Nuffnang

Monday, 23 June 2014

Anak Jantan Tak Menangis

Saya Bangun



Saya bangun hari semalam. Terjebak dengan kawan-kawan berjalan sampai ke Cameron Highland. Malas kerja meluap-luap. Dingin betul disini dan bahagia kerana inilah dia tahap hidup yang aku selalu mimpikan. Alhamdulillah Ya Allah. 

Cumaa..

Ada yang hilang. Iaitu panggilan telefon dari emak mengucapkan selamat hari lahir. Walau kadangkala lewat diucap, tetapi pasti dihujung hari, dia pasti akan menghubungi. Puas dah pujuk hati.. Puas peluk bantal sampai lunyai.. Air mata tumpah juga. Rindu sungguh.. sangat..

Jangan Kawan Perempuan


Aku ada kawan-kawan baik yang lelaki. Mereka tolong masa aku sengkek tak berkira duit ringgit, masa kemalangan tak boleh nak bergerak tolong belikan aku makanan tak mintak balas, masa aku bodoh mereka tolong ajar sampai pandai, masa aku sedih mereka tepuk belakang bagi sokongan moral, masa sedang merempat hidup menumpang mereka offer tempat tumpang tinggal. Ini jenis kawan yang boleh bawa sampai mati. Kalau korang mati aku terjun masuk galikan kubur dan kuburkan kau. Dan aku akan duduk berteleku berdoa dibatu nesan supaya kau selamat disana. Kawan-kawan lelaki yang kami berkongsi darah, kau sakit aku pun pedih.

Aku ada kawan-kawan baik yang perempuan. Cerita dalam kain semua tahu, tapi hilang begitu saja. Aku ada seorang kawan baik perempuan yang aku sayang sungguh, kemudian pula jadi bini orang. Susah lah sekarang nak ajak bicara luahkan kata dan nasib hati. Yang seorang lagi pula, bila emak meninggal dunia, dialah orang pertama aku hubungi sebab kami kongsi nasib yang sama, hilang ibu diusia muda, pun jadi bini orang juga. Ada yang belum jadi bini orang, merajuk susah dipujuk pula. aduhai! Ada yang masih bujang, dekat dihati, tapi jauh sejuta batu belajar luar  negara. Aku tidur, dia bangun. Dia bangun, aku tidur. Dah tu! bila masa nak duduk sembang cerita cinta dan cerita derita? Yang ada depan mata? Itu bukan kawan baik. Itu buah hati. Mana nak sama. Biarlah aku dituduh tamak, perlu cinta dan juga perlu kawan baik wanita. Kerana engkau tidak faham barangkali aku ini nampak saja sasa tapi hati lembut seperti sutera. Tapi betul la bhai.. Kau gelak kenapa? celaka.. hahaha. Ya, aku perlu teman baik wanita. Mengapa? Kerana mereka lebih faham bila aku patah dihati. Mereka boleh nampak luka di dalam mata tanpa perlu diberitahu. Kawan jantan mana tahu. Kayu semua!  

Basuh Kereta
Aku mahu berhenti kerja dan buat bisnes basuh kereta. Betul. Tak lama lagi la. Aku nak mencuba, harap nanti dah tua duit berjuta. Kau jangan ketawa dulu. Sebab aku penat hidup selesa dan makan gaji jadi kuli. Walau gaji banyak tapi hati jauh melayang merata.

Bos dah bukak mata tengok aku tak buat kerja bukak blog saja. Baik berhenti dulu. Sampai sini sahaja.

Salam dari aku

~ Orang cakap anak jantan tak menangis. They lied. We do~

Hilmi MS 

Sunday, 11 May 2014

Anak

Assalamualaikum wrt.

Subhanallah dah bertahun lamanya tidak updates blog. Last post pun entah zaman bila. Sungguh hidup aku jauh banyak berubah dengan pelbagai fasa kehidupan. amboi post pun macam nak ustad-ustad je pun. Ok lah. Aku pun tau takde ramai pun nak tahu pasal aku ni tapi dah loner, ginilah hidupnya. Cakap dengan PC lagi banyak dari cakap dengan orang.. Haha

Kerja
Dah setahun lebih dah pun bekerja dengan keluarga besar AirAsia. Banyak yang dapat belajar dan dan puas hati jugak sempat bawak arwah mak datang konvokesyen tempoh hari naik flight. Kawan-kawan disini dah macam keluarga, ambil berat satu sama lain dan tolong menolong disaat susah. Namun, kehidupan kadangkala sukar ditafsir. Perancangan Allah kita tak tahu. I'm gonna start my study soon and work at new company. Terima kasih kawan-kawan.

Kesempatan
Sejak pemergian mak pada 26 April yang lepas, aku belajar untuk menghargai masa dan peluang yang ada kerana kalau selalu bertangguh akan menyebabkan kekesalan dikemudian hari. Tapi alhamdulillah, tak banyak perkara yang aku rasa terkilan pada arwah kerana banyak benda yang arwah nak tengok dan buat, aku dah luangkan masa untuk buat dengan dia. Sedih memanglah sedih. Nak bertemu kembali diakhrat kelak pun barangkali lebih kurang 50 ribu tahun lagi. Itu belum dicampur kira kalau tidak terlepas perkiraan mahsyar yang tercampak dalam neraka. Entah untuk beribu tahun lagi baru boleh kembali bertemu. Teguhkanlah hati kami Ya Allah.

Paling tak best ialah arwah telefon aku tanya keadaan aku dipagi 1 syawal yang lepas sebab aku tak boleh balik beraya.. Aku cakap aku  baik-baik saja (padehal meraung) dan aku pujuk dia bagitau inshallah tahun depan (tahun ni la 2014) aku akan usaha cari kerja lain. 1 Syawal 2012 lah syawal terakhir kami. Berkat doa terakhirnya, aku dapat kerja lain. Aku duduk hadiri temuduga petang sebelum arwah tinggalkan kami. Allah lah pemegang kunci rahsia kehidupan. Selamat tinggal bonda 

Kaki dan Tayar


Haha.. Sebenanyee kannnn.. hahaha.. Dulu muda-muda tengah jalan kaki balik rumah dari kampus, hujan mula la turun  renyai-renyai.. Aduh, dah la time tu duit sengkek, dah menapak dekat 1km dah nak balik rumah sebab tambang bas tacukup menitis la air mata jantan ni beb.. Pehhh.. Time tu jugak angkat tangan berdoa mintak angkatlah kesusahan ni, dah tak sangguh hidup macam ni.. Wa ingat lagi beb. Punya la macam sinetron indon tu baq hang. Haha.. malu pulak ingat

Tapi hari ni badan dah gemuk dah macam kingkong. Sebab nak keluar rumah pegi kedai sekangkang kera pun start keta atau naik moto. Tak layan dah jalan kaki tu. Dulu aku berat 65kg je oke.. BMI tiptop meletop sama tough dengan Goku. Tapi la niiiiii, malas cakap berapa berat, dagu boleh roll buat kek lapis serawak. T_T Bukan mengeluh yee tapi nak bagitau betapa susah payah perit maung tak selamanya. Innallaha maana. 

"Sesungguhnya kami mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat"

Nantilah bila rajin udate lagi. Jakgi nak masuk keje. Selamattt


Hilmi MS

Doa dan ingatan kepada bonda Non Afzar Abd Rahman dari anakanda

Monday, 13 May 2013

It is a Good Life To Live

Wey... Lama hoi tak masuk baca blog..

This Life


Taken: 3rd May 2013. Raimi's wedding

What else I want from Allah?.. I had lovely parent & friends, amazing life and job too.. I can say, I'm having happy life though.. Ada yang cakap, bila susah aku cari dia, bila senang aku dah diam-diam diri je. Bukan macam tu la awak.I am still the same man. Though I am busy, talk to me. If let say it is something I can help you out, I'll spend some time listen to you and give you good advice. This time darling, I have one good advice for you: "Enjoy good time, because it is never forever. Be patient when hard time comes, because it won't be forever" :D

By the way, seronok jumpa kawan-kawan. Dah bekerjaya dah masing-masing haa.. Tahniah.. Wish you all the best fellas. Korang kawan-kawan aku yang baik.. Banyak tolong aku waktu aku susah dulu-dulu. Insyaallah, Allah akan sentiasa tolong korang pulak. Tahniah juga pada Amy. Kawen dah haa kau.. Elok dah la haa... Nak masuk 30 pun tak lama lagi.. ihhihi..

Past Life
Cerita yang lepas aku rasa korang pun boleh baca banyak betei cerita tah hape-hape yang sememeh je.. Drama je lebih lah. haha. Tapi seriously, wang banyak menyelesaikan masalah. Banyak kekusutan dapat diselesaikan dengan wang. Alhamdulillah. Nasihat aku, walau dah dikurniakan dengan wang yang cukup, jangan lupa pada Dia ya..



Now
Tengah pening kepala senanye ni.. Salah tido. Tegang urat leher.. Ruin mood satu hari.. Pffftt.. tadi Afiq cakap dia dah survey kos sume nak pegi Incheon on upcoming Christmas & New Year. I think it is a good idea to spend our vacation in Seoul habiskan sisa cuti tahunan. Yeay. 

Aku tak pernah tahu inilah kehidupan yang Allah rancangkan pada aku.. Kalaulah aku tahu inilah hidup yang Dia tetapkan, takkan aku menangis walau setitik pun mengeluh kesempitan. Sebab kesusahan zaman perit dahulu nampak kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman senang sekarang.. harap Allah bantu keluarga aku dan kawan-kawan aku untuk mengecap bahagia yang sama.

Afiq pun dan berguling lapar nak mati.. Wa nak pi kedai makan sat..   

Hilmi

Thursday, 28 March 2013

Susah

Perit
Aku mulakan dulu dengan 'la haw lawala quwwata illah billah' Tiada daya dan  kekuatan melainkan daya Allah SWT. Allah sajalah yang menjadi tempat bercerita tentang perit dan susah payah mencari rezeki. Kerja mengikut shif menyebabkan tidur tunggang langgang. Memburukkkan keadaan, urusan pembelian kenderaan masih tergendala. So, balik rumah 2 hari sekali jelah. Kadang-kadang tidur kat surau atau tumpang rumah kawan2 and elsewhere else you can't imagine. Tapi aku fikir, Allah lebih tahu apa yang baik untuk aku. Selalu kena marah dengan supervisor dah lali,  bertekak dengan penumpang pun dah jadi rutin. Luckily, aku pun pesen jenis bertengkar tanak kalah. hehe. The best part is; 2-3 minggu dah mesti malam-malam selalu nangis dengan stress dengan kerja. Cis! sia-sia je air mata jantan aku keluar cemitu je.. tak romeo langsung.. Allahurabbi. aku cuma boleh mohon terus dapat kekuatan. 

Tak mudah kerja sebagai Guest Service. Solat pun susah sebab kalau time pagi, semua orang sibuk flight congested takde sape nk tolong cover. Burukkan keadaan, kawan-kawan yang satu batch kemasukan semua pegi akademi untuk jalani training. Aku punya training bulan depan. Lahai. 

To those yang rasa nak join airlines company, listen to me: Yes. payment is good. Real good! Korang nk pakai henfon mahal, nak drive kete besar pun mampu, nak pi melancong pun dapat harga murah, dan duit tu most likely turun bersimbah kalau rajin keje walau sekadar kerja front liner. TAPI it is hell down here. Kalau hati tak kental, korang keje sini paling lama seminggu je, pastu dah mula dapat penyakit migrain dan darah tinggi sebab stress yang melampau... huhu.. But, I think sementara masih muda, telan jelah segala pahit dan susah ni.. sementara nak hidup senang. T_T

Namun
Susah nak cari kerja zaman sekarang. Kawan-kawan masih lagi ada yang berjaga malam-malam hadap PC bukak laman cari kerja demi mencari nafkah. Aku walapun susah, tapi alhamdulillah dah dapat merasa duit gaji tapi tu pun dah habis sebab bayar deposit rumah baru.. -,-". Takpelah.. Bulan2 mendatang harapnya dapat la belanja duit tu sikit untuk beli keperluan diri.

For those who actively looking for job, I wish you good luck dan Insyaallah, andai ada rezeki nanti aku belanja la makan-makan kalau sempat bertemu for the sake of good old friendship.

Time to sleep lah ni. Kejap lagi keje shif pagi pukul 3 pagi dah kena report for duty. Adios senioras

Salam
Hilmi MS

Friday, 22 February 2013

P!nk - Just Give Me A Reason ft. Nate Ruess



Just give me a reason
Just a little bit enough
Just a second we're not broken just bent
and we can learn to love again.

Hilmi

Tuesday, 19 February 2013

Selamat

Selamat Tinggal MSU
Aku dah jadi pelajar MSU sejak 30 Disember 2007. Dah lima tahun aku bergelar pelajar. Memulakan pengajian Diploma Pengurusan dan kemudian buat Degree Perniagaan Antarabangsa. 17 Januari 2013 menjadi titik akhir pengajian sebaik sahaja selesai menghantar laporan praktikal selama 6 bulan dengan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Dan sekarang kaki dah berada dalam dunia kerjaya. No more play. Time to get serious. heee.. Selamat Tinggal MSU. Terima kasih teman dan rakan untuk semua kebaikan kalian.

Selamat Tinggal Twin Towers



Sampai sekarang setiap kali lalu depan KLCC aku akan dongak tengok sampai ke atas tengok Menara Berkembar Petronas ni. Feel proud to be Malaysian sebab negara ni ada landmark yang sangat cantik dan antara yang tertinggi didunia. Aku dah kerja dengan Petronas lebih dari 8 bulan. Menjadi sebahagian dariapada team Petronas memang mengujakan. Best doe keja sini. Malam merdeka dan tahun baru aku akan stay di pejabat sebab nak tengok pertunjukan bunga api dari Skybride. Pengalaman yang  tak semua orang dapat. Besyukur to be one of lucky people. Tapi sudah masanya aku ucap selamat tinggal kepada tempat ni. ada 5 hari lagi untuk bekerja dan selebihnya aku akan habiskan sisa Paid Leave yang ada untuk uruskan hal-hal lain. Selamat Tinggal Twin Towers. Terima kasih untuk segalanya

Selamat Tinggal: Kami
Main tarik tali. Kemudian episod jatuh, bangun dan jatuh lagi. Semua kawan-kawan pun tahu apa yang terjadi. Hindustan betei kisah kami. Semuanya sempurna sehinggalah suatu hari apabila masing-masing menjadi tersangat sibuk. Dunia dah macam terpisah jauh. Yang ada hanya cerita sedih dan luka. Maka diputuskan hubungan ini menjadi 'open ended relationship'. Entah lah..  Sudah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal pagi yang indah. Selamat tinggal mimpi yang berbunga. Selamat tinggal cerita hati. Terima kasih untuk segalanya. Semoga hari esok datang dengan peluang yang lebih baik. 

Selamat Datang: Terbang


Sesungguhnya Allah adalah pemegang kunci rezeki. Asalkan kita mahu berusaha. Menjadi sebahagian krew AirAsia mungkin mimpi suatu ketika dahulu. Terlalu awal untuk menulis panjang mengenainya. Tapi mengharap tahun mendatang akan menjanjikan pengalaman yang lebih baik. Insyaallah. 1 Mac 2013 adalah hari pertama berkhidmat sebagai krew penerbangan negara. Ahoy! welcome aboard! 

Selamat Datang: My Baby Lion
Nak berulang alik dari Shah Alam ke Sepang untuk bulan pertama ni jauh la giler! Tiada pilihan melainkan perlu menggunakan kenderaan bermotor. Motor jelah. Muda lagi kan.. Sudah tiba masanya. Yeahaa..  Hujung minggu ni aku nak setelkan hal dokumen. Bermohon Allah permudahkan urusan. So far belum ada interest nak beli kereta walau ansuran motor ni sama banyak dengan ansuran bulanan kereta tapi aku ada sebab tersendiri untuk tidak pilih kereta. Anyway, welcome baby lion! 

:: Bermohon Allah selamatkan hidupku. Alhamdulillah::


Here
Mika H



Thursday, 7 February 2013

Heart

Heartbroken! there is only two things might happen to you. Either you getting so fucking kurus hilang selera makan OR you become so fricking fat due to eating a lots of food result from frustration.

Makanya, jangan ingat orang gemuk tu tengah senang hati. tahu! T_T


Off to work
Babye fellas

HMS

Friday, 28 December 2012

Benci!

Sungguh tempat mengadu hanya pada Allah. 

1. Mula-mula pinjam fon abang aku ni, memang susah nak dengar dah perbualan. Sound pecah. Sebab tu aku banyak hanta mesej compared to calling. Tadi berbual di fon dengan Azwin setelah punya la lama  tak borak. Dia banyak cerita tapi aku tak dengar sangat. End up aku buat dia touching sebab dia macam borak sorang2. Haih. Truly am sorry. Buah hati pun pernah merungut aku dah jarang call like I used to..  But, this is the truth. I cannot hear you people clearly. Kalaulah ada duit.. Boleh je aku tukar henfon mcm org kaya tu semua. Benci dengan diri sendiri.

2. Aku benci jadi org yang rabun. Not to blame the fate tapi rabun aku ni dah banyak bawak masalah. Sebab rabunlah henfon sebelum ni jatuh terhempas. Sebab rabun, semalam terluka tangan terkena pisau, tersadung wayar pagi tadi. Benci dengan diri sendiri.

3. Again.. sekarang adalah waktu kecederaan. Saling mengecewakan antara satu sama lain.. Masing-masing berkecil hati itu dan ini. Aku tak pandai jadi boyfriend atau mungkin belum cukup bersedia? Benci dengan diri sendiri. Sebab lebih tahu bergaduh dari menyayangi

4. Sorang demi sorang kawan yang aku hubungi dah dapat kerja. Subhanallah.. Tahniah tau. :) Yet again benci dengan diri sendiri sebab betul2 rasa tak guna.

5. Kerja! letih betul walau duduk je tapi penat perah otak. Bila malam letih dan tertidur awal. Dan ada yang berkecil hati. I hate me again. Ya, I wish I can be superman but I am not, unfortunately.

6. Dah bertahun lama aku isi masa luang dengan aktiviti berpengakap, aktiviti lasak, kerja sukarelawan dan macam2 lagi. Dan aku lupa aku dah ada komitmen. I suppose to hate myself kan? sebab tak pandai mengurus masa.

7. Semakin bersenam semakin kuat makan. Tu lah hakikat sebab aku perlukan tenaga yang banyak untuk bersenam. End up buat aku jadi cepat lapar. Duit banyak habis unuk makan je. Benci dengan diri ini. 

8. Kalau aku sendiri punya banyak alasan untuk membenci diri sendiri, tidak hairan mengapa orang lain boleh ada 1000 alasan kenapa mereka harus benci aku. My fault I guess.

9. Kepada semua orang, saya menyusun sepuluh jari, dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas apa jua perbuatan yang dah aku lakukan yang menyuburkan rasa benci di hati korang. Terima kasih atas segala kebaikan yang telah koraang hulurkan. Assalamualaikum

H


Thursday, 27 December 2012

It is what it is. :)

UPDATE
Hey there.. ermm.. dah lama betul takde post pape kat sini. Though pageview tiap2 hari pun naik.. Apelah yang korang baca.. haha..

Dulu update blog because I don't really have someone I can talk about even the smallest secret. But now I do have one. But, everything seems to change.. Erm.. Maybe that is what we called life. aren't they? Nothing last forever. They doesn't care.. ermm.. 

Nothing to update about myself. Masih sedang cari keje. Hari-hari ada harapan offer datang. Insyaallah. up to date, sekarang masih dalam tempoh intern. :)


LALAI
Kadang-kadang kita lupa kita bukan hidup sendiri. Ada Allah yang menjadi teman. Tapi kita tetap pilih manusia yang hati mereka sentiasa berubah untuk temani kita jugak. When people no longer care, why bother to stay.. Be strong.. Innallaha maana..  :)

Lunch dah ni, jom pi makan yuk..

Love
Hilmi MS

Monday, 22 October 2012

While We Busy With Our Life

.. Cerita tentang rakan
I haven't talk to Azwin for quite some time. Ada berbalas whatsapp kadang-kadang je.. Minggu ni dah takde keje sebab dah siapkan semuanya last week. Then terfikir nak lepak dengan dia sejap.. Unfortunately.. She is no longer stay in Shah Alam.. No wonder dia pernah ajak lepak sekali 2 minggu lepas and she said she got something to tell me. Now dah regret. T_T

That is just one example happens to me. Tu baru Azwin. Belum kengkawan yang lain.. When I'm too busy with my life and works, everything's changed.. They have their life too.. dan aku betul-betul mula rindu zaman belajar. 

Taken: at Tangkuban Parahu, Bandung, Indonesia  2011 
*abaikan muka aku yang baru turun flight and suddenly terus naik atas gunung


... Abah dan Mak
When we too busy with our life, do not forget our parent also get older. Hari-hari call.. paling tak pun, selang sehari aku akan call bertanya khabar.. I'm the youngest child.. Anak lelaki pulak tu.. Tanggungjawab menjaga mak abah tertanggung dibahu. I do noticed they not getting any better. semakin uzur. Allahukabar.


Taken: Penang International Airport, Umrah 2009

... Anak Sedara
Aku rasa macam diorang ni kecik lagi.. Aku dukung diorang, aku ajak main. Aku cerita malam-malam sebelum diorang masuk tido.. And now.. Dah besar.. Dah ada bf & gf memasing. Terkadang feel down bergaduh and takde tempat nak ngadu they come to me to tell the story.. Dah masuk sekolah menengah dan ada yang sama-sama jejak kaki ke universiti dah pun.. 

Antara sebab lain aku jarang aktif FB ialah sebab kena stalk dgn family members.. Pastu guna segala informasi untuk menghentam (kakak-kakak la tu).. But anak sedara kinda cooler.. ada yang follow di twitter and simply have great talk together.. senang borak dengan orang muda ni heh.

But, they no longer the kids who used to sleep on my shoulder and terlena atas riba aku sambil tengok TV. They grew up while I'm busy with my life


Taken: with Danial, Dhaifina, Dayana & My sister during Hari Raya Aidilfitri 2012

Selesai
Takda ada yang akan kekal. Semuanya berubah while we busy with our life. Hargai apa yang ada didepan mata. Jangan dikenang sangat yang berlalu. 


with love
Hilmi Mikà

p/s: cik gf pun berubah.. berubah kt perut..gelora lemak.. ehek. kita buncit dia pun nak tiru..:p

Friday, 21 September 2012

Lelaki Disana

Aku yakin, semua pun tahu bahawa ada lelaki disana yang normal yang bila-bila masa sahaja boleh dijumpai. Lupakan sahaja lelaki yang cacat minda dan nafsu seperti aku ini. Kelak engkau rosak binasa.. menyesal pun dah terlambat..

Kita semua pun tahu bahawa disana ada lelaki yang beriman yang jarang leka dengan godaan dunia. Ya! pasti lebih indah hidup kalian kerana imanku sentiasa terkoyak. Tak mampu menahan apa-apa.

Ya, betul. berpalinglah.. Lihat disana!. Ada lelaki disana yang baik akhlaknya. Ah! jangan ditanya soalku.. Aku pula hanya lelaki biadap yang tipis rasa malu. haha. benar.. Tanyalah pada rakan-rakan, sejauh mana laknatnya lidahku.. Wajar saja kau pilih yang lain.. Bukan aku.. 

Wah. Mahu saja aku bertanya pada lelaki disana bagaimana menjadi pria yang matang kerana aku ini terlalu manja lemah.. Memalukan sungguh. Tapi sebelum itu, hey. lelaki matang itu pilihan yang baik. betul. Cubalah.

Belum bertemu aku dengan ubat yang wajar untuk merawat sakit aku ini. Yahh... mengapa membuang waktu menunggu yang sakit untuk sembuh.? Bukankah ramai saja pria yang sihat. Janganlah lagi bersusah payah. Ayuh. pilihan sentiasa ada.

Lelaki disana lelaki yang normal, beriman, baik akhlaknya, malah matang serta sihat. Lelaki ini pula lelaki yang cacat, terkoyak iman, biadap, malah manja serta sakit. Hidup ini sentiasa punya pilihan yang lebih baik. Bukan?

- hms -


Tuesday, 18 September 2012

Ubah

Ubah Isi Blog
Kalau dulu sebelum ni aku banyak cerita pasal diri aku je. Tetapi aku rasa aku perlu ubah kandungan blog supaya lebih kritis dan berwawasan sikit. amboi ha.. usia dah bertambah.. Asyik cerita fefeling je.. muak la jugakk. hehe..

Ubah Berat Badan
Sejak menjejak kaki didalam lapangan kerjaya ni,  berat badan dah naik mendadak.. Mana taknye, asyek duduk je kat station.. Dulu pegi kelas banjir peluh sebab jalan kaki.. Sekarang mana nak ade peluh-peluh lagi dah ha... pfttt... Acane nak kecik semula ni? sobsobsob.. T_T

Tips untuk hilangkan lemak diperut yang paling efektif yang telah aku amal dan boleh aku kongsi disini ialah:

1. Take more fat. lemak kat perut bukan disebabkan lemak yang kita makan tapi pengambilan gula yang menyebabkan lemak tersebut 'terlekat' di perut. Gula bertindak sebagai gam la lebih kurang.. Lemak yang baru akan bergomol dengan lemak yang lama dan sama-sama larut dalam darah.. Lebih kurang centu la...

2. Naik tangga lah sudah.. Ada budak pompuan tu lagi aku tengok. nak naik LRT satu tingkat ke pun nak pakai lif.. bapak ah.. Sebab tu badan besar muda-muda lagii.. Jangan gitu dik.. Kemalasan membawa padah.. Take staircase.. sihat jantung. Belum pernah aku dengar orang mati naik tangga.. Mati jatuh tangga ada laa.. 

3. Main air. Tak gheti berenang pun takpe, but get yourself masuk dalam air. Sebab bila dalam air, jantung korang automatik akan bekerja lebih keras melawan tekanan air tu.. I spent my weekend swimming.. Kalau ada kesempatan, pagi-pagi aku pegi berkayak di Tasik Titiwangsa dan lately sedang berjinak dengan sailing di Banting. Sailing la paling susah so far but surely great experince and sport. Kepada yang lelaki, apabila perut lebih jauh kedepan berbanding dada. itu tidak sihat. By 30, you sure akan mula dapat pelbagai simptom penyakit. true story hey.


Ubah pemikiran masyarakat
Sebenanye sejak aku mula keje ni, aku datang ofis memang pakai kopiah. bukan nak tunjuk alim atau bagus tapi lebih kepada penahan diri. Awek sini ramai kot.. Dah kalau wa pakai kopiah tu, lahai malu la jugak nak sweet sana-sini.. ehehe.. Aku mula dengan benda ringkas dulu sebelum bergerak merubah diri lebih jauh.. Insyaallah



Well, aku kerja di Twin Tower dan bila ada waktu yang terluang contohnya waktu rehat atau lepas kerja, lepak-lepak kejap di KLCC ni.. One thing I noticed about treatment for shopper  whose wear kopiah kinda different .. Sedih bila macam ni. Elok-elok aku ada intention nak beli barang terus mati dan aku terus berjalan keluar. I wonder how to change this stigmatic thinking where muslim image seems closely related to poverty and weakness. 


Ubah hati
I'm kinda person who easily judging people. But, getting older make me wiser and less judgmental. Alhamdulillah


woi.. boss dah lalu-lalang pulak dah kat sini.. haha.. kene keje la dulu yok..
papai ohh

thanks:
Mika H.

Monday, 27 August 2012

Terkadang Rasa Lelah

Susah jadi orang susah.. Semuanya jadi serba tak kena.. Aku pun sedar, post sedih lagi banyak dari post gembira. Sebab mungkin kegembiraan bukan mudah nak diperoleh.


with tears
H

Thursday, 23 August 2012

Sisi Gelap

Will you love me?
Even with the dark side? 

If I show it to you now, will it make you run away. Will you stay huh?


me
Hilmi

Tuesday, 14 August 2012

Sentiasa

Sentiasa akan ada lelaki yang lebih baik... Lalu,  aku sentiasa tunduk kerana rendah diri... Dalam diam aku sentiasa perlu mengalah sebab aku tidak punya apa-apa..

Namun, aku fikir aku harus sentiasa bersyukur dengan Allah dengan apa yang aku ada.. Biarlah, aku sentiasa pendamkan saja sakit yang ada dan sentiasa mendiamkan diri kerana itu lebih baik.



#np Both of Us..

hms

Thursday, 9 August 2012

Tidak

Bahagia dan gembira bukan benda yang sama
Kita mungkin gembira, tetapi belum tentu bahagia.
Bahagia bukan pada gadis/jejaka yang dicintai tapi pada Allah yang nak beri.
Maka teruslah berdoa pada Allah

End
hms

Syukur Malaysia

Hello everybody 

Aku rasa korang pernah kan jumpa orang yang dapat banyak tapi masih merungut apa yang ada dan korang rasa dia patut berbuka puasa makan tangan je. Tapi bulan puasa kan, so banyak-bantak berdoalah mintak Allah kasi petunjuk

Gaji
Aku faceplam doe dengar India dalam lif ni borak dengan kawan dia.. Gaji dia kena potong sebab kena bayar ape ntah. So, remaining gaji tinggal RM8k.. Dia boleh cakap duduk KL gaji RM8k tak cukup.. Bhai! ko nak makan ape RM8k sampaikan tak cukup tu? Patut la perut besau *ok dah ngumpat. Dose! :p Nasib muka aku ni hensem je, kalau muka aku ni muka pecah rumah, dah lama aku jadi perompak lalu rompak je brader ni. Aish~

Makan
Semalam tak sempat balik. Makanya berbuka di Masjid KLCC je. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi.. Pastu malam pi makan burger bakar some more. Orang belanja kann. Hehehe. Waktu berbuka tu aku tengok muslimin dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan semua makan dengan sepenuh hati kot.. Maksud aku tu, diorang hargai makanan. Makan sampai habis. Masalahnya orang Malaysia yang kaya tapi nak jugak konon amek berkat berbuka di masjid la. Makan sejemput, pastu buang. Allahuakbar. Sebak jugak aku tengok, orang buat makanan macam ni. They seriously need to learn be thankful to Allah dengan lambakan rezeki ni.

Pantang
Kawan2 rumah aku pun same. Kalau makan mesti tak habes.. Badan keding je tapi beli tak beragak. Aku bila malam, jadi tukang kemas, simpan ayam diorangg, kuih diorang, lauk tak habis masuk dalam fridge. Lepas 2-3 hari tengok still ada lauk-lauk tu.. Malas nak cakap banyak, aku potong ayam tu buat nasik goreng je.. Jimat dah belanja. Aku pun taktau tu memang ketentuan rezeki aku ke cemane. Tapi tu la hakikat orang Malaysia banyak duit dan sentiasa ikut nafsu.

Tapi dalam masa yang sama, aku nak cakap terima kasih dengan semua orang sebab selalu beli makanan lebih, dapat la aku jimat belanja.

Aku bukan kuat makan. Aku cuma suka makan.. Tak sama la oke. Betul!.. :p I love cooking tapi tak sedap pung.. Sebab tu masak sikit2 je, orang lain tak lepas tekak nak makan.. Mana tak gemuk... Bulan posa naik berat badan.. sebab pantang betei aku tengok rezeki terbuang ni.. 

Membesar
Aku membesar dalam keadaan sederhana. Nak makan mewah2 memang sekali sekala je.. Jarang.. Sebab tu sekarang aku sangat sedih tengok orang tak hargai makanan.. I tell you man, you don't want to live my life. It's hard during my childhood. So bro, hagai rezeki Allah bagi.. oke? Tolong lah.. 

Allah Itu Adil.. Maha Adil
Diorang kaya, tapi kalau makan tak berapa nak selera. Ada makanan yang lepas masuk tekak diorang, tapi ada makanan tak lepas masuk tekak pun. Ada je rasa yang tak kena. Tapi si mamat yang ada kehidupan sederhana ni Allah beri nikmat kesedapan makanan yang tak terhingga. Apa makanan kalau masuk dalam mulut, boleh bekerjasama dengan baik antara lidah, tekak dan juga perut. Tenkiu Ya Rahman. dan satu lagi kurnia yang selalu aku syukur sangat2 ialah I can eat without getting fat. Kalau  gemuk pun, senang kurus balik. Alhamdulillah.. True story hey.. 

k lah.. Nak start buat keje. Happy ramadhan everyone.. dikesempatan yang masih berbaki ni, mari tingkatkan amalan oke.. Ekceli, aku rindu bestfriend aku tapi aku ni pesen kayu, susah nak cakap aku rindu diorang. kadang sebelum tido, tekap mata kt bantal sebab mata mula nak basah. Mencari bahagia setiap hari. Harap bertemu. Doakan saya k. :')

H.

Thursday, 2 August 2012

Semua Orang Pun

Hang cakap melayu boleh tak? Rimas bodo
Tempat kheja aku ni ada pekerja kontrak untuk projek carigali di Sabah. Aku malaih nak cakap orang putih dengan cina ni.. Aku dari tadi cakap melayu, dia dok bantai cakap oghang putih. Aku orang tempatan ja.. Pulun nak cakap Inggeris pasai pa ntah. Aku tak peduli. Esok jumpak, memang sumpah aku bantai cakap kedah dengan hang.. Esok aku hantaq memo tulis jawi.. haha... Bukan aku tak gheti speaking tapi saja aku menyampah dgn orang yang pandang rendah dengan bangsa melayu.. Sorray naih..

Kenapa saya sayang kakak saya? sebab dia tau saya.. saya.. saya thehehe.. saya sengkek. :p
Tiket bas nak balik raya tak beli lagi. Elaun masuk lambat pulak dah.. Yang achik aku ni murah hati selang 2 minggu mesti bank-in duit belanja. Tau dah tu adik dia tengah sengkek takdak duit.. Tenkiu cik! heee.. sayang hang..

Demam nak kawen pun mai dah
Orang bulan posa pi semayang terawikh.. Aku ni 2-3 kali ja sempat pi.. Apa la nak jadi.. Paihtu balik ghumah bukan nak duduk diam2.. Dok pulun beromen kat fon ja.. puii.. Bulan posa pun tak menahan.. 

Syira Zulkifli sahabat lama. Tu dia hati tengah berbunga
Yang dia ni pun satu hal, pasaipa tak letak link komen ntah kat blog dia.. Aku nak komen pun tak boleh.. haha.. Biaq la dia blog dia.. aishh.. Apa pun, kami nak cakap; kami tumpang gembira tengok hang gembira semula. Besa la tu kalau krisis.. Orang becinta mana tak penah menangis. Adat laa waktu susah tu.. La ni dah senang balik, banyak-banyak syukur dengan Allah naa.. Ada duit, pi kawen.. Pastu jemput semua ok?

Susah hati haih~
Aku rasa si Raimi ni ada masalah hati ni.. Ermm.. Hang selalu tau apa yang hang nak kena buat. Cuma aku susah hati sikit tau hang macam ni.. Hang pun tau aku sayang kat hang macam mana kan.. Hang pun dah besaq.. Lagi tua dari aku. (kekeke..isu sensitif) Lagi matang. Aku tak pandai pun nak bagi nasihat. Dulu pun hang boleh selesaikan baik-baik. Aku pecaya kali ni pun hang tau nak selesaikan camna. Nanti kalau rasa nak lepak sembang dengan aku, telefon lah naa.. Kalau hang yang telefon, memang aku akan jawab punyalah. Ok mi? :D

Makcik kepoci: Ayu Fuad
Ni la dia yang aku rajin sekali dok chat bila time kheja.. Dah YM ja boleh bukak.. yang lain tak boleh. Haha.. Takpa lah ayu.. Kalau bukak posa ramai2 hujung minggu ni hang tak boleh join takpa la nk buat camna.. Nanti lepas raya, kita buat rumah terbuka pulak ka... Heee :)

Kawan-kawan lain
Lama wey tak sembang dengan Zaim, Hana, Aten, Ain, Azwin dll.. Amboi sibuk kheja dah masing-masing la ni.. Termasuk la aku pun.. tapi sempat la jugak dok sms sebarang dua.. hehe.. 

Putri Wani Al Aziz
Malu nak cakap lebih-lebih. terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih. Senang hati, gembira hati luang masa sama-sama banyak-banyak. Amboi gedik lebih plak dah aku ni. Aishh. Luv ya luv ya banyak2.

Kemalangan! Cuak nak mati. Fuuuahh..
Cuak gila habaq hang bila cekgu Suraya Ika kena langgar dari belakang.. Bila dapat mesej dari dia hari tu, jantung nak meletup pun ada.. Nasib baik kepala takda apa-apa. Aish.. terhantuk di cermin tuuu.. Lepas ni toksah bawak kheta dah la awak.. Bawak lori pulak ka. Cepat lega naa.. Lepas raya kan awak nak ajaq saya bawak perahu layar.. Sila bersembuh.. Ok salah sebut. sebutan utara yang betul adalah peghahu layaq.. Haha.. Dia ni atlet perahu layar pencen dah tapi kalau kaki dah masuk dalam ayaq, perghh! Nanti kita tengok. 

I miss missing everybody. Truly am :'( Aku sebenaqnya kat opis lagi. Sat nak pi bancuh milo untuk bukak posa. selamat berbuka suma orang.

#BerjayaTaipTanpaGunaBahasaInggeris

Mika H.

Saturday, 28 July 2012

[MTV] Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia



my new favourite song selepas lagu anak kampung.. :)

Itu la dilema. You are the girl with everything and me, a boy with nothing.. I have to work on my own.. You are so lucky, girl.. Gunakanlah kesenangan yang ada dengan sebaiknya.. I am not a man with everything. But I promise you 1 thing; I am worth to wait for.. To be married to.. :)

hilmi

Friday, 27 July 2012

Serius Mood

Bercampur-campur mood dipagi hari.. Bulan puasa banyak cabaran betul haa.. Hope everyone have a nice day ahead.. At this moment, I truly need a friend to talk to.. However, I got none. Takpelah... Allah kan ada.. Hasbunallahhi wa niqmal waqil.. :)

Here goes the feelings:
1. (Happy) Received a simple  present from a good friend. Thank you for dropped by.  

2. (Angry) Last chance.. I give you 1 more chance.. Do not ruin it.. Better do something before I make my final and finite decision. I will stop doing what I did. 

3. (Frustrated) You always belong to someone. 

4. (Excited)  Another date. Allahurabbi. Gimme sign and guide. Dear friend, thank you for inviting me meeting your parent. Fuuhh

5. (Nervous) Going outstation. Yea nice. I love it and goodbye fellas. What is greater than having one good vacation during fasting month. 

6. (Crying) Tido malam tadi lap air mata sebab gembira sangat. Bangun pagi menitis air mata sebab tak berpeluang untuk bertahajjud di bulan mulia. Tengahari menadah air mata lagi sebab mula sedar hakikat bahawa my life never be as I expected. Balik keja dalam bas, lap air mata lagi, sakit hanya pada Allah tempat mengadu.

7. (Praise) Allah mencukupkan rezeki. Benarlah janjiNya bahawa urusan rezeki telah tertulis. Menjadi tanggangjawabmu wahai manusia untuk beramal dengan  ajaran pesuruhKu dan Akulah yang mengurus setiap urusan kehidupan kamu dengan sempurna urusan.

Thanks.
-hms-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...