasaan ini. Andainya aku diberi pilihan untuk tidak jatuh cinta, pasti itu akan aku lakukan. Namun apa dayaku. Aku hanya seorang hamba yang menurut ketentuanNya dan aku pasti segala semua yang berlaku mempunyai sebuah jawaban yang Al-Muhaimin sahajalah yang mengetahui.


Dunia sentiasa adil padaku. Namun, sifatku sebagai manusia yang tidak pernah puas mengejar kenikmatan yang tidak bertepi yang menuntut kesempurnaan. Aku percaya manusia yang lain juga menginginkan perkara yang sama. Kebahagiaan dan kesempurnaan adalah perencah yang mendamaikan kehidupan. Ianya adalah suatu tuntutan yang menjadi anganan setiap lelaki dan wanita. Namun, percaturan Allah SWT lah yang paling sempurna. Tiada siapa yang bisa menanggung rasa pedih kehilangan ini. Namun, Allah itu sempurna. Dia menyempurnakan kehidupan ini dengan sesempurna ketetapan. Apa jua yang direncanakan olehNya merupakan rancangan terbaik. Dunia adalah medan permainan yang punya banyak rintangan yang perlu diharungi untuk memperoleh gelaran juara. Aku bukan berada di syurga kerana hanya di syurga sahajalah kita akan bahagia selamanya. Hanya di syurga sahajalah segala permintaan dan keinginan terkabul tanpa perlu menunggu. Hanya di syurga sana kedamaian adalah teman kita sepanjang masa di setiap saat.


Syair cinta menghiris gegendang telingaku sekali lagi sebentar tadi. Aku sunyi hidup sebagai lelaki yang tidak punya teman untukku kongsi rasa hati ini. Aku lesu merenung hari-hariku yang kosong menginjak sendirian tanpa punya teman untuk kupautkan tangan ini. Jari-jemariku terus kesejukan tanpa pelukan bahang cinta. Lalu aku menadah tangan ini kelangit mengharap rahmat dan pertolonganNya untukku isikan telapak tanganku dengan bayu ketenangan. Aku berharap dan terus berharap Dia akan mendengar rintihanku ini. Hasbunallahi wa niqmal wakil.


Pernah ku terdengar suatu ucapan yang mengatakan “kita sering memandang pintu yang telah tertutup dan berharap ianya terbuka kembali dan kita terus menatap pintu tersebut sedangkan disudut yang lain, seribu pintu telah dibuka untuk kita masuk”. Aku akui ungkapan ini ada benarnya. Sejak perpisahan ini, aku menjadi lelaki yang mengambil berat soal penampilanku. Aku menjadi begitu teliti soal pakaianku. Aku menjadi cerewet soal makan, wajah dan rambutku. Aku membaca majalah feminine. Aku tidak lagi berkaca-mata. Aku bukanlah sang arjuna yang sama lagi. Aku berubah dan terus berubah. Andai ini takdirku, aku akan terus memilih jalan ini dan berharap sang dewi akan terpanah pandangannya terhadapku bersaksikan Malaikat rezeki. Duhai dewi, pandanglah aku dengan pandangan kasih seandainya kamu melihatku. Apakan dayaku, Al-Haqim terlalu berahsia denganku sayang. Dia langsung tidak sudi berkongsi rahsia jodoh ini denganku. Aku termanggu kebingungan melalui setiap detik menghitung saat yang pergi tanpa kamu disisi. Ya Allah! Janganlah kau biarkan penantianku ini menjadi begitu lama dan panjang kerana kemarau dijiwaku ini perlukan hujan cinta dan kebahagiaan untuk kembali berbuah.


PadaMu aku bersyukur diatas segala kurniaanMu. Aku menghembus nafas keyakinan dalam setiap helaan nyawaku. Aku teguh memandang keindahan ciptaanMu menjadi milik manusia lain dan aku tidak pernah peduli semua itu. Telah tiba saatnya, aku menjadi lelaki yang lebih mulia dan yang lebih teguh berdiri melawan kehendak nafsu yang menyengat. Aku harus keluar dari kepompong kehinaan ini andai mahu maju dan berjaya. Aku cuma memerlukan sedikit kekuatan untuk ku buang segala kekotoran dihatiku ini.


Cahaya matahari mencucuk kulitku di puncak hari. Menghiris kesilauan mataku. Setiap detik yang pergi tidak kembali lagi. Kehidupan terus belayar meninggalkan ombak perasaan yang menghempas kuat. Aku berdiri teguh diatas layaranku, tersenyum bangga dapat melepasi badai kekecewaan dengan mudah sekali. Aku terus belayar diatas lautan dunia yang kejam ini dengan kesabaran yang masih tersisa ini. Kehidupan ini ibarat sebuah kapal. Adakalanya sang pelayar akan menaikkan layar dan terkadang menurunkannya bagi membolehkan kapal itu terus merangkak diatas lautan. Adakalanya ianya perlu diperlahankan dan adakalanya ianya akan dikayuh dengan keras untuk terus memacu kehadapan. Aku bukanlah manusia pertama yang kehilangan cinta, malah ada yang lebih jauh menderita daripada apa yang aku rasakan seperti sekarang.


Esok atau nanti, pasti takdirNya akan menghamparkan jalan bahagia dihadapan mataku, menghanyutkan aku dalam ombak cinta yang memukul tanpa lelah, meracun hatiku dengan kecintaan yang tidak berpenghujung kerana keluasan gudang cintaNya tidak terjangkaui dek kedangkalan ilmu didadaku ini. Aku menjadi perindu yang menunggu hingga ke akhir waktu.


“... siapakah yang akan memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya?”

(An-Naml [27]: 62)

Friday, 8 October 2010

She Always Meant To Be Yours Indeed


Cinderella story
Last weekend, I went to my sister's place. I want to get away from my chaotic life for a while. Spending my time with my two cute nephews, make me forget all those pain. Kids are great. They are cure for all kind of pain I guess. On Saturday evening, I accompanied them watching the animation; Cinderella Story. I used to love this cartoon when I was kid. The tale seems very wonderful. All of us know how Cinderella had badly treated by his stepmother and sisters before she met the Prince. Yet, after attending the ball at the palace and dance with the Prince, everything change. The Prince keep looking in every part in country who fitted with the glass slipper that accidently left by Cinderella when she run from the palace. I am sure everyone knows the Cinderella tales. You will notice that all stories always have a happy ending.

The theme song of this movie played at the end of movie caught my attention: ''... All the dream will comes true if you have faith ...''

No one will suffer forever. This life is just like Cinderella tale. Happiness will knock your door eventually. Therefore, we must always believe in Qada' & Qadar. Have faith! In Al-Quran, Allah said; ''I will act just the way man think of me''. Hence, I always believe Al- Mujib will always listen to my prayer. I believe everything I asked will come true. InshaAllah.... InshaAllah...



Prince of Persia: The Sand of Time
on the evening there are prince of Persia: The Sand of Time. I am enjoying watching this movie since it is full with action yet again, I get my important lesson.

In this movie, after Dastan presenting Princess Tamina to King Sharaman, he told King Sharaman that Prince Tus intend to take Princess Tamina as his wife. But in King Sharaman opinions', Prince Tus already have enough wife and later decide to let Princess Tamina to be Dastan's wife. Suddenly, King Sharaman died and both of them have to run because Dastan has been accused as the one who are responsible on King’s death.

After they go through a long journey together, Princess Tamina and Dastan are falling in love. However, Princess Tamina died after Nizam throw her deep down sand valley. Dastan successfully defeat Nizam and after the time has been reversed, Prince Tus has proposed Princess Tamina to be Dastan's wife after Tus found that the attack upon the Alamut is a mistake. Princess Tamina accepted the proposal and marry Prince Dastan.

I think if people you love really meant to be yours, whatever the challenges come into your way, you will always be together eventually. Only Al-Muhaimin knows when and how it will happen. Just let the time make it owns destiny. We can plan many thing. Thousand of plan we made in this life but in the end we always found that everything happen in our life is something we never expected to happen. We never thinking of it either. That is the secret of life. It is unexpected and full with surprise. Does it wonderful? Alhamdulillah Ya Allah. Thank you for everything. (Gosh!!! wish there are some more cute Princess Tamina around.. hehe)


“If they ask you (Ya Muhammad); where is Allah? Tell them that I am very close more than they can imagine”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...